Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi PST Sesi 2010

TERKINI :

Para lepasan SPM 2009 yang ada membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan pengambilan mulai 16 April 2010. Ini merupakan untuk mereka yang berjaya mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Cara Semakan

  • Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2010 boleh disemak dengan tiga cara;
    1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi.
    2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888
    3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja

Pendaftaran

  • Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010. Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
  • Mereka yang tidak menerima surat tawaran berkenaan selepas dua minggu daripada tarikh keputusan permohonan matrikulasi dinasihatkan segera menghubungi Kolej Matrikulasi yang berkenaan.

Rayuan

  • Manakala mereka layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Rayuan perlu dibuat secara online.
  • Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.

Maklumat

  • Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan.
  • Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi PST 2010.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , , , , Read 322 articles by Azhad Nilam
301 Comments Post a Comment
  1. Amy says:

    amir,sy ambil subjek bm,pa,p.perniagaan n sejarah utk stpm.apakah pekerjaan yg bole sy pohon pada masa hadapan n apakah kepentingan subjek ekonomi……TQ in advance

1 ... 5 6 7

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.