Permohonan Tajaan MARA Program Pasca Siswazah Luar Negara 2011

TERKINI :

Calon yang berilmu tinggi, berkeyakinan, inovatif dan kreatif serta mempunyai semangat juang yang kental berpersonaliti unggul adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA bagi mengikuti program pasca siswazah di institut pengajian tinggi terkemuka di luar negara.

Peringkat Pengajian

Logo MARAProgram pasca siswazah yang dimaksudkan adalah bagi peringkat;

  • Ijazah Sarjana
  • Doktor Falsafah
  • Profesional

Bidang Pengajian

Kursus atau bidang pengajian yang ditaja adalah;

  • Kejuruteraan
  • Kepakaran Perubatan/ Pergigian/ Sains dan Teknologi (Applied Medical Course)
  • Allied Health Sciences
  • Teknologi Maklumat/ Sains Komputer/ Sistem Maklumat
  • Bioteknologi
  • Sains Gunaan
  • Sains Kuantitatif
  • Sains Tulen
  • Kewangan/ Perbankan/ Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan Antarabangsa/ Iktisas
  • Perakaunan – CA/ ACCA/ CIMA/ ICAEW dan berkaitan
  • Senibina
  • Perundangan
  • Bidang teknikal dan bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti untuk keperluan negara

Kursus atau bidang pengajian yang diikuti boleh dalam bentuk Kerja Kursus (Coursework) atau Penyelidikan (By Research) secara sepenuh masa serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional yang berkaitan.

Syarat Asas Layak Memohon

  • Melayu Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi seperti berikut dari tarikh permohonan dikemukakan:
    • Calon Ijazah Sarjana dan Profesional 35 tahun
    • Calon PhD / Kepakaran 40 tahun
  • Telah tamat pengajian semasa iklan dikeluarkan.
  • Tidak mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan permohonan.
  • Mempunyai kelayakan minimum diploma untuk memohon tajaan MARA di peringkat Profesional. Kelayakan sijil tidak akan dipertimbangkan.
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Mendapat tawaran pengajian bersyarat (conditional offer) atau tanpa syarat (unconditional offer) daripada universiti berkenaan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat tawaran daripada universiti ranking tertinggi dalam bidang pengajian berkenaan rujukan www.timeshighereducation.co.uk, Academic Ranking of World Universitieswww.arwu.org dan QS World University Rankingwww.topuniversities.com
  • Pemohon diwajibkan menduduki ujian International English Language Testing System (IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) atau Scholastic Aptitude Test (SAT) mana yang berkaitan dan memenuhi syarat pencapaian yang ditetapkan oleh MARA
  • Menduduki peperiksaan berkaitan sekiranya disyaratkan oleh universiti seperti Graduate Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test (GMAT) dan sebagainya. Tahap pencapaian adalah sepertimana yang ditetapkan oleh pihak universiti.
  • Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman jika pernah ditaja oleh MARA atau badan penaja lain untuk pengajian sebelum ini. Tiada tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu sekiranya ditaja oleh MARA.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin dan menyalahi undang-undang negara.
  • Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai pelepasan / perletakan jawatan daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
  • Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah mengemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.
  • Mengikuti kursus anjuran MARA atau agensi lain sekiranya ianya sebahagian daripada syarat wajib sebelum ke luar negara.

Syarat Akademik

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi kredit bagi semua matapelajaran yang diambil.
  • Ke peringkat Profesional untuk pelajar lepasan diploma: Keputusan peringkat Diploma:
    • Kursus Teknikal : CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.
    • Kursus Bukan Teknikal : CGPA 3.75 ke atas atau setaraf dengannya
  • Ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah: Keputusan terkini peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Profesional:
    • Kursus Teknikal : CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
    • Kursus Bukan Teknikal : CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.
  • Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan berikut dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA:
    • International English Language Testing System (IELTS) dengan pencapaian keseluruhan Band 6.5 ke atas atau
    • Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan pencapaian 79/120 (Internet Based Test) atau
    • Scholastic Aptitude Test (SAT) 1,000 mata ke atas.
  • Lulus sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak MARA.
  • Hanya calon yang layak selepas disaring mengikut kecemerlangan bermula dari peringkat SPM, kelayakan akademik terkini dan mendapat tawaran daripada universiti ranking tinggi dalam kursus berkaitan akan diberi keutamaan.

Permohonan

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di portal Sistem Permohonan Pasca Siswazah MARA.

Tarikh Tutup

  • Permohonan tajaan MARA bagi mengikuti program pasca siswazah ini ditutup pada 13 April 2011.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Sila layari laman web MARA di www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan.
  • Sila rujuk juga iklan dan syarat tawaran permohonan tajaan MARA untuk program pasca siswazah ini.
  • Sila baca komen-komen di Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Skim SPC sebagai panduan.
  • Tawaran ini adalah untuk sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2011 hingga Februari 2012.
  • Calon dikehendaki menguruskan sendiri penempatan ke Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Luar Negara. Maklumat lanjut mengenai universiti boleh didapati daripada badan berkaitan seperti
    • British Council (UK) Tel: 03-2723 7900
    • Malaysian British Educational Cooperation Services (MABECS) Tel: 03-7956 7655
    • Irish Universities & Medical Schools Consortium (Ireland) Tel: 03-2163 2302
    • International Development Programme (Education Australia) Tel: 03-2162 3755 / 03-5636 5548
    • German Academic Exchange Service (DAAD-KL) Tel: 03-2148 0568
    • Canadian Education Centre Tel: 03-2162 2901
    • Malaysian American Commission on Educational Exchange (MACEE) Tel: 03-2166 8878
    • Nazza Education Sdn. Bhd. Tel: 03-2693 9121

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai tajaan MARA bagi mengikuti program pasca siswazah ini boleh dikemukan kepada

  • Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran
    Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
    Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur
    (U/P: Unit Dasar & Pembangunan IPT / Unit Penajaan)
    Talian Hotline: 03-2693 6666, 03-2694 6622 dan 03-2694 3366
    email: informasibpp@mara.gov.my

21 thoughts on “Permohonan Tajaan MARA Program Pasca Siswazah Luar Negara 2011

  1. theseutor says:

    kalo nk apply tpi xder offer mane2 uni lg, bley x? coz due date nk dkt….

  2. ada sapa2 call MARA ke? agak2 brp bnyk slots yg ada utk master

  3. mohd zahir says:

    "PSYCHOMETRICS ASSESSMENT", siapa pernah buat? boleh kongsi pengalaman? susah ke senang ke?

  4. ee04395 says:

    salam. sila layari laman web mara untuk mengetahu status permohonan. ade sesape terpilih utk ujian psychometric di kolej mara banting sabtu ni?

  5. Salam…ader2….

  6. boleh saya tahu ini biasiswa @ pinjaman

  7. boleh saya tahu ini biasiswa @ pinjaman

  8. Qomar Zat says:

    salam ..

    ada x tajaan JPA lepasan asasi??

  9. Ada sesape yg dapat x MARA 2011?

  10. ada2..mana lg student yg dpt?takde dgr khabar berita pun

  11. salam.ada sesapa dpt mara tak utk pasca siswazah dlm negara sesi 2011..result br kuar mggu lepas..

    kena kol mara ke utk isi perjanjian..atau mcm mn..sbb dlm website just gtau kata dpt pinjaman je..xdak dpt surat menyurat lg pn..

    pleaseeee..sape tahu yer..

  12. nak apply uni dulu kee buat mara ni dulu? if apply uni dulu nnti mcm mana pulak?

  13. Assalamalaikum..saya ada anak yang sedang menunggu keputusan spm 2011. Anak saya ada lah pelajar dari MRSM serting…Kemusykilan saya adalha …anak saya ni berminat dalam bidang kejuruteraan..semasa mengisi borang upu dia tak berapa pasti nk isi uni mana.. dia berminat untuk apply Kolej MARA banting..persoalan saya ..bagaimankah caranya untuk apply …satu problem lagi ..dia juga berminat untuk UTP…bagaiman cara untuk apply dan apa course dan cara BAGAIMANA dia nak pilih course…

    saya sebagai ibu memang bimbang sebab tak boleh bantu dia menyelesaikan problem ini..terima kasih atas bantuan tuan..

    • UPU untuk apply universiti awam tempatan untuk program diploma

      Untuk ke Kolej MARA Banting, mesti apply biasiswa MARA untuk pengajian luar negara selepas keputusan SPM keluar nantu. Jika diterima, MARA akan tentukan anak puan boleh ditempatkan di mana (pilihan antara Kolej MARA Banting, Kolej MARA Seremban, INTEC UiTM Shah Alam atau beberapa institusi lain untuk program persediaan ke luar negara)

      Untuk UTP, boleh apply di laman web petronas apabila keputusan SPM keluar nanti.

      Sila rajin2 tengok iklan akhbar 1 minggu sebelum dan selepas keputusan SPM keluar.
      Semoga berjaya!

  14. apakah syarat kelayakan ke kolej mara banting

  15. pinjaman mara ke luar negara mcm mane nak apply?? mara ada biasiswa ke?

  16. alhamdulillah, permohonan pinjaman mara saya sudah diluluskan dan saya ditawarkan untuk ke kolej mara banting.tapi,saya xtahu macam mana nak dapatkan surat tawaran tu.boleh tolong sy macamana nk dptkn ?

  17. Assalam….. Boleh ke pelajar dari SBP nak mohon Kolej Mara Banting…Bila biasanya iklan akan keluar bagi sesi kemasukan 2014? Adakan permohonan secara online? Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.