Keputusan Permohonan Rayuan Ke USM Sidang Akademik 2011

Semakan keputusan kemasukan permohonan rayuan ke Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2011/2012 telah boleh dibuat mulai 15 Julai 2011 yang lalu.
Keputusan Permohonan Rayuan USM
Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan rayuan setelah gagal mendapat tawaran pada 10 Jun lalu bolehlah menyemak keputusan mereka.

Semakan Keputusan Rayuan USM

  • Semakan permohonan rayuan boleh dibuat di laman web pohon @USM.
  • Calon perlu login dengan memasukkan no rujukan, kata laluan dan pilih semakan RAYUAN.
  • Hebahan melalui SMS juga telah dibuat kepada calon yang berjaya mendapat tempat di USM.

Pengesahan Penerimaan Tawaran

  • Mereka yang berjaya perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan ke USM.
  • Pengesahan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 31 Julai 2011, jam 5.00 petang.

Pertanyaan

  • Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau e-mel: admissions@notes.usm.my jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Talian Khas USM ini akan dibuka pada 15 – 31 Julai 2011 dari pukul 8:10 pagi hingga 5:00 petang sahaja dan hanya dari hari Isnin hingga Jumaat.

One thought on “Keputusan Permohonan Rayuan Ke USM Sidang Akademik 2011

  1. […] Keputusan rayuan boleh disemak mulai 15 Julai 2011. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.