Permohonan Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA 2011

Para pelajar yang telah mendapat tawaran tempat untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Tahun Pertama secara sepenuh masa mulai sesi 2011/2012 di institusi pengajian tinggi awam yang baru diumumkan pada 15 Julai yang lalu dipelawa untuk memohon biasiswa khas tenaga akademik IPTA 2011. Terima kasih kepada saudara Anak Rantau kerana berkongsi maklumat ini.

Biasiswa Khas Tenaga AkademikProgram biasiswa ini adalah untuk menyediakan tenaga akademik kepada IPTA pada masa akan datang khususnya dalam bidang sains tulen dan kecemerlangan IPTA.

Penerima biasiswa ini berpeluang untuk mengikuti 1 tahun pengajian di luar negara jika berjaya mengekalkan kecemerlangan prestasi akademik pada setiap semester dengan pindahan kredit (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara).

Di samping itu penerima biasiswa juga berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi jika sekiranya terpilih menjadi tenaga akademik IPTA.

Kursus Pengajian dan IPTA

  • Sarjana Muda Sains Kimia di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM dan UMT
  • Sarjana Muda Sains Fizik di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM
  • Sarjana Muda Sains Biologi di USM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UMT
  • Sarjana Muda Sains Matematik di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UIAM
  • Sarjana Muda Senibina di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UIAM, UiTM

Syarat Umum

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 22 tahun semasa memohon;
  3. Telah mendapat tempat pengajian di peringkat ijazah pertama di tahun pertama (semester 1) dalam kursus-kursus IPTA yang ditetapkan;
  4. Tidak mendapat tajaan pengajian dari mana-mana pihak. Sekiranya telah ditaja, pemohon perlu menghentikan tajaan asal;
  5. Pelajar perlu menandatangani perjanjian yang mensyaratkan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia khususnya IPTA tertakluk kepada kesesuaian dan berjaya dilantik selepas tamat pengajian.

Syarat Khas

  1. Pelajar baru di tahun pertama, semester satu;
  2. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya 7A (A+) di peringkat SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu atau setaraf;
  3. Mendapat keputusan sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.50 di peringkat asasi IPTA/ Matrikulasi/ STPM;
  4. Penerima biaya hendaklah memperolehi prestasi akademik sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.30 pada setiap semester mulai semester pertama bagi melayakkan mengikuti pengajian di luar negara (jika rangka kursus mempunyai elemen ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti luar negara);
  5. Penerima biaya yang memperoleh PNGK/CGPA di bawah 3.00 pada dua semester berturut-turut akan ditahan elaun wang sakunya dan hanya disambung kembali selepas mendapat PNGK 3.00 dan bayaran yang ditahan tidak akan dikebelakangkan;
  6. Tertakluk kepada perjanjian, jika sekiranya penerima biaya memperoleh PNGK/CGPA di bawah 2.75 pada dua semester berturut-turut atau melanggar syarat-syarat kontrak pembiayaan akan ditamatkan dan dituntut gantirugi.

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan;
  2. Pelajar-pelajar lepasan Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi;
  3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra Universiti / Foundation; dan
  4. Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.

Kadar Biasiswa

Maklumat berkenaan jumlah yuran dan elaun yang akan diterima boleh dilihat di Kadar Yuran/ Elaun Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA.

Permohonan

  • Permohonan adalah secara online melalui portal Kementerian Pengajian Tinggi di Permohonan Biasiswa Khas Tenaga Akademik 2011.
  • Hanya mereka yang layak sahaja digalakkan memohon.
  • Borang yang telah dicetak hendaklah disahkan oleh pihak universiti (TNC Akademik/ Dekan/ Timbalan Dekan Fakulti) sebelum dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, KPT.
  • Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang "SIMPAN & CETAK" dan seterusnya mencetak 1 salinan borang permohonan untuk dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.

Tarikh Tutup

  • Permohonan online biasiswa khas tenaga akademik IPTA 2011 ini akan ditutup pada 22 Ogos 2011 pukul 12 tengahmalam.
  • Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dihantar secara pos atau serahan tangan dan sampai ke Bahagian Biasiswa tidak lewat dari 13 September 2011.

Temuduga

  • Semakan panggilan temuduga akan dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Jangkaan tarikh semakan temuduga adalah mulai 19 September 2011 jam 2.00 petang.
  • Sesi temuduga dijangka pada 24 September 2011.

Keputusan

Semakan keputusan temuduga dijangka diumumkan pada 11 Oktober 2011 jam 12.00 tengah hari.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa khas tenaga akademik ini, sila hubungi:

  • Setiausaha Bahagian,
    Bahagian Biasiswa
    Kementerian Pengajian Tinggi,
    Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 W.P. PUTRAJAYA.
    (u.p.: Unit IPTA)

    Tel. : 03-8870 6000
    Faks : 03-8870 6839
    E-mail : erzny@mohe.gov.my

6 thoughts on “Permohonan Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA 2011

  1. salamm… nak tanya,kalau pelajar yang sedang menuntut di universiti tempatan dalam kursus yang ditawarkan, sebagai contoh tahun kedua( semester ketiga), boleh tak mohon biasiswa nie?terima kasih

  2. salam. saya dah cuba mauk untuk permohonan… tapi permohonan seperti ada ralat yang tidak membenarkan saya memohon… saya dah baca syarat permohonan dan sudah memastikan syarat permohonan… adakah perkara lain yang perlu saya lakukan sebelum login permohonan?

  3. biasiswa utk lpasan diploma kmsukn september ni xbukak ke?
    klw jurusan slen dlm field tu boleh apply x jika bukak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.