Permohonan Penajaan Pendidikan Petronas Lepasan SPM 2010

Permohonan Biasiswa Petronas 2011

12 April 2011 Keputusan panggilan ke PETRONAS EduQuest Camp telah diumumkan.

Petronas menawarkan biasiswa untuk calon-calon yang layak untuk memohon Program Penajaan Pendidikan Petronas bagi lepasan SPM 2010. Pelajar lepasan SPM 2010 yang berkenaan perlulah mempunyai rekod akademik yang cemerlang, bakat kepemimpinan di dalam kegiatan ko-kurikulum, sosial dan sukarela, serta memiliki keazaman dan kesungguhan.

Biasiswa Petronas ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan di universiti luar negara atau kampus cawangan di Malaysia.

Syarat Asas Memohon Biasiswa Petronas

Logo Petronas

  • Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2010.
  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2011.
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

Program Di Universiti Teknologi Petronas (UTP)

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
  • Petroleum Geosains
Kelayakan Akademik (A)

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya A- untuk 6 matapelajaran berikut ;
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Kimia
    • Fizik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran lain

Program Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi
  • Sistem Maklumat Perniagaan
Kelayakan Akademik (B)

Memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam 9 matapelajaran dalam keputusan SPM 2010 seperti berikut;

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 matapelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik

    DAN

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya gred A- untuk mana-mana 6 matapelajaran lain.

Program Di Universiti Luar Negara/ Kampus Cawangan Di Malaysia

Program Sarjana Muda Kejuruteraan
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
Program Sarjana Muda Sains Gunaan
  • Geologi
  • Geofizik
Kelayakan Akademik

Sama seperti Kelayakan Akademik (A) di atas.

Program Sarjana Muda Perakaunan/ Ekonomi/ Kewangan
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Kewangan
Kelayakan Akademik

Sama seperti Kelayakan Akademik (B) di atas.

Cara Memohon Biasiswa Petronas

Tarikh tutup

  • Permohonan Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2010 akan ditutup pada 1 April 2011, jam 5.00 petang.
  • Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses.

Petronas EduQuest Camp

  • [Terkini] Keputusan panggilan ke PETRONAS EduQuest Camp bagi permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS bagi pelajar lepasan SPM 2010 telah diumumkan. Pemohon-pemohon yang telah memohon, sila semak status permohonan anda dilaman web di bawah bermula dari 12 April 2011 selepas jam 3.30 petang.
  • Hanya pemohon yang disenarai-pendek akan dihubungi. dipanggil untuk melalui proses penilaian di PETRONAS EduQuest Camp pada bulan April 2011.
  • Sila layari laman web http://spmonline.petronas.com.my dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat tentang status permohonan anda.
  • Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad.

Maklumat

20 thoughts on “Permohonan Penajaan Pendidikan Petronas Lepasan SPM 2010

  1. Alvin Toh says:

    Y my page keep error n it cant continue !

  2. Azri Amalina says:

    i cant understand what they want for the date at the academic information. the date is keep invalid.

  3. Nanthini says:

    keputusan SPM saya ialah:

    BM= A+
    BI= A
    BT=A
    SEJ=A
    BIO=A
    MAT=A+
    PHY=A-
    ADD MATH=A-
    CHEM=B+
    MORAL=B+

    adakah saya layak mendapat biasiswa PETRONAS??

  4. eh kau lupe cetak camne ah?

    • jika disenarai pendek & dipanggil utk eduquest camp, cetakan borang pernohonan serta dokumen sokongan perlu dibawa…
      call nombor di atas utk bantuan

  5. mcmna nak apply ?

  6. UTP ada sesi panggilan ke2 ?

    adakah permohonan ke UTP dibuka semula ?

  7. keputusan spm saya melebihi syarat yang ditetapkan iaitu 10 A tetapi saya tidak disenarai pendek untuk eduquest camp. adakah semua yang disenarai pendek mendapat 10A+? Apa sebenarnya kriteria yg dimahukan? Petronas tolong jelaskan!

  8. sy mendapat keputusan 10A utk spm sy, imelebihi kriteria yang dimahukan, ttp sy x disenarai pendek utk eduquest camp. Mengapa? Apa sebenarnya kriteria yng mereka mahu? 10A+ kah? Petronas tlg jelaskan!

  9. bila keputusan kemasukan pelajar program asasi utp keluar?? yang untuk ambilan bulan mei ni..
    dan macam mana nak cek keputusan tu???

  10. […] Permohonan Biasiswa Petronas Lepasan SPM 2010 Tagged with  keputusan spm 2010, secara sms, semakan online, semakan sms, spm 2010 ← Previous Next → […]

  11. […] rujuk juga komen-komen di Program Biasiswa Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009 dan SPM 2010 sebagai […]

  12. Bila kemasukan lepasan spm 2012 akan dibuka?

  13. […] rujuk juga komen-komen di Program Penajaan Pendidikan Petronas Bagi Lepasan SPM 2009, SPM 2010 dan SPM 2011 sebagai […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.