Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang ditawarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang.
Bilangan Biasiswa YDP Agong
Bilangan biasiswa yang disediakan setiap tahun adalah dua belas biasiswa iaitu;
- Enam biasiswa untuk peringkat Sarjana
- Enam biasiswa untuk peringkat Kedoktoran
Kriteria Pemilihan
Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan;
- Kecemerlangan akademik yang dimiliki
- Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
- Prestasi semasa temuduga
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
- Mendapatkan tempat pengajian di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia.
Kadar Biasiswa
Kadar biasiswa sebulan bagi program ini adalah berbeza mengikut negara dan contoh kadar biasiswa adalah seperti berikut:
- Amerika Syarikat – USD 1,923.00
- United Kingdom – £ 1,639.50
- Australia – AUD 2,070.00
- New Zealand – NZD 2,174.00
- Malaysia – RM1,760.00 (Sarjana) dan RM 2,500 (Kedoktoran)
Di samping itu elaun-elaun lain yang berkaitan juga akan dibayar. Manakala yuran pengajian akan dibayar terus kepada universiti yang berkenaan.
Tempoh Perkhidmatan
Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima tahun. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.
Panduan Permohonan
- Borang PermohonanBiasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2011 hendaklah dimuat turun, dicetak dan dihantar dengan tangan atau melalui pos ke alamat seperti berikut:
- Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA. (u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
- Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
- Pemohon dikehendaki untuk menghantar salinan dokumen/sijil-sijil yang telah diakui sah semasa mengemukakan permohonan. Dokumen/sijil-sijil asal perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.
- Semua permohonan akan diproses selepas tarikh tutup permohonan. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
- Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 oleh Ketua Jabatan.
- Semua pemohon perlu memastikan ibu bapa pemohon tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan. Sekiranya ini berlaku, pemohon tidak akan ditawarkan biasiswa.
- Pemohon belum memulakan pengajian semasa iklan ini dikeluarkan.
- Tiada sebarang rayuan akan diproses oleh Jabatan ini sekiranya pemohon gagal untuk disenaraipendekkan.
Temuduga
Pemohon boleh menyemak keputusan panggilan temuduga melalui laman web JPA pada 26 Julai 2011. Bagi pemohon yang berjaya dipanggil temuduga, surat panggilan temuduga akan dikeluarkan secara dalam talian (on-line) melalui laman web JPA dan pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temuduga tersebut untuk dibawa semasa menghadiri temuduga.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2011 ini ialah pada 18 Julai 2011.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini boleh dibuat dengan menghubungi Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan, JPA di talian 03-8885 3436 / 3892 / 3564 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mail di esila@jpa.gov.my.
Maklumat
- Iklan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
- Syarat Permohonan
- Panduan Permohonan
- Borang Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2011
- Borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003)(untuk kakitangan awam sahaja)