Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA IPMa Sesi Januari 2012

Permohonan ke KPM, KKTM, IKM, GMI, UniKL dan KPTM Sesi Januari 2012

UPIM MARA

Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2012. Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;

  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Sila rujuk iklan permohonan untuk menyemak tawaran kursus dan program pengajian yang disediakan.

Kriteria Pemilihan

Pemilihan pemohon-pemohon yang layak akan berpandu kepada faktor-faktor berikut :‑

  • Kombinasi pencapaian subjek yang diperolehi pemohon.
  • Mencapai gred subjek yang ditetapkan bagi program yang dipohon.
  • Bilangan tempat yang disediakan mengikut program fakulti dan institusi.
  • Ujian Khas Kemasukan dan temuduga akan diadakan tertakluk kepada keperluan fakulti atau institusi. Pemohon-pemohon akan dihubungi terus oleh fakulti atau institut berkenaan untuk proses ujian khas atau temuduga.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon adalah bergantung kepada institut dan program pengajian yang dipohon.

Tajaan Pengajian

  • Calon yang berjaya dipilih bagi mengikuti pengajian di UniKL, GMI dan KPTM adalah layak dipertimbangkan tajaan pinjaman pelajaran MARA tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan. Urusan berkaitan pinjaman pelajaran ini akan diuruskan oleh IPMa yang berkaitan bersama dengan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.
  • Manakala, bagi calon yang terpilih mengikuti pengajian di KPM, KKTM dan IKM, yuran pengajian adalah percuma yang mana ianya akan dibiayai oleh MARA dan elaun sara hidup akan diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan.

Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.
  • Pemohon boleh juga datang sendiri ke institut, kolej, universiti yang berkenaan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Januari 2012 akan ditutup pada 7 Oktober 2011

Maklumat

11 thoughts on “Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA IPMa Sesi Januari 2012

  1. admin UNIKL ipts ka @ ipta….

  2. rasenya mcm ipts , sbb sya ada trbaca artikel mngenai U trsebut…….

  3. ble result pmohonon kluar?

  4. lau nk amek cos diploma kjururwatan kna isi borang gk ker??tau pergi terus je interview nnti..?

  5. muhammad johariza b. johan ariffin says:

    aq plek btl la da 2 kali aq online nk msok IKM tp x dpt2…..heran btl la aq…….knape ek…????klo ad sesape bleh jwb ni num aq 0139376467

  6. ,,nk tnye ,,kemasukan ke g.m.i bulan july ade kn,,,

  7. intake seterusnya bulan berapa? atau dah ditutup ? kalau blom bila tarikh permohonan untuk kolej under mara? terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>