Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2013 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2014.
Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan empat program seperti berikut;
- MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
- MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
- MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
- MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM
SYARAT UMUM
- Warganegara Malaysia.
- Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
- Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
- Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013.
- Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Lulus temuduga.
SYARAT KHAS
MRSM Biasa
- Memenuhi syarat umum.
MRSM Ulul Albab
- Memenuhi syarat umum.
- Pelajar tahun enam yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
- Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
- Lulus ujian hafazan dan tulisan jawi.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas atau MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
MRSM IGCSE
- Memenuhi syarat umum.
- Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
- Lulus ujian comprehension.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, MRSM Batu Pahat, MRSM Baling, MRSM Alor Gajah, MRSM Langkawi, MRSM Tumpat, MRSM Serting, MRSM Kuantan, MRSM Johor Bahru, MRSM Parit, MRSM Kubang Pasu, MRSM Tun Mustapha, MRSM Kuala Klawang atau MRSM Kuala Kubu Bharu sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
- Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
MRSM Ulul Albab & IGCSE
- Memenuhi syarat umum.
- Mempunyai minat dalam bidang agama.
- Berkebolehan menguasai bacaan Al-Quran dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Lulus ujian hafazan, tulisan jawi dan comprehension.
- Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
- Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
- Pemohon dijadualkan akan menduduki UKKM pada 9 – 12 Disember 2013.
- UKKM Tingkatan 1 mengandungi 3 aspek utama iaitu Matematik, Sains dan Sikap.
Pemilihan
- Selain syarat am dan khas, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
- Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
- Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
- Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
- Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
- Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Permohonan
Mohon Nombor Pin / Kata Laluan
- Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2013 diumumkan secara rasmi iaitu 14 November 2013.
- Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2013 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
Isi Borang Online
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2014. (Sila guna Internet Explorer)
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
- Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
- Permohonan ke Tingkatan Satu, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.
- Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Tarikh Tutup
- Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 27 November 2013.
- Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 4 Disember 2013.
- Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2014, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu Semenanjung Malaysia 2011, 2012 dan 2013 sebagai panduan.
- Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Lain
Sila rujuk Keputusan UPSR 2013 untuk maklumat berkaitan dengan permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kawalan, Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA).
[…] Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA 2014 […]
boring masih ada ka?
ade agy.. ambik no pin kod kt mrsm terdkat ..kt situ dia tulis semua..
ada arrr..
Salam.., kalau 4A 1 B layak ke tidak utk memohon?
TIDAK
kalau 4a 1b boleh ke memohon untuk memasuki MRSM?
Salam..nak tanya bagaimana nak tukar pilihan mrsm sekiranya sdh menghantar dalam talian semasa mengisi permohonan online ke tingkatan 1. Saya berasal dari Tawau Sabah tetapi pilihan mrsm Tawau tiada semasa mengisi permohonan, jd bagaimana sy nak tukar permohonan tersebut sebelum menghantar cetakan ke pusat pentadbiran mara
0148583878
jadi kena hantar borang dulu then dia panggil untuk temuduga??
Mana nak dtpkan kata laluan sebelum log in tu?
kena ambil nombor pin dari pejabat mara atau mrsm yg berdekatan
kalau sek private layak memohon tak
kalau sek private layak memohon tak
Apa beza antara ?? (Pekerjaan Bapa / Penjaga )
a) Swasta (Kumpulan Pengurusan / Professional) dengan
b) Swasta (Kumpulan Sokongon)
4A 1B layak pohon ke untuk tngkatan satu 2014
layak mohon…
difahamkan MRSM Kota Putra hanya menawarkan program Ulul Albab shj utk tahun 2014.
4A1B boleh mohon MRSM ke
salam, sy nk tanye kalau pilih program ulul albab tu kene ambil semua bahase ke?hrp admin boleh tlg jwbkn…
assalamualaikum…sy nk tanye kalau mintak program ulul albab kene ambil semua bahase ke? harap admin sudi jwbkn….
assalamualaikum,, saya nak tanya,, kalau dapat 4a1b layak ke nak memohom ke mrsm??
Tuan /puan, bagai mana nak dapatkan kata lalun .anak saya mempunyai 7A dalam UPSR 2013 ,saya amat gembira untuk melanjukan pelajaran anak saya ke MRSM .Saya mengucapkan Jutaan terimakasih atas kerja sama majlis kerajaan malaysia untuk jasa and bakti anak kita.
Terima kasih
Bolehkah seorang pelajar bumipetra srjk c menyambung pengajian di mrsm
mcmana cara nak tukar dari akademik biasa ke ulul albab sbb saya tersilap hari tu,
maaf ya nak tanya mcmana nak tukar dari akademik biasa kepada ulul albab sbb dah tersalah pilih hari tu?
saya nak tanya mcmana nak tukar akademik biasa ke ulul albab
[…] Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2014 […]
laili, last few days pun i pergi pejabat MARA sbb tersilap masukkan akademik biasa dan saya nak tukarkan ke IGCSE. Kita diminta menulis surat permohonan dan kepilkan sekali dengan cetakan borang yg telah kita isi serta dokumen2 yg berkaitan.
mcm mn ank sy nk bt rayuan kalau 4A1B
salam,
anak saya dapt 4a 1b dlm upsr 2013. Tau nk masuk mrsm mesti 5a. Klu mcm ni tak ade harap atau boleh buat rayuan ke? mtk penjelasan. Tkasih
Adakah seorang pelajar melayu yang belajar di SRJK C layak menyambung pengajian mereka di MRSM sekira mereka mendapat 5 A @ 7 A
Salam anak saya dpt 5a upsr…dan saya salah pilih mrsm kuala lipis mcm mna nak buat….tiada pengalaman…saya tinggal di serendah
salam, saya lupa nk print borang permohonan. macam mana nk print kalau takboleh login… harap balas
Assalam nak tanya 4A 1b takkan tak boleh nak mohon? Sebab haritu saya pergi MRSM berdekatan dia tak bagi no pin dia cakap 4A1B tak boleh. Mmg tak boleh ke apeni ? –';
Boleh…cume x panggil interview
Entah la…saya pun sedih…keputusan anak 4A 1B. langsung tak di beri peluang. Rasa di pinggir pula pelajar2 yang mendapat keputusan 4A ni.
as salam, saya ada soalan yang rasanya ramai juga ada masalah macam saya. macam ni, saya dah isi borang secara online utk mrsm tingkatan 1 dan dah hantar sebelum tarikh tutup 27 Nov. cuma belum sempat print. pada 28hb saya nak print dah tak boleh nak login. saya ingat sempat print lagi sebab tarikh akhir utk pos cetakan dan sijil2 berkaitan adalah 4 Dec. ada cara lain tak untuk saya login dan print??
cuma saya sempat print screen butiran maklumat yang diisi secara online haritu… adakah itu diterima kalau saya print yang tu? harap dapat bantu saya yang buntu memandangkan tarikh 4hb semakin dekat… terima kasih
Saya pun tk sempat print. Ingatkan boleh semak 1-2 kali dulu.
mcm nak semak tawaran temuduga mrsm….
Kputusan mrsm bila ya???
Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
Mohon pencerahan pada kenyataan di atas…Sekiranya pemohon telah mendapat tawaran SBP/SBPI namun memberi jawapan TIDAK BERSETUJU, adakah pemohon masih layak mendapat tawaran daripada MRSM?
Bil. MARA:1410280
Angka Giliran:CJ0281005
No Kad Pengenalan:010104140059
Nama Calon:Amirul Nazmy Bin Azami
Keputusan UPSR:5A
9.12.13 anak kami telah menjalani sesi interview dan telah menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM). 13.12.13 dapat tawaran ke SBPI dan kami chek nama anak kami tealh tiada lagi dalam senarai pengambilan ke MRSM. Setelah bertanya sana-sini barulah kami tau, Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke MRSM. Ini pengalaman pertama kami, anak sulong dari 4 beradik, sekiranya kami ini adalah syarat-syarat dari kementerian, maka kami tidak izinkan pihak sekolah masokkan data anak kami ke SBPI @ yang seumpamanye kerana anak kami HANYA BERMINAT UNTUK MEMASUKI MRSM khususnya cawangan Trolak. pada 13.12.13 juga kami telah pergi ke pejabat MARA, tingkat 19 untuk penjelasan selanjotnya. Soalan pertama : Bagaimana caranya kami boleh tahu yang anak kami ini telah lulus interview dan UKKM untuk kami buat rayuan kerana kami takut dia berjaya sebenarnya, tapi hanya kerana namanye telah tercalon dalam SBPI maka nama dia telah digugurkan begitu saja. Soalan Kedua : Apa tajok yang patut kami nyatakan dalam surat rayuan itu memandangkan kes anak kami ini bukannya tak dapat tawaran tapi namanye digugurkan dari senarai walaupun telah menghadirkan diri pada 9.12.13. Soalan ketiga : berapa peratus kah peluang nama anak kami disenaraikan semula untok kemasokan ke MRSM. Soalan keempat : Apa lagi caranya untuk kami lakukan selain menghantar surat rayuan. Terima kaseh banyak kerana meluangkan waktu dan kami berharap sangat akan bantuan dari pehak tuan untuk kami memastikan impian anak kami tercapai ……..
P/S : Anak kami bersekolah di DiSekolah Rendah Kebangsaaan LKTP Tekam Utara, Jerantut, Anak Felda dan bersekolah dalam Felda semata-mata untuk mencapai impian masok ke MRSM Trolak.
Terima Kaseh sekali lagi, berharap agar tuan dapat membantu kami
Memang anak Puan tidak akan dapat tawaran ke MRSM jika telah mendapat tawaran dari SBP/SBPI kerana nama anak puan sudah tiada di dalam list MARA. Jikalau anak puan hendak tolak untuk nak masuk MRSM, anak puan kena dapatkan surat reject dari SBPI tu kalau tak silap.
Kalau berjaya settle dengan kementerian, baru boleh check dengan MARA balik.
Masalahnya, by that time, MARA dah tawarkan tempat 1st intake ke semua mrsm kepada pelajar2 lain.
Anak puan mungkin kena tunggu panggilan untuk 2nd intake (biasanya 10-20 org) atau 3rd /4th intake ( 2 atau 3 org untuk satu maktab jika ada tempat kosong kerana pelajar keluar)
Ada juga kemungkinan, terdapat lebih ramai pelajar yang mendapat ukkm (exam dan interview) yang lebih bagus dari anak Puan yang meminta MRSM Trolak juga. Kerana setiap mrsm hanya nak dalam 75 lelaki dan 75 perempuan sahaja.
Jikalau anak puan tolak tawaran SBPI ni, tidak bermakna dia akan dapat MRSM Trolak, kalau dia rasa exam ukkm mrsm tu senang, interview okay.. mungkin dia ada peluang 2nd intake atau 3rd intake ke sekolah itu..tapi itu semua tak tentu.
Assalam. Jgn tolak sbp selagi tidak dpt confirmation secara sah atau bertulis dari pihak mara. Kena faham, puan mesti berjumpa pegawai mara bahagian pengambilan dan bukan pegawai mara biasa. Mmg nama awak puan akan dikeluarkan sebaik saja ANAK puan differ sbp. Betul kata sesiapa yg komen. Pd pendpt saya, dptkan pengesahan yg sah dan baru ambil tindakan. Kelak yg dikendong tak dpt yg dikejar keciciran.
klu saya…saya bersyukur anak saya dapat SBPI..bukan senang nak dapat SBP. Itu maknanya rezeki anak puan/encik ada di SBPI..jangan nanti sbp kemana mrsm ke mana…
wahai en @puan budiman…bila keputusan mrsm akan di umumkan?
Assalam, mengikut drpd taklimat yg di beri tempohari (time anak interview) pihak mrsm ada ckp yg result igcse keluar pd 13 january 2014. tak tau plak result yg lain.
lagi satu pada pelajar yg dpt tawaran ke sbp lebih baik terima dulu tawarn tersebut. klau rezki tak kemane. saya juga mohonkan anak ke sbp tapi dah cek.. tpi gagal.. minta2 dapt ke mrsm..
salam, bilakah keputusan kemasukan tingkatan 1 mrsm ulul albab 2014 dikeluarkan, Mohon pemakluman. Terima kasih,
Bilakah keputusan sebenar untuk kemasukan MRSM program IGCSE?
Saya pun ingin tahu bilakah keputusan kemasukan ke mrsm diumumkan
Asslm…ada parents yg dah tau result kemasukan ke MRSM…. dr saluran mn ye diaorg dpt tahu..agK pelik jgk…
[…] Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi pelajar di Semenanjung telah ditutup, sila rujuk Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2014 dan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Empat […]
Nak Tanya… betul ke kalau ditolak oleh SBP/SBPI nama ada dlm senarai tawaran oleh MRSM sedangkan waktu tu MRSM belum lagi buat interview. mohon pandangan.
kemasukan tingkatan satu bila boleh disemak??
aslm tlg kasi web untuk semak keputusan mrsm ulul albab pada thn 2014 untuk tingkatan 1 maklum balas anda semua amat dihargai
Keputusan MRSM Ulul Albab , mara akan sms pada yg berjaya dan menyertakan laman web untuk semakan .
Salam semua…saya baru cek dengan MARA tadi katanya keputusan kemasukkan ke MRSM 2014 boleh mula disemak sekitar 6,7&8 Januari 2014 menerusi Portal MARA. Murid 1st intake akan mula mendaftar pada 13 Januari 2013. Sekian sama2 kita nantikan keputusannya yea…
Salam..sesaper yang ada info yg lebih tepat bila keputusan kemasukkan ke MRSM dikeluarkan sila maklumkan di sini yer..Tq
semakan keputusan setakat 6/1/2014 jam 9:22am masih belum dipaparkan..
askm, keputusan kemasukkan ke MRSM 2014 dah keluar
Salam, mohon pencerahan…keluar di website mana? apa link nya?
When????
En Azman…dah kluar ker? Try semak kat MARA nyer website x der pun….
Salam,
Setakat hari ni belum ada apa apa keputusan melalui Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat, tq
ade yg dapat sms ke ICGSE result???
Salam, ini latest info. Menurut sumber dari MRSM Ulul Albab Kepala Batas. Penang, pelajar tingkatan 1 untuk tahun 2014 akan mendaftar diri pada 20/1/2014, bukan 13/1/2014 seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. So, please expect the result for the candidates to be out from now until mid of January 2014. Jangan hanya tunggu sms dari pihak MARA. Anda sendiri kena check through portal MARA. Sekian. Terima kasih.
pendaftaran tingkatan satu dah ditunda pada 20 jan 2014
Saya call sekolah tadi. InsyaAllah petang ni atau paling lambat esok pagi boleh dapat tau. Daftar 20 Januari. Kelewatan disebabkan keputusan interview pelajar yang banjir lewat.
Ya Allah. apa ke payah nya nak dapatkan keputusan kemasukan ke MRSM ni.. call Majlis Amanah Rakyat pun mcm x membantu langsung.. En. Azman kat atas kata keputusan dah kluar tapi org dok tanya lebih lanjut, dia buat senyap je.. mintak kerjasama admin utk bagi penjelasan boleh tak? terima kasih.
Berdebar2 tunggu kptsn mrsm ni… bila agaknya semakan boleh dibuat? Harap2 anak2 kita berjaya… amin
tak blehkah pihak mara umum awal sblum sesi sekolah bermula, jimat sikit duit ni dah msk sekolah biasa lepas tu dpt tawaran mrsm pula duit lagi beli keperluan msk mrsm pula, yang jadi mangsa pelajar dari keluarga berpendapatan rendah macam saya. Anak nak belajar kenalah pinjam duit.
Haih!! Da tengok da , xder pon!! Ckp pagi ni!!??
keputusan mrsm ulul albab kemasukan tingkatan 1 2014 dah keluar ke belum, macamana nak semak ye?
saya setuju dgn puan ilah.. benda mcmnilah yg patut dititikberatkan sbb ianya membebankan keluarga yg berpendapatan rendah.. anak saya sampai sekarang tak beli buku2 latihan lagi sebab takut nanti dah beli dapat pulak tawaran MRSM, siapa yg nak guna buku2 tu nanti? tak ke membazir.. dah la buku sekarang bukannya murah, kalau boleh digunapakai kat MRSM takpa la jugak.. kan..
satu lagi Majlis Amanah Rakyat ni sangat tak peka, kita call berpuluh kali pun takda yg jawab panggilan telefon, sekurang2nya dalam portal rasmi mereka bagilah update terkini bila keputusan akan keluar, takda lah semua ibubapa dok call berkali2, kalau mereka jawab panggilan takpa la jugak, ini serupa takda manusia kat office tu..
dalam portal MARA keputusan sampai sekarang tak keluar lagi…
Call pejabat mara tanya result mrsm tingkatan 1 dia suruh rujuk pada portal mara….ptg ni ke…malam ni..atau cuba esok esok
Saya menelefon MARA minggu Lepas. Do ber it aku minggu ini akan dpt status..
Terus menunggu. ..anak sulung saya di MRSM Beseri…Thn 2013 msk bln Februari.
Ada info terbaru bila result mrsm tingkatan 1 keluar
Bila result mrsm nak keluar ni?
Baru dapat bercakap dgn kakitangan MARA tadi, nampaknya keputusan permohonan ke tingkatan 1 MRSM akan diketahui minggu depan akan tetapi harinya tidak diketahui disebabkan ada masalah dalaman. Pendaftaran bagi mereka yg terpilih, InsyaAllah 20 Jan 2014. Sekian Harap Maklum.
ble result keputusan mrsm tgkatan 1 keluar
sungguh tidak adil, kalau pelajar tu sememangnya layak masuk mrsm pasal apa pulak gugurkan nama dia dari list mara hanya kerana dia dapat tawaran sbp, kalau tolak sbp pun bukannya merugikan sesiapa, kan kekosongan yang ditinggalkan boleh jadi rezeki orang lain,kasihan…..
bila result yg sbnr keluar?
kira minggu ni dah habis tunggu minggu depan pulak….
Salam..ni info trbaru regarding mrsm.
Harap2 yg ni betul.
Pendaftaran Form 1 adalah pada 3 Feb 2014 dan keputusan semakan online pada 14 jan 2014…
assalam, dapat info result
an
sorry, dpt info yg result mrsm akan keluar ptg isnin atau pagi selasa ni…tarikh reg 03 feb. InsyaAllah sama2 kita doakan, Wallahua’lam..
Semakan on9 pada 14hn jan….kemasukan 2 feb…..
Harap dapat berita yang gembira utk kita semua..14hb jan ni..public holiday..maulidul rasul..
Keputusan keluar pada 14hb january..pengumuman sudah ada di laman web mara. Terima kasih
[…] pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 bagi sesi pengambilan 2014 dijadualkan […]
terbaru………..
Keputusan kemasukan pelajar ke MRSM boleh disemak secara online pada 15 Januari 2014.
2. Tarikh pendaftaran masuk adalah pada 3 Februari 2014.
Sila layari http://www.mara.gov.my untuk maklumat lanjut.
Anak kwn saya dapat 4a 1b..kasihan tak dapat memohon..tapi bila kawan saya semak semula keputusan dapat 5a..tapi peluang utk ke mrsm dah ditutup..
Anak sulung saya begitu juga. Tapi Alhamdulillahlah dapat 8A juga walau disekolah harian biasa dipinggir bandar
15hb pulak…
Alhamdulillah… result MRSM dah boleh tgk utk form 1…
Bagaimana nak tukar mrsm? Anak sy dapat mrsm serting tp sy nak tukar ke mrsm Alor gajah.
TEMPAT MUTAMAT
Jgn tamak…SBP nak, MRSM pun nak….kita ingat anak kita je yg pandai, anak org lain pun ramai juga yg pandai dan aktif…sabar le ibubapa sekalian….kalau tak dpt MRSM kita didik anak-anak kat sekolah biasa bersama guru-guru….drpd salah sana salah sini. Yg mohon beribu tempat terhad….ada sy baca komen macamlah anak dia seorang yg pandai….Qadha dan Qadhar kena terimalah juga…
minta pencerahan..boleh ker dah dapat MRSM biasa mohon tukar pada MRSM ulul Albab tahun berikutnya silibusnya sama dak???
Saya sokong dengan Mr X..semoga kita bersyukur dengan apa yg diperolehi.. didikan di sekolah biasa juga boleh membentuk anak anak dan mencapai kecemerlangan.. sesiapa yg anak mereka telah dapat tempat di mrsm, tak perlulah nak tukar… pengajiannya juga serupa.. bersyukurlah…
Saya dapati dari dua tahun lepas , kedua-dua pelajar 2013 dan 2014 gagal ke MRSM ulul Albab . Walau kedua-dua dapat keputusan 5A UPSR Dan 5 A PSRA . Selepas temuduga masing2 anak kata mudah tapi bila keluar keputusan dua 2 tak dapat. Bila call ditanya alasan serupa ramai lagi dapat 5A dan ramai yang lebih baik. Dan alasan lain tempat terhad. Soalan kenapa perlu mengambil masa bertahun 2 untuk menambahkan MRSM setiap negeri ataupun sediakan sekolah mencapai 50% dari bilangan pemohon yang tiap tahun bertambah hasil kerana anak2 Melayu dah ramai yang celik agama dan inginkan proses sistem pembinaan khalifah Allah ini ?
ulul albab tgk result hafazan juga. ramai dpt 100%. satu lagi, mrsm lain dpt dlm 600-1700 permohonan utk Form 1. Setiap ulul albab dpt 3500 permohonan. Setiap sekolah cuma nak lebih kurang 150 je, 75 lelaki, 75 perempuan.
Assalamualaikum ,
Maaf saya kerana mengungkit komen lepas, Encik Y dan Encik X telah membuat andaian sendiri tentang permohonan pertukaran maktab. Masing-masing ada masaalah tersendiri yang mana tak perlu di hebahkan kepada seluruh dunia untuk mendapat simpati sesiapa pun. Kami yang membuat permohonan juga akur dengan keputusan pihak MARA. Kenapa perlu marah dan kata kami tidak bersyukur? Bukan Encik Y ataupun Encik X yang menanggung kos atau masaalah anak-anak kami bukan????…. Jangan cepat melatah..
Sekian, harap maklum.
pertukaran maktab tak affect org lain. Mereka boleh minta tukar selepas masuk mrsm yg ditawarkan. It will take time dan belum tahu dpt atau tidak. Biasanya, lepas sebulan dua, budak dah serasi di situ. Kalau pelajar tu masuk mrsm lain, takpe… tempatnya akan ditawarkan kpd pemohon lain.
Bila tengok result anak gagal ke mrsm hancur luluh rasa hati. Dah 4 anak seorangpun x berjaya ke sbp & mrsm. Kena tunggu anak ke 5 & ke 6 & ke 7 agaknya.Ada yang gembira bila anak dapat dan ada yang berduka dan kecewa. Dan aku adalah dikalangan yang kecewa itu. Hu hu hu hu hu hu .
Tahniah pada yang mdapat tpt ke asrama penuh mrsm atau sbp,
pada yang tak dapat tu, bersabarla..perancangan Allah lebih hebat dari perancangan kita:)
mungkin ada yang lebih besar dan lebih hebat sedang menanti anda..teruskan berdoa agar anak2 kita semua sentiasa mdapat kejayaan yg lebih cemerlang dimana saja mereka berada..jgn mengeluh dan jgn berduka, semua yang terjadi ada hikmahnya..bersabarlah 🙂
salam,
saya dapat mrsm pasir salak, perak, mcm mne nk brtukar ke mrsm di kelantan sbb saya asal dari kelantan dan mak saya tdk mmpunyai kenderaan untuk mghntr saye dan atas sbb jauh dari rumah…
HARAP DPT JAWAB DGN SEGERA.. TERIMA KASIH….
kalau masuk mrsm ulul albab masa form4,ade x subjek b.arab
salam…anak saya dapat mrsm johor baru. mcmane nak buat pertukaran ke mrsm alor gajah kerana kammi tidak mempunyai saudara di sana. susah tuk ke sana jika berlaku sebarang kecemasan.
salam,
anak saya dapat mrsm johor bahru, mcmane nak buat pertukaran ke mrsm alor gajah melaka kerana kami berasal dari melaka. jika berlaku sebarang kecemasan kami tidak mempunyai saudara mara di snaa.
bila boleh hantar anak saya ke mrsm gemenceh
bagaimana cara untuk daftar kemasukan mrsm
Dah dapat tu bersyukur je lah. Biar anak tu duduk di asrama belajar berdikari. Dekat ke jauh ke, biar kan dia. Anak saya di tkt 1 MRSM Alor Gajah. Saya baru jenguk dia 3 kali sejak dia masuk awal tahun ni pada kemasukan pertama. Saya ke sana masa daftar, masa mesyuarat muafakat dan masa hantar balik Raya. Dia balik setiap cuti wajib dengan menaiki bas MARA sampai Melaka Sentral dan dari situ naik bas ekspres.
Saya biasakan kerana saya bekas pelajar SBP lama dulu ketika ibu bapa kami miskin tak ada kereta dan kami terpaksa cari jalan sendiri untuk balik bila musim cuti. Kami tumpang kereta kawan kaya atau kongsi kereta sewa ke stesen bas dan naik bas ekspres dan kemudian tukar bas lain pula. Sekarang ni saya dengar anak cerita, ada yang ibu-bapa datang dari Shah Alam tiap hujung minggu untuk basuhkan pakaian anak.
Kita hantar anak ke asrama supaya mereka mendapat pendidikan yang baik. Bukan pendiudikan dari segi akademik sahaja tetapi juga pembinaan sahsiah dan jati diri. Biarlah mereka belajar menguruskan diri supaya kelak mereka nanti menjadi lebih hebat daripada kita.
Kini tiba giliran murid2 thn 6 2014 pula menanti dlm debaran keputusan mrsm, bagi yang dah dapat sbp, tahniah diucapkan…Anak sy juga tidak mdpt tawaran sbp, kini harapan menggunung pd mrsm pula, jauh atau dekat bukan persoalan, yg penting peluang diberikan kepada anak2 yg cemerlang ini tidak kira dari bandar atau luar bandar kerana untuk mendapat 5A bukanlah mudah, byk pengorbanan yg dilakukan…harap keputusan mrsm yg diumumkan pd minggu ketga januari nanti nemberi sinar gembira kepada anak dan m2 yg lain…In sya Allah…
assalam,saya nak tanya..apa kegunaan sijil uppk?
silap silap maksud saya upkk..UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA