Analisa Keputusan Peperiksaan STAM 2008

Seramai 3,098 orang daripada keseluruhan 4,687 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 memperoleh sekurang-kurang gred Maqbul (lulus) dalam setiap mata pelajaran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, seramai 562 calon memperoleh gred Mumtaz (cemerlang) iaitu 12 peratus, manakala gred Jayyid Jiddan (kepujian) sebanyak 17.3 peratus dan Jayyid (baik), 21.2 peratus.

Beliau berkata, pencapaian kali ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2007 apabila mencatatkan jumlah calon yang lulus sebanyak 3,098 orang atau 66.1 peratus, manakala calon memperoleh gred Rasib (gagal) meningkat kepada 33.8 peratus.

”Prestasi setiap mata pelajaran pada peringkat Mumtaz juga tinggi iaitu antara 6.2 peratus membabitkan subjek Insya dan Mutalaah hingga 22.6 peratus iaitu Hafzil Quran dan Tajwid.

”Majoriti calon mendapat pangkat Jayyid iaitu dengan peratusan antara 24 peratus membabitkan subjek Arudh dan Qafiah hingga 41.5 peratus iaitu Fikah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STAM 2008 di sini hari ini.

Sebanyak 10 subjek ditawarkan kepada calon STAM iaitu bidang bahasa membabitkan Nahu dan Sarf, Insya dan Mutalaah, Adab dan Nusus, Arudh dan Qafiah serta Balaghah.

Bidang syariah pula melibatkan subjek Fikah, Hadis dan Mustalah Hadis, manakala bidang usuluddin membabitkan Hafzil Quran, Tajwid, Tafsir dan Ulum Tafsir, Tauhid dan Mantiq.

STAM adalah bagi melayakkan pelajar agama negara ini melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar atau ke universiti-universiti di negara Asia Barat dengan syarat sekurang-kurangnya mendapat gred Maqbul bagi setiap mata pelajaran.

Alimuddin berkata, kerajaan bercadang untuk menaik taraf kedudukan STAM selaras dengan standard Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

”Ini bagi membolehkan semua calon sijil agama itu layak memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pada masa depan selain berpeluang ke Al-Azhar,” katanya.

Sumber : Utusan Online

Related posts:

  1. Analisa Keputusan Peperiksaan SPM 2008
  2. Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM STAM 2008
  3. Analisa Keputusan Peperiksaan STPM 2008
  4. Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM STAM STPM 2008
  5. Analisa Keputusan PMR 2008

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , ,
Read 485 articles by

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives