Biasiswa MMC 2013

MMC adalah sebuah kumpulan utiliti dan infrastruktur yang terkemuka, dengan pelbagai kepentingan dalam syarikat tenaga dan utiliti, pelabuhan & logistik dan kejuruteraan & pembinaan. Bagi melaksanakan peranan untuk menyokong usaha membina keupayaan negara, MMC menawarkan program biasiswa untuk diberikan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang layak dan cemerlang dalam bidang akademik sebagai pengiktirafan pencapaian mereka.

Melalui program biasiswa ini, MMC berhasrat untuk memupuk dan melahirkan individu-individu yang luar biasa untuk mencapai kejayaan dalam usaha profesional mereka dengan menghantar mereka ke universiti terkemuka sama ada dalam negara atau luar negara.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditaja adalah;

Biasiswa MMC 2013

  • Kejuruteraan
    • Kejuruteraan Awam
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Kejuruteraan Elektrik
    • Ukur Bahan
  • Perniagaan
    • Kewangan
    • perakaunan
    • Ekonomi
  • Undang-undang

Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum 8As dalam SPM 2012 atau setaraf
  • Umur tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran program pengajian

Syarat Am Memohon

  • Pemohon perlu menunjukkan keupayaan kepimpinan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial dan sukarela.
  • Pemohon perlu mempunyai penguasaan cemerlang lisan dan bertulis Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Pemohon perlu mempunyai nilai-nilai peribadi yang kukuh

Syarat Lain

  • Penerima biasiswa ini dikehendaki untuk menjalani program pra-universiti selama 24 bulan di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) bagi mempersiapkan diri untuk kemasukan ijazah pertama di universiti-universiti tempatan atau universiti ternama di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.
  • Pemohon tidak boleh terikat dengan mana-mana badan atau organisasi lain.
  • Pemohon yang berjaya tidak boleh menerima sebarang biasiswa atau bentuk bantuan kewangan daripada sumber-sumber lain atau apa saja semasa perjanjian dengan MMC masih berkuat kuasa.

Cara Memohon

  • Permohonan Biasiswa MMC ini perlu dibuat secara online di laman web Biasiswa MMC.
  • Pemohon mesti melengkapkan semua butiran yang diperlukan seperti dinyatakan di laman web permohonan MMC.
  • Hanya permohonan yang dikemukakan secara online sahaja diterima.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa MMC 2013 ini akan ditutup pada 6 April 2013.
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga.
  • Semua keputusan MMC dalam semua perkara berhubung dengan Biasiswa MMC ini adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.

Maklumat

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Biasiswa MMC ini sila hubungi talian 03 2071 1000 atau faks 03 2026 1921 atau email cosec@mmc.com.my

One thought on “Biasiswa MMC 2013

  1. muhammad farhan bin abd wahab says:

    Ada tak biasiswa untuk foundation yang masih belum tutup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.