Permohonan Biasiswa Persekutuan 2011

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dianugerahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000.00 sebulan.

Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.

Kelayakan Biasiswa Persekutuan

Logo Kementerian Pelajaran

Kriteria kelayakan BKP dan BKPU adalah:-

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
  • Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah;
  • Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan;
  • Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kadar Biasiswa

  • Tingkatan 1 hingga 5 – RM 70 sebulan
  • Tingkatan 6 Sastera – RM 90 sebulan
  • Tingkatan 6 Sains – RM 110 sebulan

Permohonan

  • Pihak sekolah akan mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak.
  • Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
  • Pemprosesan permohonan adalah melalui Sistem Pemberian Biasiswa (SisPEB) yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh berhubung dengan guru yang berkenaan di sekolah masing-masing jika ingin mengetahui samada nama mereka tersenarai dalam permohonan.

Tempoh Proses Permohonan

Pihak sekolah perlu membuat permohonan mengikut tempoh masa yang ditetapkan berikut;

Zon Negeri Tarikh
Zon 1 Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Labuan 3 – 9 April
Zon 2 Johor, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, SBP 10 – 16 April
Zon 3 Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Perlis 17 – 23 April

Tarikh Rujukan

  • 17 – 23 Julai 2011 = Proses Semakan BKPU
  • 24 – 30 Julai 2011 = Proses Pemohonan Online BKPU

Maklumat

30 thoughts on “Permohonan Biasiswa Persekutuan 2011

  1. salam…nk tanya, bila keputusan biasiswa BKP akan keluar?

  2. noor syafiqah says:

    saya nak tnye, saya dpt biasiswa persekutuan semasa penghujung ting 5, kira-kira dlm bulan 10 2010, tahun lepas… adakah saya mendpt biasiswa itu semasa saya dlm sesi persekolahan shja atau saya akan menerimanya lgi pada masa akan dtg walaupun saya x brsekolah atau melanjutkn plajaran????

  3. salam…saya nak tnya..jika smasa tingktan 5 saya mndapat biasiswa persekutuan..adaka saya akn mndapat biasiswa trsebut lgi jika sya mnyambung tingktan 6 atau sya perlu mmohon biasiswa tersbut skali lgi…???

  4. eqinsharina says:

    saya ad 3 org adek yag masih bersekolah .. ayah saya seorang guru sek rendah .. yg gajinya bersihnya hanya rm2,789 . adakah saya layak memohon ??

  5. saya na tanye .. saya ade 2 org lgi adk yg masih bersekolah .. n ayah saya seorang guru sek rendah yg hany ber gaji rm 2.7++ .. itu gaji bersihnya … so saya layak ta na mohon biasiswa .. ????

  6. sy nk tnye sy mmhon bsiswa dlm bulan 4 or 5 2011 ari tu smpai sekarng sy tk dpt kptsn dri ckgu sy…….sy pljr ting 6..so mcm mne kptsn tu yew???sm de lyak or tak?or boleh bgi tau bile agk2 kptsn tu kluar????..

  7. nak tanyew…sye tingkatan 6 atas n baru dpt biasiswa bulan ni…adakah amaun yg bkal sye trime tu tmasok amaun tinkatan 6 rendah sekali??????????????????

  8. tlong blas k

  9. saya baru memohon bkpu dan pihak sekolah telah memberitahu bahawa saya berjaya mendapat biasiswa tersebut. bilakah wang biasiswa tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun saya??

  10. lyaz zak says:

    Nak TANyer bIle bIASISWA bkp AKAN masuk PADA tahun Ini ?? TARiKh Yg Tepat ?

  11. LepasanSpm2011 says:

    assalamualaikum…..sye lpasan spm 2011…sye berskolah di n9 pd 2007 dn nama sye lyk mnrima biasiswa BKP. pd 2008, sye brpindah ke kl..sye x tahu menahu psl urusan biasiwa dn ingat pihak sekolah n9 akan uruskan..tp,smpai tgktn 5 duit biasiswa x masuk ke dalam akaun sye..sye dan ibu ade bertanya pada seseorg di kpm,dn dia mengatakan duit biasiswa sye cuma 'terapung' dan tidak dihentikan. pada siapa sye harus nyatakn perkara ini,…??

  12. salam….saye mempunyai 8 adik beradik dan 7 orang masih bersekolah..Tetapi malangnya kami tidak pernah mendapat sebarang biasiswa daripada pihak sekolah ….Kami juga sudah banyak kali memohon biasiswa yang ditawarkan oleh pihak sekolah, tetapi masih juga tidak pernah dapat…boleh kami tahu sebab-sebab yang mnyebabkan kami tidak layak…kerana pendapat bapa saya dibawah RM1,000 dengan sepuluh tanggungan. .Ini hanya alasan pihak sekolah atau pihak pendidikan ataupun pihak biasiswa sendiri…Tolong balas yee.. =)

  13. saya juga ada 4 adik yang masih bersekolah dan seorang kakak yg masih bljr di IPG TEMENGGONG IBRAHIM.. ayah saya seorg polis..
    adakah saya layak menerima

  14. Assalammualaikum Puan, boleh saya tahu kalau basic gaji saya RM1641.42 tidak termasuk elaun RM545.00 adakah anak saya layak memohon?

  15. salam. wang biasiswa tahun 2013 dah masuk account ke belum ?

  16. nik norhadadiah binti nik omar says:

    ayah saya(guru yik) gaji pokok dan elaun rm1,500 dan tanggungan anak 7 orang termasuk oku 3 orang adakah anak saya dapat biasiwa atau apa-apa bantuan

  17. nik norhadadiah says:

    ayah saya (guru yik) gaji pokok dan elaun rm 1,500 dan tanggungan anak 7 orang termasuk OKU 3 orang adakah anak saya dapat biasiswa???

  18. Jejaka Idaman 96 says:

    As salam, adakah duit biasiswa yang diterima menjadi hak milik kita selepas tamat persekolahan? Akaun bank yang digunakan adalah atas nama kita dan bolehkah kita memohon untuk buat kad bank menggunakan akaun biasiswa kita? Duit lebihan biasiswa kita boleh digunapakai?

  19. Nur Wahida says:

    Saya penerima biasiswa BKPU, bilakah wang biasiswa akan dikreditkan ke dalam akaun saya??

  20. Nur Wahida says:

    Saya penerima biasiswa BKPU tahun 2013 dan baru sahaja menamatkan sesi persekolahan sebagai pelajar Tingkatan Enam Atas. Bilakah wang biasiswa akan dikreditkan ke dalam akaun penerima BKPU? Sekiranya telah dikreditkan, bolehkah saya menggunakan wang yang diterima tersebut setelah habis persekolahan?

  21. ada masalah ke dgn pemasukan wang biasiswa BKP
    sebab smpai sekarang saya dan kawan-kawan saya belum memperoleh kemasukan wang tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>