Permohonan Kemasukan Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah membuka permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian Sarjana Perubatan sesi akademik 2012/2013 mulai 26 September 2011.

Kementerian Kesihatan

Permohonan hanya terbuka kepada Pegawai Perubatan Kementerian Kesihata Malaysia (KKM) yang telah memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Bahagian Pengurusan Latihan, KKM melalui pengumuman tawaran yang telah dikeluarkan terdahulu.

IPTA yang terlibat dalam penyelarasan pengambilan ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan International Islamic University Malaysia (UIAM).

Permohonan

  • Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Sarjana Perubatan ini dilaksanakan sepenuhnya melalui Aplikasi Dalam Talian (On Line Application) di Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012/2013.

  • Pemohon perlu membaca dan meneliti panduan berikut yang boleh didapati di dalam Aplikasi Dalam Talian di atas bagi mendapatkan maklumat yang tepat supaya permohonan selamat diterima dan diproses untuk kemasukan ke IPTA :-
    • • Syarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

      • Program Sarjana Perubatan UM

      • Program Sarjana Perubatan USM

      • Program Sarjana Perubatan UKM

      • Program Sarjana Perubatan UNIMAS

      • Program Sarjana Perubatan UPM

      • Program Sarjana Perubatan IIUM (UIAM)

      • e-Panduan Aplikasi Dalam Talian

      • e-Panduan Mengisi Borang Permohonan BPKP-MED dan Laporan Penyokong

      • e-Panduan Mencetak Borang BPKP-MED dan Laporan Penyokong

      • e-Panduan Menghantar Borang BPKP-MED dan Laporan Penyokong

      • e-Panduan Hebahan

  • Pemohon perlu membeli Nombor Unik ID di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional dengan bayaran RM 25.60 sebelum membuat permohonan.

Syarat

Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM dan IPTA yang terbabit berkaitan dengan permohonan ini boleh diteliti di dalam panduan di atas.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012/2013 ini ditutup pada 25 Oktober 2011.
  • Sekiranya calon tidak menerima sebarang tawaran dari IPTA/KKM selepas empat minggu program pengajian bermula dianggap permohonan tidak berjaya.

Temuduga

Calon yang mengemukakan permohonan dalam bidang pengkhususan tertentu di Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak dikehendaki menghadiri satu penilaian kemasukan/temu duga yang ditetapkan oleh IPTA masing-masing dalam bulan Januari 2012.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012/2013 dijangka akan diumumkan pada awal bulan April 2012.
  • Mereka yang mendapat tawaran dijangka akan mendaftar di IPTA pada awal Jun 2012.

Pertanyaan

  • Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk portal Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012/2013 untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
  • Sebarang pertanyaan mengenai masalah permohonan dalam talian,sila hubungi ke alamat berikut :-
    • Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
      Jabatan Pengajian Tinggi
      Kementerian Pengajian Tinggi
      Aras 4, No 2, Menara 2,
      Jalan P5/6, Presint 5,
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62200 Putrajaya
      Tel : 03-8870 6755/6766/6777
      Faks : 03-8870 6864
      E-mail : [email protected]
  • Pegawai-pegawai Perubatan sedang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengemukakan sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan di alamat berikut:
    • Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1
      Bahagian Pegurusan Latihan
      Kementerian Kesihatan Malaysia
      Aras 6, No.26,
      Persiaran Perdana Presint 3,
      62675 PUTRAJAYA
      Tel.: 03-88850686 Faks:03-88850746
  • Pertanyaan-pertanyaan lain seperti kandungan program, struktur program boleh diperoleh terus daripada IPTA yang menganjurkan program di alamat yang disediakan dalam panduan di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>