Putrajaya Perdana Berhad merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia ingin menawarkan biasiswa kepada warganegara Malaysia yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi awan dan swasta.
Syarat Biasiswa
- Sehingga RM 4,000 bagi setiap tahun akademik untuk program pengajian Diploma.
- Sehingga RM 7,000 bagi setiap tahun akademik untuk program pengajian Ijazah.
- Terbuka kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan dan mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
- Terbuka kepada pelajar universiti awam, universiti swasta, kolej dan politeknik.
- Penerima biasiswa perlu bekerja dengan Putrajaya Perdana Berhad atau mana-mana anak syarikatnya selama sekurang-kurangnya dua tahun (tertakluk kepada kekosongan) selepas tamat dan lulus pengajian yang diikuti.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditaja adalah program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah;
- Civil/Structural Engineering
- Mechanical/Electrical Engineering
- Quantity Surveying
Kelayakan Memohon
Pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat berikut;
- Warganegara Malaysia
- Pelajar Sepenuhmasa
- Telah diterima masuk ke IPTA atau IPTS
- Mempunyai keputusan SPM atau STPM yang cemerlang
- Tidak menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi
Cara Memohon
- Muat turun borang permohonan di sini dan email kepada thean@p-perdana.com, atau
- Memohon secara online di sini, atau
- Mengambil dan menghantar borang permohonan di alamat berikut;
- Corporate Communications Department
PUTRAJAYA PERDANA BERHAD
3rd Floor, No. 5 Jalan P16,
Precinct 16,
62150 Putrajaya
Tel: 03-88868888
Faks: 03-88895668
- Corporate Communications Department
Tarikh Tutup
- Borang permohonan yang telah lengkap berserta semua dokumen yang berkaitan perlu dihantar pada atau sebelum 15 Julai 2009.
- Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk menghadiri temuduga.
Sila kunjungi laman web biasiswa Putrajaya Perdana Berhad atau hubungi Ms Thean Kim Sim di talian 03-88868830 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
macamana nak kemaskini ppermohonan biasiswa putrajaya perdana?
knp r smpai kat ruangan utk isi referee…bl dh siap isi smua nye, jak g nk continue xblh??
pe r kslhn yg sy bt??? grm nye
Idamaria dan Tina,
Sila hubungi Ms Thean Kim Sim di talian 03 8886 8830 untuk mendapatkan bantuan.
bila bleh tau result permohonan biasiswa ni??
Fara,
Saya tidak mempunyai maklumat tersebut, sila hubungi Ms Thean Kim Sim di talian 03 8886 8830 untuk mengetahuinya.
scholarship for electrical engineering only ??
what about MICROELECTRONIC engineering ??
any scholarship for microelectronic engineering??
AERONAUTICAL BLEH X?