Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT Dan ILKA Sesi Akademik 2011/2012 Ambilan Julai 2011

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memutuskan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi akademik 2011/2012 adalah seperti berikut :

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF

Ini terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Peringkat Diploma Dan Program Persediaan di IPTA Sesi Akademik 2011/2012 atau Ambilan Julai 2011; dan
  2. Kemasukan ke Program Sijil dan Diploma Lepasan SPM di Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Ambilan Julai 2011.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SKM DAN SEKOLAH MENENGAH

Ini adalah permohonan kemasukan ke Program Sijil dan Diploma untuk Lepasan SKM dan Sekolah Menengah di Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Ambilan Julai 2011.

FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan

  • Tarikh : 1 November 2010 – 31 Disember 2010

FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian

  • Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian.
  • Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 1 November 2010 – 30 November 2010
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM, STAM DAN SETARAF

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM, STAM dan setaraf di 18 buah universiti bagi Ambilan Julai 2011.
  • USM mengendalikan sendiri proses permohonan kemasukan. Oleh itu permohonan kemasukan ke USM perlu dibuat terus ke USM.
  • Tarikh :
    • 13 Disember 2010 – 13 Januari 2011 untuk Fasa 1 Lepasan Matrikulasi
    • 10 Januari 2011 – 4 April 2011 untuk yang lain

Kategori permohonan adalah seperti berikut :

  1. Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM
  2. Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2009 dan sebelumnya
  3. Lepasan STPM 2010
  4. Lepasan STAM 2010/2009

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.
  • Harga Unik ID adalah RM 15.60 seorang
  • Secara Individu
    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
    • Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011 (Lepasan Matrikulasi mulai 13 Disember 2010)
    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.
  • Secara Pukal
    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
    • Tarikh : 1 November 2010 – 30 November 2010
    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

Maklumat

256 thoughts on “Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Mat SBP, Mat SBP, Pendita Nilam, Amir Qasrun, Amir Qasrun and others. Amir Qasrun said: RT @ePutra: Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 telah bermula, rujuk http://goo.gl/wUfC […]

  2. […] Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 […]

  3. Bro nilam,
    kalau nak apply ambilan julai untuk 2011 (merujuk tajuk di atas),boleh ke apply klu lepasan spm tahun lepas (2009/2010)?

  4. hendrastar says:

    salam…saya ingin bertanya…adakah lepasa diploma politeknik di kira sebagai lepasan stpm dan setaraf??

  5. jazakallah hairan kasira,,

  6. zainon liusin says:

    adakah course nursing ( pengajar ) ditawarkan di UMS

  7. permohonan ke ipta bagi lpasan stpm x de fasa 1 n fasa 2 spt lpsan spm???

  8. jika result kemaskan ke uthm sudah keluar, ada kah saya boleh apply lagi ?

  9. knp kmsukan lpasan dip ke ipta sesi 2011/2012 bln september bknnye bln jun@julai

    • mmg sesi akademik kali neh bertukar ke bulan sept d atas sebab2 yg tertentu dan sume u adalah tertakluk d bwh perubahan tersebut…

  10. blh x nk buat ryuan bg uthm sesi jan 2011?

  11. cmne nk mohon kemasukan ke USM sesi 2011?

  12. macam mana nak isi upu tak dapat paparan borag pu

  13. azam lambert says:

    afraid of life after spm…

  14. SALAM. SY NAK KEPASTIAN, BENARKAH UPSI TIADA PENGAMBILAN UNTUK PELAJAR LEPASAN STPM 2010??

  15. If doing matriculation course and wanted to apply is under which category? Is it under the spm or stpm category? Help is much appreciated thx

  16. kenapa upsi tdk buat pengambilan bg stpm dan setaraf ek? bistu upsi permohonan tuk lepasan apa??

  17. ble tarikh tutp permohonan-kemasukan-ke-ipta-tevt-ilka-lepasan-spm-sesi-akademik-2011-2012????????? dan cm ne nk tau kputusannya????????????

  18. Salam, saya kurang faham dengan penjelasan.

    Saya lepasan foundation in biology & health science di Management and Science University (MSU) Sesi 2009/2010.

    soalan saya ialah, boleh kah saya memohon ke peringkat ijazah di ipta?

    kena beli slip stpm,asasi,matrikulasi/ setaraf atau pun diploma/setaraf?

    Saya berminat kepada program yang ditawarkan di Uia, Ukm dan Usm.

    bagaimana caranya?

    • Salam… Anda boleh memohon di bawah kategori STPM dan setaraf.
      Maklumat lanjut mengenai permohonan ke IPTA bagi lepasan STPM dan setaraf akan menyusul tidak laman lagi.

  19. bagaimana dengan lepasan matrikulasi 2010/2011

  20. salam…terima kasih info yang sangat berguna..
    soalan saya ialah bilakah tarikh kemasukan IPTA julai tahun depan?
    saya berharap tidak terlepas tarikh..
    terima kasih kerana membantu..=)

  21. bagaimana pelajar persediaan ke luar negara tetapi terkandas? saya da lima bulan tidak belajar

  22. saluran 2 ukm untuk sesi 2011/2012 mcm takde lg je

  23. salam … permohonan ke kolej komuniti sesi 2011 dah dibuka ke belum..??

  24. tuan,tolong bagi maklumat mana2 ipta/kolej/institut yang ada kursus nursing dan seumpamanya

    • SPA akan mula buka iklan utk pengajian separa perubatan pada 1 April 2011. Sila semak laman web spa.gov.my

  25. salam wbt..

    tumpang tanya.

    saya lepasan STPM 2010

    bagaimanakah caranya untuk memohon menyambung palajaran di universiti luar negara seperti Mesir?

    terima kasih

  26. salam, saya nk tnya. bagi pelajar lepasan SPM 2009, bole tak apply program asasi mana2 universiti?

  27. salam..saya lpasan diploma politeknik..bila boleh isi kemasukan USM sesi 2011/2012?

  28. salam,,,nak tanya ni..saya lepasan stpm 2009,jadi macam na nak apply balik U untuk pengambilan sesi 20112012 bab saya tak dapat tuk pengambilan sesi 20102011??

  29. Bagi IPTA anda boleh rujuk laman web UPU. Bagi IPTS dan institusi yang tidak di bawah UPU anda perlu rujuk laman web institut/kolej yang berkenaan.

  30. sy bru hbis diploma november 2010, jd bleh la kan nk wat permohonan UPU bg julai 2011?

  31. salam.

    nak tanya sikit. kalau lepasan ausmat untuk permohonan ijazah pertama di ipt bagaimana? adakah sama dengan lepasan STPM dan setaraf?

  32. salam..sy lpsan spm 2010, sy terlepas mengisi permohonan IPTA fasa 1.. mcm ni bleh ke sy trus ke fasa 2…andai fasa 1 ni impotarnt sngt, what i need 2 to do…
    tolong jawab asap ye..terima kasih sgt

  33. MUNIRAH EMYLINA says:

    SALAM..BLH SAYA TAHU LAYAK KE..SAYA KE IPTA..JURUSAN DPLOMA SENI KULINARI…KINI SAYA SEDANG

    MENGIKUTI SKM TAHAP 1 & 2 DI SEGI TRAINING CNTRE PULAU INDAH..AKAN TAMAT JUNE 2011…N SAYA CME DAPAT 3 CREDIT DLM SPM 2009…

    • Salam… nanti mulai 10 Januari Munirah blh semak syarat kemasukan yg diperlukan utk setiap IPTA

  34. saya merupakan lepasan spm 2010..saya terlepas untuk memohon bagi upu bagi fasa 1..adakah saya masih boleh memohon bagi fasa 2

  35. salam.
    saya pelajar lepasan SPM 2010.
    nmber pin utk politeknik boleh beli bila yer?
    tq.

  36. mcm mne klau nk isi borng upu utk fasa2 klau num id hilang?

    • Jika nombor ID tersebut dibeli melalui sekolah, boleh rujuk dengan pihak sekolah untuk mendapatkan semula nombor tersebut.
      Jika beli sendiri dari BSN, anda perlu membeli nombor ID yang baru

  37. saya nak tnya, permohonan untuk ke institut perguruan macamna pula?
    boleh bagi information? untuk spm 2010

  38. salam..saya pelajar lepasan spm 2009..sekarang saya asasi undang2 uitm…
    saya nak tanya, sekiranya saya x mahu jadi lawyer dan xnak sambung pengajian undang2 bila ijazah nanti, bolehkah selepas habis asasi undang2 ni saya mohon ijazah di IPTA seperti UIA, USIM, UM dan sebagainya selain uitm..adakah possible saya akan diserapkan ke IPTA selain uitm.. saya bercadang untuk ambil bidang keagamaan bila ijzah nanti contohnya syariah dan usuluddin di UIA atau di USIM..
    ada apa2 suggestion untuk saya x??

  39. Baru konvo diploma nov 2010. boleh ke apply IPTA cam UITM ataw apa2, sedangkan CGPA : 2.79 & MUET : BAND 3 ?? nak amik bachelor in biznez mgmt. tolong bg komen. :) tq

  40. SALAM..SAYA DAH TERLEPAS UNTUK MEBGISI BORANG FSA 1..SAYA NAK TANYA KALAU SAYA TERUS ISI BORANG FASA 2 SAHAJA BOLEH??

  41. salam..

    dlu sy bli num pin id mlalui skolah…tp num tu skrg da hilang..

    masalahnya, skolah sy x simpan number id plajar..

    sy still bole bli mlalui atm ke?

    nk beli tu pd 10 januari ke mulai 10 januari..?

    thanx in advance…

  42. salam guys . ley tlg i x ? i br abs spm taon 2010 . i mao mohon ke IPTA p xtao cmne nk wt . no id da ade da ..

  43. salam..nk tny sy lepasan spm 2009 nk bli num unik id di bsn tp org di bsn ckp da xbole bli lg da num unik id tuu…mcm mana ya? sy nk isi borang tok fasa 2 cz saya da terlepas fasa 1…
    kenape org di bsn ckp da xbole bli…mereka ckp da ttp…

  44. aminhashim says:

    salam..nak minta tolong sgt..saya da wat permohonan fasa 1 utk lpsn spm..skrg saya nak mohon utk fasa 2 pulak tp saya terlupa kombinasi kata laluanny..cmne nak buat yer??minta tolong sgt2.,.

  45. saya ialah pelajar lepasan diploma dan ingin sambung Degree tetapi saya belum amek MUET.adakah ia akan mempengaruhi proses permohonan kerana apa yg saya dapat tahu,MUET ialah syarat untuk sambung pengajian,tetapi ada mengatakan boleh ambil MUET semasa menyambung pengajian nanti itupun jika permohonan berjaya..adakah ia benar??

    • Secara amnya memang MUET diperlukan untuk memohon pengajian peringkat ijazah.
      Ada IPTA khabarnya akan memberi tawaran bersyarat jika belum ada MUET tetapi tidak pasti pula IPTA yang mana, cuba hubungi UPU atau IPTA yang ingin dimohon untuk mendapatkan penjelasan.

  46. salam..nk tnye ckit..sya asasi kt uia smpai akhir bulan 10 nt…tpi sye plan nk tukar u lain after abis asasi ni..ble sye ley mhon tuk upu lgi ye?????skrg @ lpas blan 10 nt??

    • Jika mohon skrg Erynn perlu guna result SPM tetapi sila dapatkan kepastian samada pelajar semasa IPTA boleh memohon, hubungi hotline UPU.

  47. saya lepasan asasi. saya merupakan bekas asasi 2009/2010. jadi, boleh kah saya mohon bagi permohonan ke ipta sesi julai 2011 ini? saya ingin ke universiti yang saya inginkan iaitu unimas kerana terdapat jurusan yang saya minat. saya kini menuntut di uitm, shah alam. (pelajar semester 2) boleh kah saya mengemukakan permohonan saya melalui upu untuk memohon ke unimas?

    • Saya tidak pasti samada pelajar semasa IPTA boleh memohon melalui UPU, cuba dapatkan kepastian daripada UPU dengan menghubungi talian hotline di atas

  48. erni emira says:

    salam sy nak tanye mcm mane sy nak mohon msk UTHM kat johor ek

  49. erni emira says:

    salam synak tnye mcm mane sy nak mhon masuk UTHM kat johor???sy lpasan spm 2010

  50. erni emiera says:

    salam sy lpsn spm 2010.sy nak mhn UTHM kat johor tp sy xtaw nak mhn cam ne….bleh tlng x?

  51. siti suhartini says:

    salam…sye nak tny,lepasan ikm bley ke apply uitm???

    kalau bleh,ble sye boleh apply untuk sesi julai 2011???

  52. saya berminat nak masuk giatmara tapi saya tak tahu macam mane nak daftar …
    tolong ajar saya kak ……….

  53. tolong sye!! sye xingt kata laluan untuk permohonan stam!
    actually sbelum sy de isi muke depan 2 yg mntk no unik id,nm ibu,kp,kata laluan n pengeshan,
    tp sye belum bersedia nk isi ms 2..tp sye dh tulis la kata lalun nye n buat "remember" kt kompter nie..
    n then sye nk isi td xleh xingt,,dia kata kata laluan n pengeshah kata laluan hndklah sama..n byk kali jugkalh sye main tukar2 kata laluan..

    macam mana nie..apa patot saye buat..plez nie mse depan sye…huhu..rse fed up sgt skrang nie…huhu :'((

  54. salam..sye skarang blajar diploma..bulan 4 ni abis blajar…ble tarikh permohonan ke ipta lepasan diploma nk keluar??? tq…..

  55. salam….sye belajar diploma…sye nk tnye,ble tarikh permohonan ke ipta lepasn diploma nk kluar???….tq

  56. kalau upsi pn dah keluar kr??ijazah pengajian multimedia

  57. salam.andai kata kita terlepas nak buat permohonan fasa 1 upu bagi lepasan spm,kita masih boleh buat permohonan fasa 2 kan?tapi ada kesan tak ke atas peluang idividu?

    apa beza mereka yang dah lengkapkan pemohonan mfasa 1& 2 dengan mereka yang hanya lengkapkan permohonan fasa 2 sahaja?

    terima kasih. =P

    • nurjenna says:

      Tak mengapa jika tidak mengisi fasa 1 dahulu. Tidak ada kesan kepada peluang jika terus isi fasa 2. Malah tidak ada beza antara mrk yg mengisi fasa 1 dan fasa 2 dengan mrk yg hanya isi fasa 2 shj.
      Fasa 1 hanyalah proses pendaftaran sahaja bertujuan utk mengurangkan kesesakan server.

  58. em satu no pin leh mintak satu course n satu Uni jr kr???

    • Bukan begitu… satu nombor pin untuk satu permohonan. Dlm satu permohonan perlu isi sekurang2nya 4 program pengajian yang berbeza atau maksima 8 tidak kira samada program itu dari U yg sama @ pun yg berbeza2

  59. Salam..pada bulan julai nanti,program asasi di IPTS sy akan tamat,buat masa ini pointer atas dari 3 pointer ke atas..persoalan sekarang,Boleh tak kalau saya ingin menyambung pengajian di IPTA?? Jika boleh bagaimana DAN BILA saya nak memohon?? Dan apakah syarat-syaratnya..harap dapat menolong kekusutan saya ini..terima kasih

    • Salam.. anda patut blh apply di bawah kategori lepasan Diploma & setaraf rujuk http://bit.ly/hhQktX tetapi tak pasti pula bila anda blh memohon krn skrg blm tamat lagi. Cuba call UPU utk kepastian

  60. Lailatun Nasehah Khusainy says:

    salam..lau no pin upu kita hilang mcm mana ye??adakah kita boleh menyemak sama ada kita dapat twaran 2 nanti tau ada surat yg akn dhantar..terima kasih..:)

    • Klau dah isi permohonan tidak mengapa sebab bila nak check keputusan nanti guna nombor MyKad dan kata laluan.

  61. salam..

    saye nk tnye..jika mahu mohon ke uthm johor,,apew prlu sye buat..sbb sye nk sngt di sane..ikut dngn kputusan yg sye dpt..kelayakan sye pade DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAN SERTA TEKNOLOGI…saya nk sngt disana..=)

  62. saya tidak mengisi permohonan fasa1, n saya sudah membeli no pin bsn untuk fasa 2, tp saya tidak dapat log in ke dalam sistem..macam mana ek??

  63. salam

    no pin upu sy hlg..bru2 ni sy prgi sklh nk tny dgn phk sklh..tp mrk xsmpn no upu pljr..ade ke cara lain sy bleh th no pin sy???

  64. bingung sangat,, says:

    salam..
    saye skng nie belajar di IPTA tp saye ingin membuat permohonan UPU lg sekali bleh x sbb kos yg saye ambil sekarang nie bukan kos yg saye minat…dan saye ingin membuat permohonan lg sekali…
    cmne2…?
    kami nie yg sudah bergelar sebagai student IPTA adakah masih layak untuk membuat permohon upu lg?
    harap2 ade sesape dapat jlaskan masalah saye nie,,

    • sy ada dgr org ckp yg student IPTA xblh mohon
      tp utk kepastian cuba call helpline UPU

  65. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan 13 latihan separa perubatan bertaraf Diploma dan Sijil kepada orang ramai bagi sesi pengambilan Julai 2011.

    Mereka yang berminat boleh melayari portal SPA di http://www.spa.gov.my. Tarikh tutup permohonan pada 1 April ini.

  66. sy nak tnya betol ke pngambilan ke ipta pd bnl 7??
    bukan bulan 9 ke??

  67. INGIN BANTU says:

    kwn saya hlg no id utk mhn upu fasa 2.. any solutions???

    • nurulizzah zakaria says:

      ad penyelesaian segera x,,utk y ilang id upu..sediiih ..one more..4april tutup upu 2,,ari isnin malm ke atau ahad malm..tqq..pleezzz.blas

    • Klau hilang & blum isi kat UPU no pin tu… perlu beli no pin baru

  68. kemasukan pelajar asasi di bawah upu bulan berapa? jun or september?

  69. adakah kemasukan pelajar asasi sme dgn kemasukan pelajar diploma??dan bila trikh pengumuman kputusan permohonan ke ipta dikeluarkn..

  70. bilakah tarikh permohonan ke ipta fasa 1 bagi tahun 2012 / 2013??
    adakah fasa1 wajib dilaksanakan sebelum pergi ke fasa2??

    • tarikh tu akan diumumkan oleh pihak UPU.
      Fasa 1 tu utk lepasan SPM tidak wajib tapi lepasan Matrikulasi wajib

  71. saya ingin membuat pertanyaan.bagaimana untuk membuat semakan temuduga bukan pendidikan bg lepasan stpm yang memohon UPNM(UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA)..??

  72. salam..saye tahun nie(2011) bru nk ambk spm..

    ble sye bole mohon ntok ipta nie?

  73. az zahirah says:

    macam mane nk th pihak ipta n politeknik terima kite ape laman web yg perlu sy tekan..?????
    plz help me…
    saya buntu sekarang nie……

  74. mcm mane sy nk tahu pihak ipta n politeknik terima kite ape laman web yg perlu saya tekan…??????????????????

  75. ika 2009 says:

    bila tarikh tutup utk latihan separa perubatan spa tu?

  76. farkhan says:

    ” saya student lepasan matrikulasi. upu fasa 1 saye tiada mohon untuk kos pendidikan, boleh tak saye mohon kos pendidikan pada fasa2 nanti?”

    • xpasti pula mungkin xblh, xpe tunggu bila fasa 2 dibuka nanti cuba tgk ada kursus pendidikan

  77. jika saya sudah ada kelulusan matriks, bolehkah saya memilih program sendiri melalui UPU?

    • blh… slps tamat matrikulasi, siti perlu mohon u melalui UPU & USM dgn memilih 8 kursus pilihan

  78. salam..macam mna cara untuk menyemak kemasukan ke program sijil kemahiran malaysia..
    permohonan melalui upu

  79. bile tarikh kemasukan ke uitm? saya dapat tahu intake pelajar lepasan spm adalah pada bulan Julai.. tapi saya kena berdaftar pada 21 Mei 2011.. adakah saya akan belajar terus disana selepas seminggu orentasi? atau kelas bermula pada bulan julai?
    Jika 21Mei sudah mula belajar,bagaimana dengan pelajar rayuan? mereka akan ketinggalan selama 1bulan setengah?
    Tolong bantu saya..

    • pijol akan daftar pada 21/5 kemudian seminggu mengikuti orentasi lepas tu terus mula kelas. pelajar rayuan pula mungkin masuk hujung jun

  80. bila result pspm2 keluar saya dengar org ckap 18 mei ni,betu ke tak?.lepa tu nk isi upu fasa 2 ni kena guna nu pin jg ke?jika guna mcm mana nak buat jika nu pin yg saya beli dlm fas1 aritu hilang

  81. saya mempunyai kawan dari luar negara, afrika barat. Beliau mahu saya tolong untuk kemasukan beliau kedalam universiti di malaysia. Bagaimana cara untuk saya isi bagi pihak beliau?

    • Permohonan perlu dibuat teris ke universiti yang berkenaan, hubungi universiti yang nak dipohon utk maklumat lanjut

  82. saya nak tnya mengenai permohonan program diploma baru diupsi bagaimana cara nak memohon dan bila trikhnya? saya terlepas beli no pin upu, bolehkah saya memohon lagi untuk pengambilan tahun ini?

    • Permohonan skrg dah tutup, blh cuba mohon pengambilan yg berikutnya, Disember/Januari

  83. saya pelajar sem akhir asasi undang-undang UiTM….kos apakah yg layak sy pohon untuk ke peringkat degree? dan apakah kelayakan yang diperlukan..serta IPTA manakah yg menawarkan kos pengajian tersebut?…BANTU SAYA…..

  84. ble permohonan kemasukan ke politeknik sesi disember 2011 di buka??

  85. salam..
    ble permohonan kemasukan ke politeknik sesi disember 2011 di buka???

  86. salam spe blh tolong sye…klu sye ambilan bulan disember adakah ia akan mengisi kekosong.. ambilan bulan julai…..nie utk tevt

  87. sya x dpt upu,poly plak x dpt mohon sbb kata laluan.frust sgt2 sbb kwn2 mula blaja bln 11 ni di poly. last2 sya dpt tawaran d unikl(chemical engineering technology food) ok ke atau sya tggu 2nd intake? sya daftar d unikl 17 julai ni

  88. salam..sy inginkan kpastian..adakah dgn rsult stpm sy sbyk 3p dan pointer hmpir 2,layak atau x utk frther stdy bg deg kos?

  89. […] Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 2 2011 […]

  90. Assalam. Saya buat foundation course di IPTS, boleh tak nak mohon buat degree di IPTA, apa yg perlu saya lakukan..

    • Salam… kalau ambilan julai/september kena mohon melalui upu tetapi bagi 2011 dah tutup. bagi intake lain blh apply terus ke ipta yg berkenaan

  91. salam…sy br je abis sijil dari kolej komuniti bln 6 hari tu…result pun dah kluar, sy nk memohon
    untuk sesi bulan disember 2011 boleh ke?

  92. bila pulak leh tau status permohonan ijazah sarjana (master) ukm sept 2011?

  93. BLA erk ada jual no pin tuk ambilan disember kat UPSI???
    HELP…………………

    • kalau ada… mungkin dlm bulan sept/okt

    • bingung juga^^ says:

      kalau dah try buat rayuan upu n dalam masa yg sama dah mendaftar lewat untuk ambil semula exam stpm2011 camna erk klu misalnya rayuan upu tu berjaya tp bkn dlm bidang pendidikan?cmna ni teruskan ambil exam or terima upu?huhu..

      • kalau minat bidang pendidikan ambil sptm & cuba lagi upu thn depan tapi pastikan syarat2 lain dipenuhi

  94. salam. sy merupakan lepasan STPM 2010. sy ada mohon upu untuk sesi 2011/2012. tetapi tidak berjaya mendapat tempat ke ipta. kmudian, sy telah membuat rayuan, dan keputusan rayuan lmbt lg. pada hari yg sama, sy membuka lamn web UiITM. UiTM ada mempelawa untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma. tarikh tutup permohonan ke UiTM pada 31 julai 2011 ni. sy tdk mahu terlalu mgharap keputusan rayuan upu tu. sy sangat berminat untuk sambung belajar. jd soalan sy, bolehkah lepasan stpm 2010 mcm sy ni mohon uitm utk kemasukan september di peringkat diploma sedangkn pd masa yg sama saya buat rayuan upu? TOLONG……………………..TQ!

  95. honeygirl says:

    hi, im nw studing degree in education,minor TESOL.i want to know when is d intake for master program in ipta?..i will be finishing next year may..need your reply very urgently…

  96. pmohonan utk disember 2011 bila plak ?

  97. sayhaa nuranal says:

    salam ..
    ada pmohnan untuk kli yg ke 2 x ??
    kalau pmohnn upu kli ptma x dpt.,

  98. sayhaa nuramal says:

    salam
    ada pmhonn kali ke 2 x??
    kalau pmohnn upu kali ptma x dpt.,.

  99. hello, nak tanya? bila boleh tahu result rayuan untuk peringkat ijazah pertama?

  100. Hai, nak tanya, bila ye keluar result rayuan kemasukan ke IPTA peringkat ijazah?

  101. Dapat ke nak beli no upu secara online…bolehkah bagi tau bagaimana cara nya??n macam mna nak apply untuk prt time study…bila intake sterusnya akn dibuka??

    • utk upu dah tutup utk thn ni
      utk part time kena mohon terus dgn ipta… rujuk laman web ipta yg berkenaan
      intake melalui upu tahun depan
      intake melalui ipta on-going – semak laman web ipta

  102. ada tak pemohonan kemasukan upu sesi disember 2011/2012?

  103. Permohonan melalui UPU utk tahun ni sudah ditutup tetapi permohonan melalui IPTA memang ada antaranya UiTM, UPSI, UTHM rujuk laman web IPTA utk maklumat lanjut

  104. hi, utk progrm sijil, bln 12 thn 2011, ade x? konfius sgt.. susa nk apply tuk bln 12.. kolej komuniti, ilka, ikbn ade x utk bln 12 nie? kt mne leh apply?

    • Ada… namun tidak melalui UPU tetapi melalui institut/kolej itu sendiri, sila rujuk laman web institusi yg berkenaan

  105. macamana apply kemasukan ke politeknik sesi januari 2012

  106. husaida zainal says:

    knp susah sgt nk mta kolej komuniti..giat mara punye kos x best sgt..x byk choice

  107. as salam…sy nk mngadu..bagaimana sebenarnya pihak upu mengendalikan pemilihan kemasukan ke ipta..sy lepasan diploma sesi julai 2009..dah 2tahun lbh sy memohon tetapi permohonan sy sentiase tidak berjaya..

  108. ble ley mnx uitm tok ambilan bln 2 2012 bg program ijazah sarjana muda?

  109. salam , saya nak tnya..saya lepasan SPM 2010 , kalau saya nak apply yg fasa 1st dah xsempat..kalau yg fasa 2 , 10jan-4april kan ? lepas tuh nom pin saya boleh beli dah kan ?

  110. salam…
    bole saya tahu ada x universiti yang buka sesi pengajian November/December…pengajian secara fulltime??

  111. raden ku rosiana says:

    pening nyerrrrrrrrrrrrrrr

  112. nak tanya. . bila pengambilan politeknik sesi january 2012 dan julai 2012

  113. bila tarikh rayuan politeknik sesi desember akan kluar…saya nk smbung dploma…sijil dah ada

  114. ada tak lagi permohonan ambilan diploma untuk plajar lepasan spm 2010?ambilan januari ada tak?

  115. ada x permohonan diploma lgi untk plajar lpasan spm 2010?ambilan januari ada x?

  116. SALAM. NAK BERTANYA.. BRU2 NI ADA KLUAR NO.PIN KE IPTA LEPASAN STPM KAN? KLU SAYA BLEH TAU,YANG TU UTK KEMASUKAN BILA EK? KEMASUKAN BULAN 2 2012 KE KEMASUKAN BULAN 9 2012? TERIMA KASIH..

  117. salam,
    klu sy trlps nk bli no pin tok upu uh cmne erk?
    coz tarikh bli no pin uh da ttup..,plezz hepl me

    • salam… jangan bimbang bila permohonan melalui UPU utk pengambilan Jun/Sept 2012 dibuka nanti, boleh beli nombor pin.

  118. nak tanaya bila boelh isi borang upu fasa 1 untuk le[asan spm 2011?? pin dah beli, bkk web mohe xde lak.cmne ni? nk settlekan untuk my sister.. sapa2 boleh bgtaw x??

  119. bile eh tarikh or borang permohonan kemasukan ke politeknik untuk sesi 2012 keluar ?

  120. mirzadanishxi says:

    Nak tanya ni..sy baru beli no pin upu. Then,tibe2 hilang. Boleh tak sy beli no pin baru kt bsn lagi?

  121. tumpang tanye,.,tarikh untuk memohon @membeli no pin upu bila tamat yer?confuse…tq…

  122. saya nak tahu, adakah course perundangan yang di tawarkan di uitm…..

  123. untuk beli nom pin upu bagi student yg amek spm tahun ni (2011), biler? TQVM

  124. Saya lepasan SPM 2009. Pernah mohon upu lepasan 2010/2011,keputusannya dapat. Tapi kini saya sudah quit dari ipta itu. Kerana ingin menukar course. Jadi saya memohon sesi 2011/2011(fasa1). Persoalannya "ADAKAH SAYA PERLU MEMBELI NUMBER PIN UNTUK MEMOHON UPU SESI 2011/2012" Sebab sewaktu saya isi permohonan fasa 1 (2011/2012) dia tak minta number pin pun. Tolong beri jawapan.

  125. Takut r mcm ne

  126. Salam. Saya ingin tahu no unik ID yang keluar sekarang ini digunakan untuk lepasan sijil Politeknik dan Sijil Kolej Komuniti

  127. salam…tarikh tutup beli no.pin usm smpai bila???

  128. Perhatian!
    Hari tu saya dah isi fasa satu. Nak isi fasa dua, unit ID saya hilang.
    Macam mana ni? :'(

  129. salam..saya nak tanya bila keluar borang kemasukkan ke politeknik sesi julai 2012…

  130. hello…saya nak tanya bila keluar borng permohonan ke politeknik ambilan julai 2012…

  131. bilakah tarikh tutup pemohonan politeknik,..

  132. saya skrg nie pelajar ipta dan nak berhenti sebab x minat course dan lulus bersyarat jer.kalau saya memohon upu boleh ker???

  133. harap korang dpt help me with diz problem.saya pun dah berhenti ums dan nak memohon upu lagi
    1. boleh ke saya buat camtu dan cam mana caranya
    2. berapa lama saya kena tunggu dan adakah saya akan masuk U bulan sept 2012?
    3. boleh ke saya guna result matriks yg pointer 2.6 ni

  134. hai, saya mahu bertanya, saya sedang mengikuti persediaan sekrang. sekiranya saya terkandas, saya ingin meneruskan pengajian ke tahap ijzah. bagai manakah saya perlu memohon kerana saya lihat tiada pilihan untuk program persediaan meneruskan pengajian menggunakan sijil foundation terus ke peringkat ijzah di IPTA

  135. salam , kalau kita terlepas upu fasa 2 , nak buat macam mana ? dia ada bukak lg sekali ke upu tu ? memang frust gila terlepas . please help .

  136. hyep…nk tya keputusan kemasukan politeknik tevt/ilka bla kuar erk.?