Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Januari 2011

TERKINI : Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA IPMa Sesi Januari 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI SR dan KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011

Semakan Keputusan Tawaran KPLI Ambilan Januari 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru.

Para lepasan Ijazah yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLI SR atau KPLI j-QAF.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah ( KPLI SR) merupakan program secara sepenuh masa yang mengambil tempoh selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru.

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) pula merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir pada atau selepas 31 Januari 1976.
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  4. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
  5. Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
  6. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
  7. Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

Syarat Tambahan

  1. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  2. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  3. Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
  4. Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.
  5. Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKC, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Cina di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan;
    Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKT, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Tamil di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .
  6. Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.
  • Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.
  • Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

Ujian MTeSt

  • Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..
  • Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Ambilan Januari 2011 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLI SR Ambilan Januari 2011.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan melayari menyemak kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan dan struktur program sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status ujian MTeST, panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting

11 Oktober 2010 - Permohonan dibuka
24 Oktober - Permohonan ditutup
8 November - Semakan ujian MTeST
13 November - Ujian MTeST
3 Disember - Semakan temu duga
13 – 24 Disember - Temu duga
17 Januari 2011 - Keputusan Permohonan
24 Januari 2011 - Pendaftaran

Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KLPI SR Januari 2011.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24 Januari 2011. (tertakluk kepada pindaan)
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.
  • Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Maklumat

  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLI SR Ambilan Januari 2011 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLI SR ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar) Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1243/ 1253/ 1371/ 1235
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak Telefon : 082 258045

88 thoughts on “Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Januari 2011

  1. [...] Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Januari 2011 [...]

  2. [...] This post was mentioned on Twitter by ePutra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Januari 2011: Permohonan Kursus Perguruan L… http://bit.ly/br4UYC [...]

  3. slm…kpli untuk mengajar sek menengah xde ke?..hanya untuk sek rendah je ke?

  4. yg sek menengah DPLI (diploma perguruan lepasan ijazah)

  5. fireflyies says:

    intake DPLI 2011 bila plak? ada sape2 tau tak? klu ada info, kongsikan la

  6. apa address nak semak panggilan Mtest januari 2011?

  7. bila nk kuar list name tuk semakn mtest kpli 2011?

  8. semakan permohonan kpli ambilan jan 2011 bile
    mengikut kalendar sepatutnya ari nie tp xjumpe la link semakan

  9. semakan permohonan kpli ambilan jan 2011 bile kuar yer
    sepatutnya ari nie

  10. salam.. ade x kursus perguruan lepasan spm 2009.. saye teringin sgt nk jdik guru.. tlg sy ey..

  11. sikap seorang guru xley berputus asa..

  12. Mu ni tak sabar langsung…

  13. klu dah terlepas intake kpli jan 2011..bile plk intake ambilan jun akn bibuka?

  14. kekawan nk tny cam mane nak semak panggilan temuduga Mtest ye..patutnya hari nie 3/12/2010

  15. nak tanya, mcm na nak semak permohonan kpli 2011 ne…kan result tu keluar hari nie??

  16. yeye betul tu Fin…saya pun tgh menunggu juga bile nak keluar panggilan temu duga KPLI…katanya hari ini…3 dec 2010….

  17. apa link nk check penggilan temuduga ni??tak jumpe la

  18. just nak konpem la kan…kalo pointer bawah 2.5 mmg xkan dapat le kiranye….mcm tu ke…

  19. sme la ng sy xjupe jugak…dah kuar ker??

  20. Assalamualaikum, Permohonan pengambilan KPLI & DPLI seterusnya utk 2011 bila dibuka? saya tak mau terlepas peluang lg.

  21. ikut nasib juga tu. Kekadang cakap CGPA minimum 2.75 diberi keutamaan/ layak apply KPLI/DPLI kan?. Kawan2 saya CGPA kurang dari 2.75 kira rendah lah CGPA die tp layak & dah jd mengajar pun skrg ni.

  22. hai kak umi.. saya ponn dapat interview kt IPG bangi tu,.. heheheh

  23. dh t'lps kpli yg bru2 ni..ble plak ye yg akn dtg??hu

  24. ble dpli nk kuar ni?

  25. berpuluh kali dah mintak kpli x dpt2 lg. usia semakin menigkat…dah 5thn keje ppm

  26. erm kpli tutup 31 jan masih blh ke apply ni?

  27. Bila keluar intake yg baru utk KPLI thn 2011 ni?

  28. salam semua,

    update terkini dari MOE

    Pindaan Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI SR MOD Sepenuh Masa dan KPLI j-QAF MOD LPBS ambilan Januari 2011

    semakan tawaran : 17/01/11
    pendaftaran : 24/01/11
    http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1611 http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam//2011/12

  29. slm kpd sume..
    sy skrg plajar dip dlm english communication..
    dn brmnat untuk memohon kPLi..
    de spe2 yg leh gtawu sy..

    1) cmne nk memohon kPLi?
    2) pe syarat2 nye tok memohon?

    sy skrg dlm thun akhir..
    dn akn abis pd tgh thun ni..
    tlg sy ye sume..

  30. mana link untuk lihat samada calon berjaya atau tidak yer??? ada tak???tq

  31. salam..hari ni kuar result KPLI kan?dah check tadi…tapi blm ada keputusan…

  32. semakan temuduga kpli januari 2011
    http://kpli.moe.gov.my/twr11/index.cfm

  33. bila rayuan akan keluar?? kali ini macam ramai yang tak dapat!!!! sedihnya~~~

  34. hai smua…
    sy nk aply lg la…
    tp untuk thn 2011 ni bl herk…..
    beritahu la cepat,,,,
    tolong la beritahu sy…..

  35. [...] Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Januari 2011 [...]

  36. salam…sy nk tnya..sy br hbs diploma dan berminat utk apply KPLI..rs2 bolehkah sy memohon?? bila lg ambilan June?

  37. ean daniel says:

    ak 1st time apply kpli…cmua b'jaln lncar..tp bla result kuar ak fail…tp kwn ak ckp ada 2nd intake..ye ke? rayuan? cmne nk buat? tolong

  38. emm…saya nk tanye….
    kalo saya lepasan ijazah seni reka
    lepas tu saya ingin mohon kpli…
    emm….agak2 brapa tahun khususnya….?
    boleh sape2 bgtau…..huhu

  39. bole sye tau ble pgmbln kpli akn dtg? sbb sye cek kpli-sr ni dh tutup, bln 10 ari 2. ade x dlm mse terdekat? kt mne bleh cek?

  40. salam…
    nak tanya, kalu nak jadi mengajar kat matrikulasi atau politeknik, nak mintak apa eh..DPLI eh???bila dia punya leh start apply @ memang sy dah terlambat tuk tahun ni..?

    • Salam.. cuba hubungi terus matrikulasi @ politeknik dptkan maklumat yg diperlukan. Hari tu ada terbaca mengenainya tetapi tak ingat kat mana

  41. ada KPLI JUN 2011??

  42. sy bminat nk jd guru.. ambilan januari 2011 da tlepas…bila ambilan jun 2011 ye? please sapa2 ada info bgtau ye..thanks…

  43. if after degree,can straight go for teaching at secondary school???

  44. kpli nie..adakah permohonan akan keluar sekali setahun shj?

  45. bila KPLI pengambilan terbaru akan diadakan?

  46. bila akan dibuka borang utk pengambilan JUN….tq

  47. PENGAMBILAN JUN DA DIBUKA PADA MAC ARITU KAN?

  48. kpli jun 2011 ditangguhkan dlu sbab tgh upgrade..dorg akan bukak blik taun dpn dgn name baru KDPLI mnggantikan KPLI..tempoh kursus pon panjang sket iaitu 1 tahun setengah..ni yg pgarah maktab sye ckp,.btol la kot

  49. Trimas for the info. Saya pun ada dengar ura2 seperti itu.

  50. ceh… korang jgn berangan nak amik KPLI.. harap takde keje je mintak jadi guru.. lepas tu tarak kualiti jadi guru.. buang masa je korang.. pi mintak keje lain laaa.. meyemak je….. hahahahaha

  51. gni la kalo kita nak minta kpli,p dulu kita pernah letak jawatan kerana nak sambung belajar..cam ni lak?

  52. ada tak ambilan kpli untuk tahun ni…2011
    mcm takde apa-apa pengumuman pun
    kalau ada bila?boleh tak sapa2 update

  53. macm mne kalu nak jd guru dengan sijil diploma??

  54. bile intake utk latest lps ambilan julai ni?
    jan 2012 ker??klu yer bile leh sy start wat permohonan??

  55. permohonan utk ambilan jan slalu kuar dalam bulan 10

  56. tq sya utk info tu. info tu utk soalan balqish kan?

  57. ummi solihah says:

    yg pengambilan 2012 bla yer…trtunggu2 gk….

  58. pengambilan KPLI untuk thn 2012 biler yer???…..tlg yer sape2 yg tau…

  59. bila iklan untuk KPLI sek ren sepenuh masa (bukan Jqaf) untuk ambilan 2012 akan keluar?

  60. adakah uum ada kursus dpli

  61. tahun 2012 ade bukak ke permohonan dpli???….sape2 yg tau, mohon share yer..

  62. permohonan untuk 2012 xda lagi ke?

  63. masih ada lagi pengambilan kpli atau sudah ditamatkan?

  64. KPLI untuk intake 2013 bila akn keluar ye?sy nk cuba lagi..en admin kalau tahu cpt2 war2kn ye..

  65. salam,admin..boleh sy taw kpli untuk ambilan julai 2012 ada x? or untuk ambilan 2013 bila? if ada latest info, mintak share…thanx.

  66. [...] rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah KPLI Ambilan Jun 2010, Januari 2011 dan Januari [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>