Biasiswa The Star 2013

The Star menekankan kepentingan pendidikan dalam membina sebuah masyarakat berpengetahuan. Bagi menyokong perjuangan ini, Biasiswa Pendidikan The Star telah dimulakan pada tahun 1994 dengan tujuan utama menyediakan peluang pendidikan kepada generasi muda Malaysia yang layak dan miskin. Setiap tahun, The Star bekerjasama dengan pelbagai  institusi pendidikan tempatan dan luar negara untuk merealisasikan aspirasi ini.

Biasiswa The Star

Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak lebih daripada 25 tahun pada 1 Januari 2013
  • Cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum & aktif dalam sukan
  • Tidak terikat atau menerima apa-apa bantuan kewangan atau anugerah daripada institusi pendidikan atau organisasi yang lain
  • Bagi program peringkat Asasi & setaraf atau kursus Diploma, pemohon mestilah mempunyai keputusan yang baik dalam SPM / UEC atau setaraf
  • Bagi peringkat Diploma Lanjutan / kursus Ijazah, pemohon mestilah mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM / A-Level / UEC atau setaraf

Institusi & Bidang Pengajian

Senarai kolej, institusi & universiti yang diterima dan senarai bidang pengajian yang ditaja boleh dirujuk di laman web Biasiswa Pendidikan The Star.

Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat melalui Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan The STAR.

Borang Permohonan Biasiswa yang telah lengkap diisi dan dokumen yang diperlukan perlulah dihantar ke alamat berikut;

  • Pengurus
    Dana Pendidikan The Star
    c / o Star Publications (M) Bhd
    Menara Star
    15 Jalan 16/11 Seksyen 16
    46350 Petaling Jaya Selangor

Tarikh Tutup

Permohonan Biasiswa Pendidikan The Star ini ditutup pada 5 April 2013.

Permohonan yang lewat tidak akan diterima dan hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Maklumat

Sila rujuk laman web Biasiswa Pendidikan The Star.

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian telefon 03 7967 1388 atau faks 03 7955 4039 atau e-mel edufund@thestar.com.my.

2 thoughts on “Biasiswa The Star 2013

  1. oh no….im late..

  2. thineswary says:

    hmmm…lately saw it…miss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.