Biasiswa BaitulMal MAIWP Ke Luar Negara Sesi 2010/2011

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STAM) 2009 untuk memohon biasiswa tajaan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi melanjutkan pengajian Ijazah Luar Negara tahun pertama sesi 2010/2011.

Program Pengajian

  • Penempatan pusat pengajian yang melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.
  • Program pengajian yang ditaja adalah;
    1. Ijazah Pengajian Islam
    2. Ijazah Perubatan

Syarat Asas

  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Bersedia berkhidmat dengan MAIWP untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun sekiranya ditawarkan (atas keperluan)

Syarat Akademik

  • Ijazah Pengajian Islam
    • Calon-calon berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM ) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan.
  • Ijazah Perubatan
    • Calon-calon berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred A- dalam mana-mana 6 mata pelajaran yang berkaitan khususnya bagi bidang perubatan.

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi sains / pra-universiti / alpha / foundation.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  • Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin

Permohonan

  • Borang permohonan boleh didapati dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
  • Borang boleh juga diambil sendiri di Bahagian Baitulmal MAIWP Tingkat 5, Unit Biasiswa IPT Baitulmal (Insentif Khas Pelajar Cemerlang) Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen berkaitan yang telah disahkan mestilah dihantar ke :
    • Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Unit Biasiswa IPT (Insentif Khas Pelajar Cemerlang), Tingkat 5, Bangunan Daruzzakah, Lorong Haji Hussien 2, Off Jalan Raja Muda, 50300 Kuala Lumpur.
  • Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup

  • Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 15 April 2010.

Maklumat

Sila rujuk laman web MAIWP atau hubungi talian 03 2617 5222 sambungan 205/206 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan biasisiwa ini.

10 thoughts on “Biasiswa BaitulMal MAIWP Ke Luar Negara Sesi 2010/2011

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Putra Nilam, Shaz Nilam. Shaz Nilam said: ePutra – Biasiswa BaitulMal MAIWP Ke Luar Negara Sesi 2010 2011: Permohonan adalah dipelawa daripada calon… http://bit.ly/aZeeIe […]

  2. info yang bgus..
    boleh membantu kepada sesape yg brminat..

  3. kalau mak sedara je y menetap kat wilayah persekutuan..sy x ley apply ke?!..
    *saje tanye..hehe

  4. sy pelajar lepasan asasi 2010…ade x biasiswa utk lepasan asasi mcm sy?

  5. Fat_Tia,
    Rasanya pemohon yang perlu tinggal di WP.

    Zaza,
    Cuba rujuk di kategori Biasiswa.

  6. Izzat Naqib says:

    Assalamualaikum, saya anak kelahiran wilayah dan pemastautin sehingga kini, pelajar lulusan diploma tahfiz al-quran wal qiraat Darul Quran JAKIM bagi sesi 2010. saya ingin bertanya, adakah boleh saya memohon biasiswa tajaan MAIPW bagi program ijazah sarjana muda bahasa arab di Jordan? saya berkelulusan SPM 2006 dan diploma Darul Quran JAKIM 2010 dengan gred 3.76. adakah saya layak mendapat biasiswa tajaan? mohon jasa baik untuk respon…

  7. Assalamualaikum, saya anak kelahiran wilayah dan pemastautin sehingga kini, pelajar lulusan diploma tahfiz al-quran wal qiraat Darul Quran JAKIM bagi sesi 2010. saya ingin bertanya, adakah boleh saya memohon biasiswa tajaan MAIPW bagi program ijazah sarjana muda bahasa arab di Jordan? saya berkelulusan SPM 2006 dan diploma Darul Quran JAKIM 2010 dengan gred 3.76. adakah saya layak mendapat biasiswa tajaan? mohon jasa baik untuk respon…

  8. link MAIWP yg kat bawah tu, dh bukak, tpi xada borang pun utk download.. so dh bukak ke belum sebenarnya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.