UniKL MIAT Aviation and Aerospace Career and Entrepreneurship Carnival 2010
AERO Carnival ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perkembangan penerbangan dan industri Aeroangkasa di Malaysia serta peningkatan keperluan keusahawanan, inovasi dan kreativiti yang berkaitan. Diramalkan permintaan tenaga kerja dalam industri penerbangan akan meningkat dengan pesatnya beberapa tahun akan datang. Oleh itu UniKL MIAT telah memulakan usaha untuk menghasilkan jurutera penerbangan yang berpengetahuan, mahir dan kompeten bagi menyokong keperluan industri.
Semua lulusan dan calon mahasiswa dari IPTA dan IPTS, semua pelajar dan murid sekolah menengah dan rendah serta orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat atau berminat dengan industri penerbangan patut tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Aero Carnival ini. Mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam bidang yang berkaitan juga boleh hadir kerana akan diadakan sesi temuduga terbuka.
Aero Carnival 2010 ini akan diadakan seperti berikut:
Lokasi : Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Aviation Technology, Sepang.
Tarikh : 30 dan 31 Oktober 2010
Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
Masuk adalah percuma
Objektif Aero Carnival
- Untuk mempromosikan industri penerbangan dan aeroangkasa sebagai peluang kerjaya yang cerah bagi lulusan dan mahasiswa calon dari IPTA dan IPTS di Malaysia.
- Untuk menyediakan platform untuk para lulusan dan calon pelajar untuk mendapatkan maklumat, bimbingan dan pengetahuan tentang pasaran kerja.
- Untuk menyediakan platform yang baik untuk kegiatan keusahawanan dan bimbingan bagi pelajar, lulusan dan masyarakat.
- Untuk membina hala tuju yang lebih baik bagi sektor swasta dan awam untuk merekrut lulusan sesuai untuk memenuhi keperluan syarikat.
- Untuk mempromosikan UniKL MIAT sebagai satu-satunya MTO (Maintenance Training Organization) Part-147 yang diluluskan oleh DCA (Jabatan Penerbangan Awam) di Malaysia dan EASA kepada masyarakat dan industri.
Aktiviti Aero Carnival
Di antara aktiviti yang dijadualkan akan diadakan pada dua hari tersebut adalah:
- Pameran serta prospek kerjaya oleh syarikat penerbangan dari dalam dan luar negara.
- Helicopter Joyride (Bersiar-siar menaiki helikopter)
- Forum Kerjaya “The Excitement in Aviation Career”
- Pameran Pesawat (kapal terbang, jet dan helikopter)
- Pertandingan Roket dan Glider
- Pertandingan Kreatif & Inovatif
- Young Aviators Colouring Contest
- Flight Simulator Briefing & Practical
- Bengkel Seni ‘Sewing & Clay Demonstration’
- Bazar Keusahawanan
- Taklimat buku “Understanding Jet Engine”
- Acara cabutan bertuah
- Temuduga Terbuka
Maklumat
- Sebarang pertanyaan mengenai Aero Carnival ini sila hubungi
- En. Ahmad Razif Ahmad, Pengurus Projek – mrazif@miat.unikl.edu.my
- Pn Mahyana Mukhtar, Penolong Pengurus Projek – mahyana@miat.unikl.edu.my
- Cik Faziha Mamat, Penyelaras Projek – faziha@miat.unikl.edu.my
- Sila kunjungi juga laman web UniKL MIAT atau hubungi talian telefon 03 8768 8487 atau faks 03 8768 8485.
- Alamat UniKL MIAT adalah di Lot 2891, Jalan Jenderam Hulu, Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor,Malaysia.
- Maklumat mengenai Aero Carnival ini disediakan oleh AirAsri.com.
[…] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – AERO Carnival 2010: UniKL MIAT Aviation and Aerospace Career & Entrepreneurship Carnival 2010 AER… http://bit.ly/aCsBD8 […]