Takwim Sekolah dan Cuti Sekolah Tahun 2013
Penggal Persekolahan bagi sesi persekolahan tahun 2013 telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1 Januari 2013 dan berakhir pada 14 November 2013 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 2 Januari 2013 dan tamat pada 15 November 2013.
Berikut adalah Kalendar Sekolah 2013
Mula | Akhir | Hari | |
PENGGAL 1 | |||
Hari Persekolahan | 2 Januari 2013 | 22 Mac | 58 |
Cuti Pertengahan Penggal | 23 Mac | 31 Mac | 9 |
Hari Persekolahan | 1 April | 24 Mei | 40 |
Cuti Pertemgahan Tahun | 25 Mei | 9 Jun | 16 |
PENGGAL 2 | |||
Hari Persekolahan | 10 Jun | 6 Ogos | 42 |
Cuti Pertengahan Penggal | 7 Ogos | 18 Ogos | 12 |
Hari Persekolahan | 19 Ogos | 15 November | 65 |
Cuti Akhir Tahun | 16 November | 1 Jan 2014 | 47 |
Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah 205. Jumlah hari cuti sekolah adalah 84.
Jadual di atas adalah untuk sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (Kumpulan B).
Manakala bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu (Kumpulan A) bermula satu hari lebih awal daripada tarikh di atas.
Maklumat hari persekolahan dan cuti sekolah yang lebih terperinci boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran di Kalendar Sekolah 2013.
Tarikh Peperiksaan 2013
Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM, MUET bagi tahun 2013 boleh didapati di Tarikh Peperiksaan Awam 2013.
bagaimana nak mohon untuk lepasan spm ini untuk part-time sementara menunggu keputusan keluar??
Ayat tidak boleh difahami. Sila gunakan ayat dengan tatabahasa yang betul seperti mana yang telah diajar di sekolah sebelum ini.
haha.. epic comment Sasa!
[…] Sebagai panduan tambahan maklumat mengenai hari bersekolah dan hari sekolah bercuti boleh disemak di Cuti Sekolah 2013. […]