Syarat Pendaftaran Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
- Telah mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu’uth Al-Islamiah Al-Azhar yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999
- Telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau,
- Telah mencapai umur 18 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan STAM semasa
Mata Pelajaran yang Ditawarkan
- S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
- S102 – Fiqh
- S103 – Tauhid dan Mantiq
- S104 – Tafsir dan Ulumuhu
- S105 – Hadith dan Mustolah
- S106 – Nahu dan Sarf
- S107 – Insya’ dan Mutalaah
- S108 – Adab dan Nusus
- S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
- S110 – Balaghah
Yuran Peperiksaan
- Bayaran asas : RM 50:00.
- Bayaran mata pelajaran : RM 25.00 bagi satu mata pelajaran.
Pindah Pusat Peperiksaan
- Calon sekolah perlu mengemukakan permohonan melalui pengetua sekolah asal masing-masing
- Calon persendirian perlu mengemukakan permohonan melalui Pengarah Pelajaran Negeri tempat calon mendaftar peperiksaan.
- Calon dikenakan bayaran yuran perpindahan pusat peperiksaan sebanyak RM 50.00 seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia atas nama Pengarah Pelajaran Negeri dalam bentuk wang pos, kiriman wang dan draf bank.
- Semua bahan dan dokumen kerja kursus perlu dihantar oleh sekolah asal ke sekolah baru calon.
Syarat Pemberian Sijil
- Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
- Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.
- Calon yang telah menduduki peperiksaan STAM dan ingin mengulang peperiksaan tersebut boleh memilih untuk mendaftar dan menduduki mana-mana mata pelajaran yang ingin diperbaiki dalam tempoh 3 tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali diduduki.
- Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan seperti berikut :
Pangkat
Takrif Mumtaz Cemerlang Jayyid Jiddan Sangat Baik Jayyid Baik Maqbul Lulus Rasib Gagal
Semak Semula Keputusan Peperiksaan
- Permohonan semak semula keputusan peperiksaan dibuka selama 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.
- Bayaran semak semula keputusan peperiksaan ialah RM 50.00 bagi satu mata pelajaran.
- Keputusan semak semula Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah muktamad.
Maklumat lanjut sila rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



pelajar stam boleh digelar sebagai pra ulamak……..kerana sekurang kurang nyer mereka ada asas melalui stam………………
salam..
saya nak tanya, betul ke ada limit untuk pengambilan pelajar untuk ambil stam. maksud saya, pengambilan pelajar dah penuh??
tq
assalamualaikum…saya nak tanya mengenai tajuk-tajuk kerja kursus bagi madah adab nusus..macam mana saya nak dapatkan tajuk-tajuk itu…?
gi jupe ustaz2 @ustzah kat sek. yg trlibat nge stam
Junaidi,
Alhamdullilah…
Nysa,
Salam… Saya tidak pernah pula mengetahui mengenai perkara ini.
Eqah,
Salam… Maaf, saya tidak mempunyai maklumat mengenainya. Harap ada pembaca lain yang dapat membantu.
salam..syukran
salam,
sy pn cm eqah jugk..memerlukan bahan2 kerja kursus..
mmg ada cra len tok crik bhn ny tp xsume komputer ad arabic language..
myb dgn lyri ke eputra dpt bntu sy..
syukran..
sbjek stam mmg agk sush..tp ble kte dh blajar,lme2 kte pndai la..kte leh bwk sume 2..insyallah…Aminn…..
i`allah..Allah akn bke seluas2nye jika niat kte tol2 nk menimba ilmu..amin..
salam, boleh ke pelajar yang tak pernah sekolah agama untuk ambil peperiksaan STAM?