Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2012

Permohonan Program Matrikulasi 2012

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Sesi 2012/ 2013 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2011 yang baru lalu. Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bolehlah memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
Kolej Matrikulasi

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa

  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  2. Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun,

  1. Pada bulan Mei bagi PST. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya.
  2. Pada bulan Jun bagi PDT.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012.
  3. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.

Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

Kelayakan Minimum Akademik PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun ialah seperti berikut :

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Cara Memohon Program Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012 tahun lepas iaitu permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;

Pautan berikut juga membantu;

Semakan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 ialah pada 10 Oktober 2011 dilanjutkan kepada 30 November 2011.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau Program Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
  • Anda boleh juga datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

150 thoughts on “Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2012

  1. […] Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2012 […]

  2. kenapa untuk jurusan perakaunan untuk memasuki hny ada sains tambahan tetapi sains biasa tiaada sedngkan di atas sekali ada sains biasa…. please let me know A.S.A.P.

  3. kenapa untuk jurusan perakaunan untuk memasuki hny ada sains tambahan tetapi sains biasa tiaada sedngkan di atas sekali ada sains biasa…. please let me know A.S.A.P.

  4. kenapa jurusan perakaunan tidak terima general sc sedangkan sc tambahan ada…. bgtau sy as soon as possible please

  5. y general sc x diterima oleh jurusan erakaunan sedngkn sc tambahan diterima

  6. Bolehkah pelajar memohon aliran perakaunan, sedangkan dia tidak ambil subjek perakaunan dalam spm 2011?

  7. noor khayla afrina says:

    bolehkah calun spm 2010 memohon untuk program matrikulasi 2012?

  8. raidah aqwa says:

    salam..macam mana nak buat kalau dah isi borang permohonan kemudian bila nak print ada masalah teknikal(komputer rosak). bila guna komputer lain, nak daftar dia kata IC dah didaftarkan dan tidak boleh memohon untuk kali kedua…bila nak kemaskini pula dia kata maklumat permohonan tiada…macam mana ye..sila beritahu…secepat mungkin ye…terima kasih..

  9. salam, sy merupakan calon SPM 2011,
    adakah sy akan diterima walaupun prinsip perakaunan sy "D"?

  10. salam sy calon spm 2009, sy ingin bertanya apa boleh jika sy mengisi borang matrikulasi sedangkan sy sudah ditempatkan di IPTA

  11. boleh ke kalau calon spm 2011 memohon perakaunan jika dia tidak mengambill subjek matematik tambahan ?

    • Tidak boleh kerana 4 mata pelajaran wajib adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Matematik Tambahan

  12. macam mana nak isi borang matrikulasi????

  13. Salam ePutra
    kumpulan darah kt borang 2 nk wt pe ea kalo kita x tau???erm…
    nk kene g check ker ha?ha?ha?

  14. salam..kemasukan matrik lihat keputusan trial exam x?

  15. salam..kemasukan matrik lihat keputusan trial exam x?

  16. selepas permohonan ade no. pin….
    mmg pntg ke…coz sy da ilang no 2….mcm mne nak dptkn balik….

  17. salam..selepas prmohonan ade no pin…
    mmg pntg ke…mcm mne nk dptkn blik no 2

    • Salam…. ini nombor pin BSN tu ke atau nombor rujukan permohonan?
      cuba buat semakan permohonan mungkin nombor2 ini ada dipaparkan

  18. nurrul sakinah says:

    npew sush sngt nk mcok web niey…..

  19. KNPA NK ISI KOLEJ PLIHAN X DPT??? DH TRY TEKAN.. TP STILL X DPT…

  20. knpe x dpt nk isi borg ek.. error je mmnjang..

  21. alaa..tension… dh isi…xdpt nk antar borang tu….tenet laju kot…dh bnyk kli dh cuba….sdih2

  22. npa xley antar borg..dh isi borang tp tetap xley..tenet laju kot….

  23. :(,,sy nk tnye,sy tersalah tulis kt permohonan borang tu,sy nk kemaskini,,,tp trlupa nk ambk angka giliran..adakah sy kene beli semula no pin..:( tolong reply secepatnye…. ;(

  24. Salam..sye dah mmohon td..tp,kalau nak semak sme ade dterime msuk or tak..cam mne ye??

  25. eshh..sye da isi b0rang 2 byk kli da.xdpat2x n ag 1,ase cham b0rang neyh xlgkap,na isi kolej plihan xdpat n sye slalu dpt inf0rm paz isi b0rang yg father's name undefined.xlgkap la b0rang ni.xde tmpat na isi family details xde,huhh cham ane na wt neyh,??

    • Mungkin masa Ainun isi borang tu server ada masalah…
      Cuba guna komputer lain & pastikan guna browser IE
      Jika masin bermasalah cuba call Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 utk dapatkan bantuan

  26. salam, sye dah isi brang 2 masalahnye ade t'silap matlumat lg tp sye dh k'maskini 3 kli dh…nk buat mcm mne ye?????

  27. bagaimana nk k'maskini borong ni slepas dh k'maskini borang s'byak 3 kali???
    pnting ni sbab t'silap isi borang….

    • salam… biasanya selepas 3 kali memang tidak boleh dipinda tetapi cuba call Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 utk dapatkan bantuan

  28. klu lwat isi mmg x dpt dterime langsong ke/?

  29. salam,
    ape perbezaan antara jurusan sains dan jurusan teknikal?bgaimana dgn subjek bagi stiap jurusan?

    dan sapa yg akan tntukan PDT atau PST?pelajar or matrikulasi sndiri yg tntukan..

  30. boleh kah saya mgambil jurusan perakaunan atau teknikal?..sedangkan di sekolah saya x ambil subjek perakaunan atau teknikal..

  31. nk tnya…adakah keputusan trial spm mempengaruhi pngambilan ke matrik??

  32. shoba a/p kunjambo says:

    salam e-putra, saya nak tnya blhkah saya ambil jurusan teknikal sdgkan di sekolah saya ambil aliran sains dan saya tidak ambil pun pelajaran kejuruteraan teknikal dan sbgnya semasa SPM

    • Utk ambil jurusan teknikal mesti sekurang2nya dapat C satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
      kalau tidak ada tidak layak ambil jurusan teknikal tetapi utk kepastian call bahagian matrikulasi

  33. sekiranyan nak megambil jurusan perakaunan but xambik add maths adakah saya masih layak untuk memohon matrik?

    • matapelajaran matematik tambahan diperlukan utk memohon mana2 jurusan di matrikulasi, kalau tak ambil subjek tu tak layak utk memohon

  34. Marlia Yusri says:

    Jika sekiranya telah gagal dari UITM dan tahun lahir adalah Ogos 1992, adakah boleh memohon kemasukan ke Matrikulasi tahun ini ?

    • Jika dari segi umur nampaknya boleh mohon tetapi bagi syarat mengambil SPM 2011, tidak.
      Lebih baik call kementerian utk mendapatkan kepastian

  35. assalamualaikum , bleh tanya….mcmmana nak memohon kemasukann 2012/2011 lagi cuz adek sy terlepas tarikh permohonan hari tu…

  36. salam .. saya masih adakah peluang saya untuk memohon matrikulasi 2012/2011 kerana terlepas tarikh untk memohon hari tu…

  37. adakah math tambahan adalah syarat wajib bagi permohonan ke matrikulasi? bagaimana peluang mereka yang tidak mengambil math tambahan tetapi memohon ke matrikulasi?

  38. adakah math tambahan adalah syarat wajib bagi permohonan ke matrikulasi? bagaimana peluang mereka yang tidak mengambil math tambahan tetapi memohon ke matrikulasi?

  39. kalau dah dapat matrik nanta,boleh tukar aliran ke?

  40. slm..mohon pertanyaan..saya merupakan lepasan spm 2011..kolej matrikulasi jurusan perakaunan terdapat di kolej negeri mana?..soalan kedua: diantara matrikulasi perakaunan dan sijil professional perakaunan mana lebih baik..kaunselor sekolah mengesorkan untuk mengambil sijil professional perakaunan berbanding diploma kerana peluang kerja tinggi..apa pendapat tuan?..mohon penjelasan..

  41. slm..mohon pertanyaan..saya merupakan lepasan spm 2011..kolej matrikulasi jurusan perakaunan terdapat di kolej negeri mana?..soalan kedua: diantara matrikulasi perakaunan dan sijil professional perakaunan mana lebih baik..kaunselor sekolah mengesorkan untuk mengambil sijil professional perakaunan berbanding diploma kerana peluang kerja tinggi..apa pendapat tuan?..mohon penjelasan..

  42. salam……saya lepasan spm 2010…sy sdng blaja d uitm….sy rase nak quit sbb btol2 x minat dgn kos yg sy tengah blaja…sy menyesal sgt2 tak apply matrik mase form 5 dulu….jd saye nk tanye boleke saye apply matrik utk kemasukan 2012/2013??lagi satu klau x amek bio mase spm,boleke saye amek jurusan sains hayat????sy x nak jurusan sains fizikal..,.,.please reply..TQ

  43. Salam. saye nak tanya. If saye apply bahagian akaun tu, nanti ade peluang saye jadi seorang arkitek tak? sbb dekat syarat ada tulis yang amek lukisan kejureteraan. Saye tak amek biology.

  44. kalo hilang salinan permohonan matrikulasi, boleh msuk lg ke?(tuk sesi 12/13)

  45. salam…kalo terlepas tarikh apply matrix ni mmg xde chance nk mohon lg ke?

  46. […] Permohonan Matrikulasi KPM 2012 Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/ 2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010 dilanjutkan ke 30 November 2010. […]

  47. A.soundriya says:

    Salam saya telah melepasi tarikh tutup boleh kah saya membuat permohanan sekarang untuk matrikulasi.

  48. maaf, bolehkah sy membuat permohonan sekarang sedangkan tahun lepas sy x buat permohonan.

  49. matrix kena berape a??

  50. salam..isi brg mntak sains tp kimia dpt D yg lain ok jd.,boleh ker nk tukar ambik perakaunan sekarang??frust nii..:(

  51. andy yuen says:

    tarikh sudah ditutup boleh saya mohon lagi ?

  52. boleh saya mohon matrik walaupun tairk sudah luput

  53. Saya nak tanya,kalau program matrikulasi dua tahun tu jurusan sains ke?

  54. Keputusan SPM saya baru2 ini….BM(A), BI(A), MT(A), Ad.MT(A), Bio(B), Fiz(C), KIMIA(D). Dengan keputusan ini ,layakkah saya belajar di matrik dlm jurusan sains utk tempuh 1 tahun?.

  55. asalamualaikum,
    boleh saya tanya,
    kalu saya pelajar spm 2011 yang terlepas memohon kemasukan matrikulasi 2012/2013 , ingin membuat permohonan pada tahun ini adakah berpeluang untuk dilayakann masuk ke matrikulasi dengan keputusan 8A 1B .??

  56. adakah permohonan saye akan diterime sekiranya kimia D but subjek lain saye lepas bagi syarat minima bagi jurusan sains?

  57. salam… isi borang matrik online kne isi Fasa 2 spt UPU jugak ke?
    semakan kemasukan ke matrik da dibuke ke?

  58. salam..mcmmana ek kalau kod sekolah kat borg yg saya dah print tu salah.adkh akn mmpngaruhi pmgmbilan sya ke matrikulasi??

  59. Chai Piang Chong says:

    Salam sejahtera. Anak saya baru tamat Program Khidmat Negara minggu lepas. Dia tidak sempat kemaskini maklumat (khidmat negara sebagai tambahan aktiviti ko-kurikulum) pada Feb yang lepas. Apakah yang perlu saya lakukan ? Adakah program khidmat negara ini membantu saya dapat markah ko-ku dan mendapat tawaran matrikulasi ? TK.

  60. aslmkum…result sye..1A2A-2B1C+3D…sye sains tulen…ley msuk ke????

  61. assalamualaikum, saya baru dpt keputusan minggu lepas, dan saya dpt 2A(bm, agama) 2A-(math mod, sej) 1b+( ict) 1b(BI) 1C+( add maths) dan 2C(physic, kimia). saya dpt masuk matrik ke dgn keputusan cmni? saya nk amik aliran sains modul 2 😀
    terima kasih 😀

  62. rnsyazana says:

    bagaimana dgn result saya jika addmaths , maths , dgn sains biasa saya dapat A+ , ekonomi dan p.perakaunan dpt A , tetapi bahasa inggeris saya D , layak ke saya untuk ke matrikulasi???

  63. […] Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 akan boleh menyemak […]

  64. idarazalee says:

    kalau kita jurusan ekonomi asas tak ambik add math boleh ke masuk matrikulasi ?

  65. idarazalee says:

    kalau ambik jurusan ekonomi tapi xde subjek addmath boleh ke masuk matrik?

  66. saya ada masalah…saya kelas perakaunan dan SPM saya tak ambil matematik tambahan tapi p.akaun dan e.asas dapat B-.boleh ke saya memohon ke matrik?

  67. bagaimankah nak printkan borang permohonan natrikulasi? saya lupa printkan semasa membuat permohonan ~

  68. bagaimankah printkan borang permohonan matrikulasi ? saya dah lupa printkan semasa membuat permohonan

  69. fify uzuzent says:

    layakkah saya memasuki matrikulasi sesi 2012, sekiranya keputusan spm saya hanya mendapat BM:A-, MT:A, ADDMATH:C+, SCIENCE:C+, ACOUNT:C, BI:D…..
    ::::BI saya tak mencapai tahap kepujian….LAYAKKAH???

  70. salam,saya nk tanye…adik saya dapat 6A,1B+,2C dan 1D.Dia tidak layak untuk memasuki matrikulasi untuk sesi 2012/2013..Semasa mengisi borang pemohonan matrikulasi,dia memilih untuk mengambil jurusan sains,namun keputusan spm nya bagi subjek sains adalah C untuk kimia dan D untuk biologi dan fizik.Jika dia ingin membuat rayuan untuk menukar dari jurusan sains ke jurusan perakaunan,ape perlu dia lakunan??

  71. Directioners says:

    Salam say lupa nak print boring permohonan matrikulasi.macam mna nie?? Xpe kha.rsau lha

  72. Salam,nak tanya skit.saya lupa lha nak print boring permohonan matrikulasi.x pe kha?? Rsau lha.

  73. Adik saya mendapat 6A+ 2A dan 1A- gagal untuk masuk matrikulasi…. Apa yang tak kena sebenarnya nie…. kpm tolong la, kwn2 adik saya yg keputusan lebih buruk boleh dapat?? Betul2 kecewa

    • sama lah dgn adik saya…kawan2 dia yg dapat 4A and ader C and D pun layak masuk tp adik sy tak layak..sanggat kecewa dengan cara pemilihan ke matrikulasi

  74. klau nk tkar jurusan sains ke akaun cm ne??

  75. Salam..Nasib adik saya sama dengan En Faizal..adik saya dapat 6A4B tp tak layak masuk matrikulasi tapi yg dapat 4A and ada C dan D lak tue layak masuk…saya sangat kecewa dengan berita tersebut..bagaimana mereka menilai kelayakkan masuk ke matrikulasi??apakah mereka anak2 org kerajaan or berkedudukan sebab tue dapat masuk sedangkan adik saya hanya anak yatim….

    • Betul gak lah bro .. sistem pemilihan nya semacam jak..ada yang cemerlang tak dpt .. sebaliknya yg “kureng” tu yg dapat .. alahai mcm2 lah ..

  76. alhamdulillah dapat matrik..nak kena jawab terima atau tolak tawaran tu kat web tu ke?

  77. saya mendapat tawaran matrikulasi untuk jurusan perakaunan . bolehkah saya tukar kepada aliran sains ? kerana saya adalah pelajar sains tulen spm 2011

    • I cant guarantee 100%.the chances is very slim based on my experience.i could say its impossible.however if science course to acc course is surely,highly guaranteed possible.sorry..

  78. saya mndapat program matrikulasi 2 tahun, adakah tempoh pengajian saya boleh disingkatkan kalau saya mndapat pointer yang cemerlang kat matrik?

  79. […] Keputusan rayuan untuk permohonan Program Matrikulasi KPM bagi mereka yang gagal mendapat tawaran semasa keputusan permohonan untuk memasuki Kolej […]

  80. saya berminat nak amek jurusan sains hayat….masalahnya ialah saya tak amek bio…saye cume amek fizik,kimia dan ad math semasa spm …so boleke saye amek jugak sains hayat ni atau kene jugak amek sains fizikal….saya tak minat sains fizikal ;( dan satu lagi saye sekarang berumur 19 tahun dan juga lepasan spm 2010..so saye masih ade peluang tak…nak apply matrik ni????

  81. Ummi Amirah Afini says:

    program matrikulasi utk 2013/2014 dah buka ke? bagaimana mendapatkan borangnya? terimakasih
    untuk makluman saya sedang menduduki peperiksaan spm 2012

  82. lepasan spm 2012 says:

    adakah kemaskini matrikulasi untuk sesi 2013/2014 akan dibuka pada bulan february ni..
    sbb sya ada silap la untuk bil. tanggungan.adakah dya akan beri ksan pda permohonan.tak ltak '0' la
    contoh '05'

    harap dpt maklum balas

  83. assalam…..bleh x klau matrik teknikl tkar kpada matrik sains biase???bleh x???

  84. assalam…..bleh x klau matrik teknikl tkar kpada matrik sains biase???bleh x???sye tlong kakak sye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.