Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor 2010

Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi 2 2010

Logo Kerajaan Negeri Selangor Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Peringkat Pengajian

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

Pinjaman  Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor

Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu tahun sahaja.

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Pemohon seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  3. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor, ATAU
  4. Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, ATAU
  5. Pemohon telah bermastautin lebih dari lima tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
  6. Memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan.

Cara Memohon

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi lengkapan Borang PP1 berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
  2. Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti yang diperlukan.
  3. Borang permohonan berharga RM3 boleh diperolehi dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam.
  4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada :-  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tarikh Tutup

  1. Tarikh tutup permohonan pinjaman pelajaran Kerajaan Selangor ini ialah 1 Oktober 2010.
  2. Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  1. Sila hubungi Urus Setia di talian 03 5521 2275 atau 03 5544 7480/ 7543 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  2. Sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor untuk maklumat lanjut.

21 thoughts on “Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor 2010

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by Adi Wira, Azhad Shaz Nilam, Azhad Shaz Nilam, Azhad Nilam, Azhad Nilam and others. Azhad Nilam said: RT @ePutra: Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor 2010 http://eputra.net/LoanSelangorGov2010 [...]

  2. fatin nur najwa bt mohd zain says:

    bilakah pengambilan bagi sesi 2010/2011…????

  3. bila boleh tahu keputusan pinjaman bagi sesi 2 2010 ini?

  4. Boleh mohon semasa bulan Mac nanti

  5. Saya berkerja Di PBT Negeri Selangor kumpulan professional selama 10 tahun. Macammana nak dapatkan biasiswa Kerajaan Negeri Selangor untuk sambung belajar ke Peringkat Master di IPTS.

  6. macamana nk tau status pinjaman dah masuk atau belum selain cek hari-hari kat atm :)
    terima kasih :)

  7. soalan saye pn same mcm nadzirah bile wang pinjaman nak masuk? yuran x bayar lg nih. hari2 gak ceh kat atm.

  8. ISMAIL DESA says:

    bile pinjaman nak dapat ni? kenape lame sgt? dari sem lepas tak dapat pinjaman lagi, tak kesian ke kat kami? bila call ckp bulan 2, kenape tak bagi spesifik taikhnya? tak de la kami tertanya2, asyik check kat atm je.. harap pihak berkenaan beritahu tarikh sebenar2nya pinjaman masuk akaun dan mempercepatkan proses pembayaran. TQ

  9. kepada pihak berkenaan,tolong bagi tarikh sebenar bile pnjaman bole masuk..nak bayar yuran pun terpaksa pinjam kawan..ni dah sebulan tapi x masuk2 lagi..tolong sangat2 pada pihak yg berkenaan..

  10. ari 2 tepon diorg ckp akhir bln 2….
    x tau la cmne??

  11. salam . brpe cpt bole dpt pinjaman ?

  12. bile keputusan pinjman nk kluar??????

  13. nur farahin says:

    salam..sy nk tny..pinjaman kerajaan selangor ni akn diberikan pd student skali sthun atau stiap sem akn dpt cm ptptn gk?then,kalo dpt setiap sem,bln bpe 2 br boleh dpt?time ksh..

  14. salam..nk tanye pengagihan wang pinjman kpd plajar sthun 2 kli.yg untk prtgahan thun n sy xdpt lg sdagkn kwan sy dr ipta or ipts len da dpat.biler sy tyer phak pngurusan college dye kter nty akan buat refund sdagkn cek da smpi lmer..sy rse hak sy tiada.

  15. saya nak tanye kalau pinjaman untuk diploma kemahiran macam maner yer???

  16. saya nk tye cmne nk behenti kan pinjman ni sbb dh ad biasswa len

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>