Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2011/2012 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih.
Bidang Pengajian
- Ekonomi
- Perakaunan
- Sains Aktuari
- Perbankan dan Kewangan
- Kewangan Korporat
- Perbankan dan Ekonomi Islam
- Undang-Undang
- Undang-Undang Syariah
- Teknologi Maklumat
- Matematik
Peringkat Pengajian
- Cambridge A-Level, American Foundation Program, South Australian Matriculation
Kelayakan Minimum
- Lulus peperiksaan SPM 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 A (A atau A+)
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2011
Kelayakan Tambahan
- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
- Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
- Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Permohonan
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di laman web Bank Negara iaitu Permohonan Anugerah Biasiswa Bank Negara 2011.
Tarikh Tutup
- Permohonan Biasiswa Pra-Universiti Bank Negara akan ditutup pada 29 Mac 2011
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Maklumat
- Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Sila hubungi talian 03 2691 5963 atau email scholar@bnm.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini.
- Sila hubungi talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan umum.
- Sila rujuk juga Biasiswa Bank Negara 2010/2011 di ePutra sebagai panduan tambahan.
CAN I KNOW Y BIASISWA BANK NEGARA PRA UNIVERSITI.. DONT HAVE A+ A OR A- ?? THERE ONLY GIVE 1A OR 2A.. SO HOW SHOULD I FILL IN ?
1A = A & A+ 2A = A- details refer http://bit.ly/4yRZMP
there is, you try to scroll down, its at the end there
the closign date was 20march.. for undergraduate
salam..
adakah disediakan biasiswa untuk pelajar yg kurang cemerlang dlm SPM? biasiswa apakah yang boleh saya rujuk? keputusan SPM sekitar 5A dan 6A spm…?
Why i cant submit ? I got 9As but still cant submit -.-
salam…tiap2 taun berapa bilangan org yg dpat tajaan bank ngara??utk pra u pnya??
salam… xtahu la… xpernah terbaca pulak
SALAM. syarat minimum 8A tu untuk subjek apa?
Mana2 8 kot
kalau 3a je bole x??
Hi. Would you happen to know when will the results of the Application be out? Tq
Macammana nak memohon sekiranya terlepas tarikh?
Dengan keputusan SPM2010 9A 2B (perakaunan)
jika terlepas tarikh ada tak peluang untuk memohon biasiswa pra U dengan keputusan SPM 9A 2B 2010 dalam bidang perakaunan? Apakah tindakan yg boleh saya ambil?
Klau dah terlepas mmg dah xde peluang
bila keputusan biasiswa ini dikeluarkan??
biasanya bank negara akan call terus mrk yg berjaya, iadi xtahulah bila keputusannya keluar
Salam. Boleh saya tahu, bilakah permohonan biasiswa BNM bagi tahun 2011 untuk Ijazah Sarjana Muda akan dibuka?
_Harap dapat maklumbalas daripada Author.
bilakah biasiswa banknegara ni akn dibuka bg ijazah sarjana muda 2011?
biasanya biasiswa bank negara semuanya dibuka & ditutup dalam bulan mac setiap tahun
bilakah semakan keputusan ini??