Keputusan Permohonan UPU Kemasukan IPTA 2011 Lepasan STPM Dan Setaraf

Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2011/2012 dijangka boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai hari ini 15 Julai 2011 pukul 12.00 tengahari.

Semakan Keputusan

Keputusan Permohonan UPUSemakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Keputusan Permohonan Ke USM

  • Semakan keputusan ini tidak melibatkan calon yang telah mengesahkan menerima tawaran USM yang diumumkan pada 10 Jun lalu. Selaras dengan pelaksanaan program Apex dengan hal berkaitan pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan dikendalikan oleh USM sendiri.
  • Mereka yang telah mengesahkan menerima tawaran USM sudah digugurkan dari pangkalan data UPU bagi mengelak pertindihan. Hanya calon yang mengemukakan permohonan melalui UPU dan gagal mendapat atau menolak tawaran ke USM akan diproses untuk dipertimbangkan dalam pemilihan kemasukan ke 19 IPTA lain.

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai 2011.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan atau sila rujuk Senarai IPTA.

Permohonan Rayuan

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012.
  • Mereka yang ingin membuat rayuan disaran untuk memastikan kelulusan benar-benar memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Bagi membuat semakan sila rujuk di Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Tarikh tutup permohonan e-rayuan ini ialah pada 24 Julai 2011.

Maklumat

  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel : [email protected]
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

114 thoughts on “Keputusan Permohonan UPU Kemasukan IPTA 2011 Lepasan STPM Dan Setaraf

  1. sedih. saya lepasan asasi uia try mohon tp xdpat…

    • AnakRantau says:

      Kecuali dalam kes-kes tertentu, kebanyakan IPTA lain tidak mengambil lepasan Asasi UIA kerana pelajar Asasi UIA merupakan feeder kepada UIA dan hanya untuk UIA sahaja.

    • Assalamualaikum..sy pelajar lepasan stam..dan mndpt pngkat jayyid mmpunyai band muet 1..dan tidak mndpt sebarang tawaran di ipta…sy sudah mmbuat rayuan di USIM…dan amek kos quran sunnah dan akidah dan agama…sy mnghadapi beberapa kemusykilan sekarang..harap pihak berkenaan boleh bntu sy…soaln pertama sy adakh sbb sy x dpt diterima masok ipta ini krn band muet sy tidak memuaskn?soaln ke2 sy bilakh keputusan e rayuan akn di umumkn?terima ksih…

      • AnakRantau says:

        Bagi kursus-kursus Pengajian Islam, tahap MUET yg diperlukan hanya sekurang-kurang 1 sahaja dan ini bukanlah penyebab anda tidak dipilih. Keputusan rayuan dijangka diumumkan 2 minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baru

  2. lepasan asasi uia sebenarnya nak kena mohon di bawah diploma/setaraf atau stpm/setaraf?

  3. maaf, adakah dengan membuat rayuan akan berkesan? saya pelajar lepasan matrikulasi yang mendapat pointer 2.36.. saya gagal dalam tawaran upu :(
    saya sangat2 takut jika gagal lagi dalam membuat e rayuan. tolong saya :(

    • AnakRantau says:

      Anda lepasan matrikulasi Sains/Perakaunan? Kes rayuan dibuka untuk mengisi kekosongan tempat di mana calon yg ditawarkan tempat menolak tawaran atau tidak datang mendaftar. Anda harus bijak melilih kursus sesuai dengan keputusan peperiksaan anda.

      • saya lepasan perakaunan. saya memohon kos yang agak low seperti pengurusan sistem maklumat maklumat dan pengurusan pejabat. masihkah ada peluang?

      • saya lepasan politeknik. mendapat pointer 3.45 dan muet band 3.gagal dalam tawaran upu.saya telah membuat rayuan ke uthm. adakah saya layak dalam rayuan ini.

        • ZARIFFIMES says:

          SKANG NI UTHM BIL DAK POLI MENGIKUT POINTER 3.5 KEATAS,TIDAK SERIUS DALAM PEMILIHAN MUET,HANYA SEKADAR SYARAT……….I

  4. maaf, adakah dengan membuat rayuan akan berkesan? saya pelajar lepasan matrikulasi yang mendapat pointer 2.36.. saya gagal dalam tawaran upu :(

  5. result upsi under upu jugak ke???????

    • AnakRantau says:

      Semua permohonan dan keputusan kemasukan Sesi 2011-2012 termasuk UPSI adalah diuruskan oleh UPU

      • salam…saya ad 2 s0aln,,,,

        1-aya telah mndpt twrn ipta…blh ke klu saya t0lak twrn tersebut untuk membuat rayuan ke upsi???????2- klu buat rayuan t0k upsi perlu ke ambil ujian medsi dan pergi interview sekali lagi….

        • AnakRantau says:

          Kes rayuan hanya dibuka kepada calon-calon yg tidak ditawarkan sebarang tempat sahaja. Program yg bertemuduga termasuk program pendidikan tidak dibuka bagi kes rayuan ini.

  6. assalamualaikum…

    nak tanya sikit.. sya ada mohon upu tetapi gagal..

    jadi.. sya telah pun membuat rayuan..

    pertanyaan sya.. adakah sya perlu menghantar lagi dokumen2 seperti first2 memohon upu dulu… sebab, semasa memohon upu dulu ade hantar dokumen2 tertentu… perlu ke sya hantar dokumen2 tersebut lagi… untuk rayuan upu ini..

    • rasanya tidak, erayuan hanya perlu dibuat secara online.

    • AnakRantau says:

      Lepasan STPM/setaraf tidak perlu menghantar dokumen yg berkaitan tetapi lepasan diploma/setaraf perlu berbuat demikian seperti mana permohonan terdahulu

    • AnakRantau says:

      Lepasan STPM/setaraf tak perlu hantar tetapi lepasan diploma/setaraf perlu hantar dokumen seperti mana permohonan terdahulu

      • bila tarikh tutup untuk menghantar dokumen2 tersebut.. adakah sama dgn tarikh tutup e-rayuan iaitu 24.julai.2011……. jika saya menghantar dokumen tersebut pada hari jumaat(24.julai.2011) ini, menggunakn pos laju… sempat tak sampai ke u yg sya nak.. sya duduk sabah.. dan sya nak hantar dokumen tersebut ke UMS dan UITM..

      • pembetulan…jumaat 22 julai 2011

  7. sya telah mohon upu..tetapi gagal..

    sya telah pun membuat rayuan..

    adakah sya perlu menghantar lagi dokumen2 tertentu seperti semasa memohon dulu untuk tujuan rayuan ini….

  8. Salam.
    saya ada dpt tawaran utk melanjut pelajaran.
    Bila nak print surat tawaran, dia minta no pin id unik bsn tu.
    saya dah hilang no tu.
    apa yang sya perlu buat???

  9. saya lepasan diploma dgn pointer 3.6,
    tp saya x dpt upu:(
    mybe sebab saya x aware,saya xda muet:(
    ada kemungkinan x sy bejaya dlm e rayuan?

    saya bingung…

    • saya pun sama.. ;( cgpa 3.85 tp xde muet. dan xdpt upu… kalo bt rayuan dpt tempat ke?

    • AnakRantau says:

      Salah satu syarat am yg ditetapkan ialah mempunyai sekurang-kurangnya MUET band 1 atau seperti yg telah ditetapkan oleh syarat khas program

  10. nak tanya kalau nak mohon pertukaran u bleh tak? still kos yg sama… sy dpt pilihan 7 di ums… tp blehkah mohon pegi utm… pun kos yg sama di pilihan 6 sy ari tu,,,

    • AnakRantau says:

      UPU tidak membenarkan pertukaran Universiti. Sebarang permohonan pertukaran hendaklah dibuat kepada IPTA yg berkenaan jika mempunyai alasan yang kukuh seperti masalah kesihatan yg disokong oleh pegawai perubatan

  11. ASMKM…
    Borg ryuan duk kat mne,,,x jumpe ni..
    aduh…………..

  12. nak tanye saya lepasan diploma pemasaran dgn pointer 3.5..
    saya gagal ditawarkan mane2 ipta..
    pilihan pertama saya memilih ijazah pendidikan perniagaan..
    saya dipanggil interview…tetapi saya tidak berjaya..dan
    saya juga tidak dapat mane2 ipta dr pilihan kedua hingga pilhan ke empat..
    adakah saya masih ade peluang sekiranya saya memilih kos teknousahawanan di UTEM dlm
    e-rayuan..saya risau sekiranya universiti yang saya pilih tidak ade kosong untuk saya..

  13. lepasan stm says:

    admin leh bagi link e-rayuan tu x?saye da penin nk wt rayuan cmne ni…time kasih

  14. miafikmaa says:

    askm .. sy dpt ump koz manufacturing eng.. tp nak tuka ke chem.eng.. bole ke?

  15. nurdhuha says:

    salam…saya lepasan stpm dgan pointer 3.0…tapi sy tdak mndapat tmpat dmana2 ipta…saya dr aliran agama dan bermint untuk menymbung dlm aliran yg sama tetpi masalah sy b.arb sy x p..sdgkan syrat khas untuk mmski program pengajian islam sekurg2nya b.arb 2.00…jkalau sy membt rayuan untuk cos pngajian islam..sy masih ada peluang atau tidak???

    • AnakRantau says:

      Sila semak syarat khas di http://www.upu.mohe gov.my. Jika tidak silap, hampir kesemua IPTA menetapkan sekurang-kurangnya C bagi Bahasa Arab untuk memasuki kursus pengajian Islam. Anda dinasihatkan supaya memilih kursus yg anda layak sahaja

    • sama la cam saya…tapi saya lepasan STAM yang mendapat jayyid jiddan..try apply kos agama..x dapat ….dapat la kos sains kognitif kat UNIMAS….kos pae pon x tau…tapi nk wat camne..kena g jugak la…memang kalu x pass B.A…pihak universiti akan lelong result yang sepadan dengan result kite…

  16. salam saya tertanya2, tarikh tutup untuk menerima tawaran diberitahu dalam semakn keputusan permohonan adalah Calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN pada atau sebelum 30 Julai 2011, tetapi dlam blog eputra ini mengatakan semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai 2011.so, tarikh yang mana satukah saya patut ikut?

  17. Salam. saya lepasan matrikulasi pointer 3.75…saya mohon kos perakaunan…ditawarkan ke UiTM Machang jurusan pentadbiran perniagaan (kewangan)….so nak tanya admin boleh tak minta tukar jurusan ke jurusan akaun and ke Uitm shah alam…

    • AnakRantau says:

      Senat UiTM telah membuat ketepan bahawa sebarang rayuan untuk bertukar kursus dan juga kampus tidak dibenarkan

  18. Dpt kat utem tapi tak jumpa pun mana2 link untuk dptkan surat tawaran, yang ada cuma dia suruh isi maklumat peribadi tambahan….tarikh melapor pun takde inform….please help, anyone.

  19. bdak keliru says:

    salam…saya lepasan stpm dgan pointer 2.1…tapi sy tdak mndapat tmpat dmana2 ipta…saya dr aliran sastera.agak2 kos apa yg sesuai dgn kelulusan saya ini..

    • AnakRantau says:

      Maklumat yg diterima drp calon-calon lain, ramai daripada kalangan mereka yg mempunyai PNGK 3.00 ke atas turut tidak berjaya. Renung-renungkan lah

    • mai kat aq UNIMAS..kos sains pembangunan manusia(psikologi)..insyallah boleh..

      • bidang psikologi ni boleh ambil kpli ke bila dah tamat nnti?tapi setahu saya bidang psikologi ni banyak cabang n apkah semua kos psikologi ni bleh apply kpli nanti?..berharap^^

  20. assalamualaikum…sy 4 flat tp band 2.jd,xdpt twrn frmsi.klau sy btulkn band muet sy dn dpt band 3,mcm mn sy boleh tukar kos yg sdia ada ke kos farmasi??..xksh la di ipta sm atau yg blainn…(mhon nasihat scpt mngkn)
    Sekian,terima ksh…

    • AnakRantau says:

      Jika anda telah sah mempunyai MUET band 3 kelak, anda boleh mencuba untuk bertukar kursus di Universiti yg sama (kecuali UiTM)

    • fatehaaziz says:

      selalunya, untuk course seperti medic, farmasi, dentistry..minimum bg muet ialah band 3. tp skarang nie bnyk sgt persaingan, so, better usaha dptkn band yg lg better:)

  21. assalamualaikum…saya dapat tawaran ke uum, kemudian saya diminta memberikan jawapan samaada menerima tawaran atau menolak tawaran. saya menerima tawaran uum tersebut dan dikehendaki mengisi borang maklumat biodata pelajar dalam laman web uum dan perlu mengesahkan borang tersebut. selepas itu barulah saya boleh meneliti dan memuat turun surat tawaran tidak rasmi ke uum……Soalan saya, setelah saya mengisi borang maklumat biodata pelajar tersebut dan mengesahkannya, adakah pihak uum akan menerima maklumbalas tersebut secara automatik dan akan mengepos surat tawaran rasmi setelah saya mengesahkan borang maklumat biodata tersebut?

  22. Salam, saya lepasan pelajar matrikulasi cgpa 3.78..Dan saya langsung tidak mendapat tempat di mana2 ipta.. Aliran sains.. Soalan saya, bilakah tarikh semakan bagi e-rayuan? Ini kerana family saya sudah merancang untuk menghantar saya ke luar negara pada bulan 9. Tapi, saya masih mengharapkan ipta..(mohon nasihat kursus yg sesuai n jwpan tarikh semakan secepat mungkin) sekian, terima kasih..

    • salam… mungkin dalam pertengahan ogos atau mungkin awal september keputusan rayuan akan diumumkan
      utk kursus yg sesuai tu… cuba rujuk http://imascu.upu.mohe.gov.my/

    • AnakRantau says:

      Anda berkemungkinan besar memohon kursus perubatan, pergigian dan farmasi dan menandakan TIDAK SETUJU menerima tawaran lain bukan? Itulah sebabnya anda tidak ditawarkan kursus lain.
      Keputusan kes rayuan akan diumumkan 2 atau 3 minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baru

    • fatehaaziz says:

      typcally nowadays, kalo nk minx course critical mcm medic, farmasi, or dentistry… pointer should be 4.00 flat. sbb persaingan amatlaah tinggi. sometimes, even yg 3.9 pon x dpt. mybe perlu crik course yg bersesuain dgn pointer. apepon, usaha n good luck:)

  23. saya mndpt tawaran ke uum. saya telah menerima tawaran tersebut dan telah mengisi borang maklumat dan biodata pelajar..bilakah saya akan surat tawaran rasmi..?

  24. saya mndpt tawaran ke uum. saya telah menerima tawaran tersebut dan telah mengisi borang maklumat dan biodata pelajar..bilakah saya akan menerima surat tawaran rasmi..?

  25. pnunggu_stia says:

    bilakah tarikh semakan e rayuan akn kluar????

  26. core2 duo says:

    salam…mohon pandangan,saya bdk aliran sastera dpat 3B utk BI dlm spm n dpat band 3 dlm muet…agak2 kos SARJANA MUDA KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN dan SARJANA MUDA TEKNOLOGI MEDIA DENGAN KEPUJIAN(dua2 UUM) sesuai x dgn klulusan saya ini dismping pointer saya 2.09????

    • AnakRantau says:

      Untuk makluman anda, lebih drp 11,000 calon tidak mendapat tempat yang kebanyakkannya memperolehi PNGK 2.75 – 3.10. Jika ada kekosongan, sudah pasti golongan ini akan dipilih terlebih dahulu

  27. nurdhuha says:

    diantara sistem imascu.upu.mohe. dan semakan cara manual mana yang lebih utama….

  28. tiny tim says:

    ble tarikh tutup sebenar pengesahan upu lepasan stpm/setaraf sesi akademik 2011/2012 yew??

  29. helo…sy pelajar lepasan STPM..dan mempunyai band 3 dalam muet dgn pointer 2.83. sy tdk mndpt sebarang tawaran ipta…saya sudh membuat rayuan di upsi bg kos pndidkn moral sebb telah atten interview srta di uum bg pengurusan pembangunan. adakah sy berpeluang utk mendpt kos tersbt atau selain drpd itu?

  30. helo…sy pelajar lpsn STPM dan mndpt band 3 dlam muet serta pointer 2.83…dan tdk mendpt sebarang tawaran ipta…sy sudh membuat rayuan di upsi bg pndidikn moral kerana telah atten temuduga serta pengurusan pembangunan di uum. adakah sy berpeluang mndpat u melalui rayuan??

  31. helo…sy palajar lepasn STPM…mempunyai band 3 dlm muet srta pointer 2.83…sy tdk menerima sebarang tawaran..dan sy telapun membuat rayuan di upsi bg pendidikn moral kerana telah menghadiri temuduga serta kos pengurusn pembangunan di uum. adakah sy berpeluang utk mendpt u malalui rayuan??

  32. ades…ketika saya buat semakan keputusan UPU dia kata tarikh tutup pengesahan tawaran pada 30 julai tapi bila masuk laman web universiti da tutup 22julai?..apa yang patut saya buat?..tapi bagi UMK,UUM masih dibuka lagi…kenapa UNIMAS dah tutup…please help me..

  33. asalamualaikum… saya pelajar lepasan stpm. Saya mendapat pointer 2.83 n muet band 2. tapi saya tak dapat tawaran pun. Jadi saya sudah membuat rayuan ke uitm dan uum. Soalan saya adakah saya mempunyai peluang untuk masuk ke u yg telah saya pilih???

  34. sape pelajar lepasan STAM 2010 yang dapat UNIMAS & UMS?

  35. bagi pelajar2 yang mendapat kos lelong di IPTA…sama2 kita kongsi di http://www.facebook.com/pages/Kos-lelong-IPTA/240

    • aqil:maaf yer…mcm mne awk leh tahu awk leh dpt kos lelong di IPTA?kos lelong 2 mcm ne?awk pelajar stam tp dpt ums??boleh jelaskn kt sy??

  36. saya gagal dalam sebarang tawaran upu dan telah pun mendaftar lewat untuk ambik semula exam stpm thn tapi saya confuse jika sekiranya saya telah berjaya dalam e-rayuan upu mana satu yang saya patut pilih teruskan ambik exam or terima keputusan upu??

  37. hmm..klu dah daftar ambil balik exam stpm thn ni tapi dalam masa yg sma tengah tunggu rayuan?jadi jika sekiranya berjaya dalam rayuan tersebut mana satu nak pilih yeer exam or upu??? help..

  38. apa yg saya tgk dkt laman web upu,sekiranya tiada sebarang jawapan selepas 3 minggu hebahan rayuan dianggap gagal kan? maksudnya start rayuan boleh dibuat pada 15 julai sampai 5 ogos saje la kan?

  39. sy pelajar matrikulasi,sy dpt unimas,tp disebabkan jauh sy tolak tawaran tu..mcm mana sy nk mhon semula ipta lain utk kemasukkan september 2011?

    • utk kemasukan sept 2011 mmg tiada peluang lagi cuma yg masih dibuka skrg uitm itupun utk kurusus diploma, utk kursus ijazah uitm akan buka okt ni bagi pengambilan feb 2012
      ipta yg lain tidak pasti bila akan dibuka

    • fatehaaziz says:

      untuk kemasukan sept 2011 mmang x de. mybe kene minx lg nxt year. amt syg sekali kerana awk tolak tawaran upu..

  40. saya nak tanya, bila keputusan rayuan akan keluar? atau adakah kita perlu contact dgn pilihan universiti?

  41. ABANG LONG says:

    SALAM..
    Saya dapat UPSI kos pendidikan Kaunseling, ada x biasiswa untuk pelajar Upsi saya lepasan STPM pointer 3.92..tolong listkan biasiswa yang boleh saya apply.thanx

  42. Minta maaf ye.. sy nak tnya.. apa bezanya kos psikologi dgn kos bimbingan dan kaunseling ye.. sy dpt buat ijazah sarjana muda psikologi dgn kpujian di UPSI. sy agak kurang yakin dgn peluang pkerjaannya nti. harap ada yg sudi bantu trangkn pada sy.

  43. Saya di terima masuk umk tetapi sy nk tukar universiti lain sbb sy x minat kos yang sy ambil skrg.so,adakah sy boleh membuat pertukaran universiti lain pd tahun hadapan…please help me…

  44. nak tanya , kalau sy nk tukar u blh tak.apakah prosedur nak buat..?

  45. kukumalu says:

    macam mana nak dapatkan surat tawaran ke upsi sesi 2012 ni ? nak tahu tarikh, masa, dan tempat melapor diri.

  46. SALAM,
    saya mendapat tawaran ke uitm perak dalam jurusan sains kuantitatif . saya ingin menukar ke uitm jengka dalam jurusan kejuruteraan awam atas sebab sebab yang tertentu. adakah saya berpeluang untuk tukar jurusan dan kampus ?

  47. saya lepasan matrikulasi dengan pointer 2.86..agak2 lyak ke saya ke upm dgn kos sains bioperubatan? saya btl2 minat dgn kos tu….tp sy tkt xdpt…

  48. salam,,,sya lpsan stpm 2011 ngn pointr 2.3,,still xdpt ipta,kos pew ssuai ngn pointr tok ryuan

  49. Salam..saya nak minta tnjuk ajar yang tahu bagaimana cara nak tukar ipta selepas semester pertama.?

  50. saya mendapat 4.0 flat , tpi muet band 2 , adakah possible saya ditawarkan ke ipta?

  51. cik pening says:

    salam..sekarang saya dalam dilema dan pening untuk membuat rayuan..saya tak tahu nak pilih kos apa dan saya takut tersalah pilih kos yang membolehkan saya gagal rayuan tersebut..tlg guide sy utk pilih kos apa..saya lepasan stpm pointer 2.75

  52. salam bleh pointer 3.6 ambik dietetik kat RU university

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>