Rangkaian Sekolah Amanah Tahun 2011 Yayasan AMIR
Sekolah Amanah adalah sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir-pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran.
Berikut adalah senarai 10 Sekolah Amanah yang menyertai projek perintis di bawah program Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan AMIR ini iaitu masing-masing lima buah daripada Johor dan Sarawak:
- Sekolah di Johor
- Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2
- SK Kampung Layau
- Sekolah Jenis Kebangsaan SJK (Tamil) Kangkar, Pulai
- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu
- SMK Gelang Patah
- Sekolah di Sarawak
- Sekolah Menengah Sains Kuching
- SMK Bandar Kuching 2
- SK Tabuan
- SK Empila, Samarahan
- SK Combine
Sektor swasta yang terlibat buat masa ini adalah Khazanah Nasional Berhad yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi melaksanakan program Sekolah Amanah. Ini selaras dengan komitmen Khazanah Nasional menyokong usaha kerajaan mentransformasi sistem pendidikan. Dilaporkan terdapat beberapa syarikat korporat serta swasta lain menyatakan minat menyertai program Yayasan Amanah ini.
Berbeza dengan Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah SMART dan Sekolah Wawasan kerana Sekolah Amanah menggunakan model pengurusan serta operasi yang berbeza iaitu berteraskan perkongsian awam-swasta.
Sekolah Amanah bukanlah sekolah elit kerana natijah akhir program ini untuk memastikan setiap sekolah dapat meningkatkan prestasi masing-masing dengan bantuan khususnya kewangan daripada Khazanah.
macamana nak apply masuk sekolah ni
saya hendak menbuat rayuan
harap dapat pergi sekolah teknik
mcm mna nk tau kita dpt ke x ryuan yg kita wt ek???
[…] Senarai Sekolah Amanah 2011 […]
alhamdulillah seekolah saya bru shja mendapat anugerah ini,,walaupun sudah tidak berskolah d sana ttpi masih trase usaha gru2 yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan setiap pelajar akan mndapt keputusan yang cemerlang..terima kasih cikgu2 di SBPI Gombak…
bilakah saya boleh menyemak rayuan kedua????
saya ada baca dan sudah keluar tetapi saya cari tak ada pun….
Ntah ke mana 20 juta tu…xsampai kt skolah pun peruntukkan…ckp je lbih!
Ala kl nye tak de
sekolah amanah di pasir gudang tapi minta ibu bapa byr rm120 utk program upsr sepanjang tahun. cuba fikir rm120x150 (paling sedikit) sama ngan RM18k. tolong lah pihak bertanggungjawab. jelaskan knapa sekolah amanah meminta wang tersebut dari ibu bapa? kalau rm50 boleh jugak hulur. lau da main ratus ingat kami ibu bapa ni pengecop duit apa?????