Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya 2010

Permohonan Pinjaman Pelajaran Perubatan Yayasan AmanahRaya Untuk Universiti Di Mesir

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan AmanahRaya buat pertama kalinya akan menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran TERHAD kepada pelajar-pelajar persendirian yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Mesir.

AmanahRaya

Konsep Pinjaman

Kemudahan pinjaman pelajaran yang ditawarkan adalah berkonsepkan Komitmen dan Tanggungjawab KOS Secara Bersama dengan ibubapa pelajar. Tawaran kemudahan pinjaman ini bukan melibatkan PINJAMAN 100%.

Pinjaman ini hanya melibatkan pembiayaan yuran pengajian tertakluk kepada jumlah maksimum berdasarkan yuran universiti berkaitan. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar dan ibubapa sendiri.

Jenis Pinjaman

Pinjaman Khas Perubatan

  • Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian (Tamat Tahun 1 ke atas) bidang perubatan di Mesir di Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan (JPA) sahaja.
  • Bidang Perubatan yang diterlibat adalah Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Verterinar.
  • Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki dan perlu lulus setiap tahun, tidak boleh gagal mana-mana subjek dan menamatkan pengajian dalam tempoh 5 tahun (Tempoh Pengajian) seperti yang ditetapkan. Pelajar perlu membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Syarat Dan Kriteria Permohonan

Syarat Umum

  • Wargenegara Malaysia;
  • Berumur di bawah 25 tahun semasa permohonan dibuat;
  • Pelajar Bumiputera yang berkelayakan dan belum mempunyai Ijazah Pertama;
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun kedua, ketiga atau keempat pengajian di universiti-unversiti yang diiktiraf di Mesir;

Syarat Khusus (Akademik)

  • Telah diterima masuk untuk tahun kedua, ketiga atau keempat pengajian;
  • Tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek pada tahun pertama, kedua, ketiga atau keempat;
  • Memenuhi syarat kelayakan sebenar (bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPTM dan JPA;
  • Pelajar yang menuntut di Mesir dan mesti mendapat sekurang-kurangnya keputusan jayyid ketika tahun 1 pengajian atau tahun-tahun sebelumnya;
  • Mendapat sekurang-kurangnya 6A Sijil Pelajaran Malaysia dan subjek-subjek SPM yang mendapat gred A mestilah berkaitan dengan subjek yang berkaitan bidang perubatan;
  • Mengemukakan keputusan peperiksaan berkenaan semasa permohonan diserahkan ke AmanahRaya;

Permohonan

  • Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Borang Permohonan Pinjaman AmanahRaya.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh; Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Wakil Rakyat. Sekiranya pelajar masih berada di Mesir pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Jabatan Penuntut Malaysia;
  • Salinan Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut : salinan Kad Pengenalan (Pelajar, Ibubapa/Penjaga & Tanggungan & Penjamin), salinan Surat Beranak (Pelajar); salinan Pasport (Pelajar); salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi (Unconditional Offer); salinan keputusan peperiksaan pengajian (dokumen asal) bagi tahun-tahun sebelumnya untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di luar negara; salinan Sijil SPM / Sijil STPM / Matrikulasi / Diploma / A- Level / IB / Lain-lain; gambar : Pelajar/Ibu Bapa/Penjaga/Penjamin, salinan slip gaji terbaru : Ibubapa / Penjaga & Anak (yang sudah bekerja ) & Penjamin; salinan kad pencen Ibubapa/Penjaga &Penjamin; dan salinan borang J (Cukai Pendapatan) Ibubapa / Penjaga & Penjamin.
  • Kesemua salinan dokumen di atas hendaklah dalam Saiz A4 dan disahkan terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai seperti yang dinyatakan di atas.
  • Permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati arahan yang ditetapkan dan tidak memenuhi syarat kelayakan sebagaimana yang dinyatakan di atas tidak akan diproses/dipertimbangkan.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus/kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation atau yang sedang di Tahun 1 Peringkat Ijazah.
  • Pelajar-pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.
  • Pelajar yang pernah mendapat/atau dilucutkan kemudahan biasiswa atau pinjaman.

Tarikh Tutup

  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang telah ditetapkan dan disahkan terlebih dahulu hendaklah di bawa dan diserahkan ketika SESI TAKLIMAT pada 27 November 2010.
  • Tempat dan alamat sesi taklimat yang akan diumumkan di dalam akhbar dan laman web AmanahRaya dalam jangaka masa terdekat.

Peringatan

AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya tidak melantik wakil; orang perseorangan/individu atau syarikat atau ejen yang mewakili AmanahRaya ataupun Yayasan AmanahRaya untuk urusan pinjaman atau berkaitan atau pun sebaliknya.

Makluman

  • Oleh kerana peruntukkan terhad maka bilangan pinjaman yang disediakan adalah TERHAD. Pihak pengurusan tidak memberi jaminan bahawa setiap permohonan yang diterima dan didapati memenuhi syarat/kriteria akan menerima tawaran kemudahan pinjaman ini.
  • Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada pada waktu kemudahan pinjaman ditawarkan, serta perubahan dasar dan hala tuju syarikat dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya yang mana kemudahan pinjaman ini disalurkan dan dilaksanakan tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun pemohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
  • AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada kemudahan pinjaman yang disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu; dan
  • AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya berhak menarik balik kemudahan tawaran pinjaman sekiranya didapati perlu, tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Maklumat

  • Sila rujuk laman web AmanahRaya di bahagian Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Di samping itu jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai permohonan pinjaman pelajaran perubatan AmanahRaya ini sila hubungi pegawai berikut :
    • Puan Norsyillawaty Juhasu Tel : 03-2055 7373 Faks : 03-2072 143 norsyillawaty@arb.com.my
    • Puan Zafrina Saini Tel : 03-2055 7408

3 thoughts on “Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya 2010

  1. […] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya 2010: Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan A… http://bit.ly/aU3BSJ […]

  2. IbnuZaid says:

    Bagi kemasukkan pada tahun 2011/2012 bagaimana pulak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.