Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempelawa pelajar yang cemerlang, berwawasan, dan berdedikasi untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan membina kerjaya yang mencabar dan memuaskan bersama mereka.
Prospek kerjaya yang cemerlang menanti pemegang Biasiswa SC selepas menamatkan pengajian dengan jayanya. Sebagai agensi pengawalseliaan yang progresif dalam pasaran modal Malaysia, mereka menawarkan pendedahan meluas dan peluang pembangunan kerjaya, serta peluang menimba pengetahuan daripada yang pakar di dalam bidang berkaitan.
Biasiswa ini merangkumi yuran penuh pembelajaran, buku-buku, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan.
Kategori Biasiswa
Suruhanjaya Sekuriti menawarkan 2 kategori biasiswa iaitu
- Biasiswa Pra-Ijazah Bagi mengikuti kursus-kursus pra-ijazah di universiti / institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf (A-level, asasi, matrikulasi, dan diploma)
- Biasiswa Pengajian Siswazah Bagi mengikuti pengajian Ijazah pertama di universiti yang tersohor dan diiktiraf di Malaysia dan di luar negara
Syarat Am
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang baik
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan sukan
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan baik
- Bukan penerima biasiswa daripada organisasi lain
Syarat Khusus
Biasiswa Pra-Ijazah
Biasiswa Pra-Ijazah untuk pengajian A-Level, Asasi, Matrikulasi dan Diploma di universiti atau institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf.
Kelayakan Memohon
- Minimum 9A dalam peperiksaan SPM 2012
- Berumur 19 tahun dan ke bawah
Biasiswa Pengajian Ijazah
Biasiswa Pengajian Ijazah untuk pengajian Ijazah pertama di universiti yang tersohor dan diiktiraf di Malaysia dan di luar negara.
Kelayakan Memohon
- Minimum 3A dan 1B+ dalam peperiksaan STPM atau
- 3A di peringkat A-Levels atau
- 3.5 CGPA pada peringkat Diploma atau Matrikulasi
Bidang Pengajian
Biasiswa ini adalah untuk bidang pengajian berikut;
- Ekonomi
- Kewangan
- Kewangan dan Perbankan Islam
- Pelaburan Perbankan
- Pentadbiran Perniagaan
- Perakaunan
- Perniagaan Antarabangsa
- Undang-undang
Syarat Tawaran
Tawaran bersyarat akan dibuat kepada calon-calon yang berjaya, tertakluk kepada penerimaan mereka ke universiti/institusi pengajian tinggi yang tersohor dan diiktiraf serta sedia berkhidmat dengan Sekuriti Malaysia bagi jangka masa yang ditetapkan setelah tamat pengajian.
Permohonan
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian, sila kunjungi SC Scholarship Award Online Application.
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Tarikh Tutup
- Pendaftaran permohonan Anugerah Biasiswa Sekuriti Malaysia 2013 akan ditutup pada 1 April 2013.
- Permohonan dan segala dokumen hendaklah dikemukakan sebelum atau pada hari 3 April 2013 jam 5.00 petang.
Maklumat
- Sila layari laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut atau kunjungi pejabat mereka di Khidmat Korporat SIDC, Securities Industry Development Corporation, No 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03 6204 8667 / 8669 atau faks: 03 6201 8008 atau e-mel: sidc@sidc.com.my / SCScholar@seccom.com.my