Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010

TERKINI : Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011

Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda (kecuali UPSI) untuk sesi 2010/2011 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

IPTA Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja bagi program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja bagi program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Syarat-syarat Permohonan

A. Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2010; dan
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan Semestar November/Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/Julai/Ogos Sesi 2010/2011 dari mana-mana institusi pengajian tinggi atau sedang mengikuti pengajian di tahun dua dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru Semestar November/ Disember Sesi 2009/2010 atau Semester Jun/ Julai/ Ogos Sesi 2010/2011;

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2009) – Gred A- dalam 7 matapelajaran (Gred B dalam Bahasa Malaysia), atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2009) – Prinsipal B+ dalam 4 matapelajaran, atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM 2008) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran, atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan, atau
  • Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau  Asasi IPTA – CGPA 3.40, atau
  • Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas

  • Bidang Kritikal (Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar) – Lulus
  • Bidang-bidang lain – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

Bidang Tajaan

  • Kritikal
    - Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar
  • Keutamaan
    - Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi
  • Profesional
    - Sastera Ikhtisas – Undang-undang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan.
  • Lain-lain
    - Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Sastera – Sastera – Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari. Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.

Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.

Tempoh Kontrak

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

Peringkat Diploma

  • Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun

Peringkat Ijazah

  • Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
  • Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Calon yang telah mendapat tajaan di bawah Program Penajaan Tambahan 9A SPM 2008 dan mana-mana Program Penajaan JPA ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2010 (PIDN);
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2010” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini ialah pada 16 Julai 2010 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini dijangka akan diumumkan 30 hari selepas tarikh tutup permohonan di laman web JPA, eSiLa.

Maklumat

  • Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2010 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2010.
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3453, 03-88853541 atau 03-88853552. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat [email protected]

52 thoughts on “Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010

  1. saya pelajar semester ke dua di UiTM mengambil kos diploma kejuruteraan. pointer saya pada semester pertama ialah 3.72.. Adakah saya layak memohon? Sebab saya baca PIDN merujuk kepada Ijazah sahaja.

  2. asl xleh msk ni???

  3. Salam… anda boleh pergi ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2010 (PIDN) dan klik pada daftar sebagai pengguna baru.

  4. thanks for the info ;)

  5. syahilaamirayb says:

    salam..kenapa saya tidak boleh daftar masuk untuk memohon biasiswa??
    tidak ada butang daftar masuk untuk saya log in.

  6. saya pun ad mslah same..xley nk dftar pun..macam mana ni?

  7. Salam..Saya pelajar UITM jurusan kejuruteraan elektrik tahun kedua semester ke-3..adakah saya layak memohon biasiswa PIDN?

    Mengikut syarat-syarat asas & khusus permohonan, saya layak memohon akan tetapi apabila saya baca perkara 6.Calon-calon Yang Tidah Layak Memohon (iv)Pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas..

    Saya mohon penjelasan dari pihak tuan samada saya layak memohon atau tidak.

    sekian

  8. Salam…

    Mohon bantuan, saya sedikit kebuntuan dan terdesak…saya pelajar STPM tahun 2005 mendapat CGPA 3.60. Saya kemudian bekerja di kementerian pertahanan dan menyambung pengajian di UniKL. Walaubagaimanapun saya mengalami sedikit masalah utk mendapatkan pembiayaan. Adakah sesiapa disini mampu mencadangkan daripada mana boleh saya mendapatkan pembiayaan untuk pengajian saya. Saya telah mengikuti pengajian di UniKL dengan sumber keewangan sendiri selama dua semester dan saya tidak lagi mampu menanggung bebanan keewangan.

    • Sebenarnya anda boleh cuba mohon pinjaman dengan MARA kerana setahu saya UniKL dibawah mereka.

  9. syahilaamirayb says:

    salam..sy dh bjaya mmohon..
    sy nak tanya..
    sy kne anta slip gaji/pendapatan..tp masalahnye, bapa sy sudah pencen dan xde slip pendapatan.
    jd ape yang perlu sy lakukan??

  10. syahilaamirayb says:

    salam..sy dh bjaya mmohon..
    sy kne hantar slip gaji/pendapatan ibubapa sy..
    tp mslhnya ibubapa sy sudah pencen..
    jd ape yg perlu sy buat??

  11. ameer hakim says:

    assalamualaikum. saya ingin memohon biasiswa JPA PIDN.. saya merupakan pengguna baru yang belun berdaftar.. tapi saya gagal untuk daftar kerana masalah teknikal..mcm mane nk slesaikan masalah ini???

  12. salam
    bilakah tarikh terakhir untuk menghantar salinan salinan dokumen pemohonan jpa?

  13. salam..sya juga mngalami msalah yg sama.selepas daftar n cuba utk log in,tertera bahawa my kad no telah dgunakn..sya x dpt mndaftar.tolong siapa2 yg tahu bgaimna mnyelesaikn maslah ni kerana kawan2 sya jgak mngalami mslah yg sma.tarikh tutup hampir tamat.tma kasih

  14. [email protected] says:

    im studying in ipts-cucms in medicine.can i apply for this jpa scholarship too?or anybody else can you tell me where else can i search for loans or scholar??email me if you got any info-tq.

  15. sy dah memohon biasiswa jpa scare on9….jd slip permohonan tersebut bila sy harus hantar?

  16. salam…. knapa JPA xmnawarkan biasiswa kpd pelajr yg ambik course pendidikan…..

  17. salam..
    borang yg sya hantar akan sampai ari jumaat…
    adakah borang sya masih dilayan???

  18. adakah pendaftaran yg dibuat secara online tidak perlu di pos?? saya mahu kepastian,,

  19. salam. adakah jpa akan membuat tawaran biasiswa jpa untuk kali kedua bagi pidn atau peringkat diploma ini??

  20. bila keputusan tawaran akan keluar?

  21. syafiq bal says:

    bila tarikh keputusan permohonan biasiswa PIDN keluar?

  22. jika saya dapat result rendah,adakah jpa akan ditarik?

  23. sy sudah memohon tetapi tidak dapat. masih ada rayuan ke utk PIDN 2010?

  24. em, bole tak ijazah semester 1 nak mintak.. ari tu terlepas tarikh,…

    kalo wat rayuan bole tak?

    ke nak tunggu sem 2 je nanti?

  25. pidn kne temuduga x.

  26. bolehkah saya tanya bila surat tawaran boleh saya dapat?saya ialah pelajaar umt..terima kasih

  27. salam..saya baru sahaja tamat diploma jurusan perakaunan pada disember ini..dan cgpa saay ialah 3.10..boleh kah saya memohon untuk biasiswa ini untuk sambung ke peringkat ijaah pada bulan januari ini.

  28. salam……sy mendapat pointer 3.42 dlm final exam yg lepas.apakah sy layak untuk memohon biasiswa jpa?

  29. sy mrupakn plajar sem 5, thun ke-3 dan telah mndpt biasswa jpa. bolehkah sy mmohon utk biasswa pringkat ijazah srjana muda pula? bgaimana cranya? trima ksih ats mklum bls dr pihk tuan.

  30. macam mane sy nk mohon biasiswa ni?sy plajar sem2 dr uitm n amek kos bisnes..sy lyk ke?pointer sy 3.8 mase sem 1.

  31. permohonan untuk kemasukan ke ijazah hujung tahun 2011 nie bla kuar yek ?

  32. mrs_yenna says:

    salam ….sy berminat untuk memohon program pelajar cemerlang….tp sy keliru dengan syarat yang dinyatakan…..boleh pihak tuan semak adakah sy boleh membuat permohonan??

    ini result sy pada spm 2009

    bahasa melayu b+ kepujian tertinggi
    bahasa inggeris b kepujian
    pendidikan islam a cemerlang tinggi
    sejarah a cemerlang tinggi
    math a+ cemerlang tertinggi
    add math a+ cemerlang tertinggi
    prinsip akaun a- cemerlang
    fizik a cemerlang tinggi
    kimia a cemerlang tinggi
    biologi a- cemerlang

    ini contek sy….013-2396987

  33. saya nak tanya bile kita amek bidang pengajian islam di ipta,adakah jpa menaja bidang ini hingga peringakat sarjana muda,atau hanya setakat asasi sahaja?

  34. saya ada mendapat tawaran temuduga jpa utk ke luar negara,tetapi saya tidak menghadiri dan mengambil ujian yang ditetapkan oleh kerana ada sedikit masalah,adakah saya boleh merayu?saya mohon sekali,tolong jawab pertanyaan saya ini…………

  35. mengapa biasiswa jpa untuk pelajar yang dapat UPSI tak ade?

  36. salam..bila permohonan pidn 2011 nak keluar yea??

  37. [...] Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010 [...]

  38. [...] komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010 [...]

  39. [...] juga komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010 sebagai [...]

  40. [...] juga komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010 dan 2011 sebagai [...]

  41. […] juga komen-komen di Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara PIDN 2010, 2011 dan 2012 sebagai […]