Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi II 2009

Kerajaan Negeri Selangor mempelawa mereka yang layak untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor bagi pengajian di IPTA dan IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi sesi kedua bagi tahun 2009 mulai 3 Ogos 2009 yang lalu.

Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kreteria berikut:
    • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
    • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN atau Penghulu atau Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung.
  2. Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
    1. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor
      • Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik atau Kolej Komuniti. Ini tidak termasuk Matrikulasi, Kursus Persediaan, Tahun Asas, A-Level, ACCA, atau Ijazah Lanjutan.
    2. Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor
      • Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu tahun sahaja.

Permohonan

  1. Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui;
    • Kaunter
      Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat SUK Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau
    • Pos
      Dengan mengemukakan sampul surat 16cm x 23cm yang dilekatkan dengan setem 50 sen beralamat sendiri serta nombor telefon untuk dihubungi beserta wang pos atau money order bernilai RM 3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.
  2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada :-
    • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
      Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran,
      Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
      Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
      40503 Shah Alam,
      Selangor Darul Ehsan

Maklumat Dan Pertanyaan

Maklumat lanjut sila semak di laman web Gerbang Selangor atau sila hubungi Urus Setia di talian 03-5544 7480/ 7481/ 7482/ 7543 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan tawaran biasiswa ini.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan ialah pada 1 Oktober 2009.

Borang yang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

4 thoughts on “Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi II 2009

  1. salam…..

    bile tarikh untukpinjaman pelajaran akan keluar untuk sesi 2010??

  2. salam…macam mana nak tau status pinjaman suk ye?dr segi jumlah pinjaman…trima kasih.

  3. Norlida bt Hayon says:

    salam..bila tarikh pinjaman 2012 kemasukan jan dan sept 2012 akan keluar. sila berikan maklumat terperinci tentang pinjaman pendidikan tinggi ini. maksud saya % bayaran balik bila dah abis belajar..terima kasih..lida