Biasiswa Bank Negara – Pra Universiti 2011

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2011/2012 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih.

Bidang Pengajian

  • Ekonomi Logo Bank Negara Malaysia
  • Perakaunan
  • Sains Aktuari
  • Perbankan dan Kewangan
  • Kewangan Korporat
  • Perbankan dan Ekonomi Islam
  • Undang-Undang
  • Undang-Undang Syariah
  • Teknologi Maklumat
  • Matematik

Peringkat Pengajian

  • Cambridge A-Level, American Foundation Program, South Australian Matriculation

Kelayakan Minimum

  • Lulus peperiksaan SPM 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 A (A atau A+)
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2011

Kelayakan Tambahan

  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
  • Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
  • Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Permohonan

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di laman web Bank Negara iaitu Permohonan Anugerah Biasiswa Bank Negara 2011.

Tarikh Tutup

  • Permohonan Biasiswa Pra-Universiti Bank Negara akan ditutup pada 29 Mac 2011 
  • Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Maklumat

21 thoughts on “Biasiswa Bank Negara – Pra Universiti 2011

  1. CAN I KNOW Y BIASISWA BANK NEGARA PRA UNIVERSITI.. DONT HAVE A+ A OR A- ?? THERE ONLY GIVE 1A OR 2A.. SO HOW SHOULD I FILL IN ?

  2. the closign date was 20march.. for undergraduate

  3. salam..
    adakah disediakan biasiswa untuk pelajar yg kurang cemerlang dlm SPM? biasiswa apakah yang boleh saya rujuk? keputusan SPM sekitar 5A dan 6A spm…?

  4. Why i cant submit ? I got 9As but still cant submit -.-

  5. salam…tiap2 taun berapa bilangan org yg dpat tajaan bank ngara??utk pra u pnya??

  6. SALAM. syarat minimum 8A tu untuk subjek apa?

  7. Hi. Would you happen to know when will the results of the Application be out? Tq

  8. Macammana nak memohon sekiranya terlepas tarikh?
    Dengan keputusan SPM2010 9A 2B (perakaunan)

  9. jika terlepas tarikh ada tak peluang untuk memohon biasiswa pra U dengan keputusan SPM 9A 2B 2010 dalam bidang perakaunan? Apakah tindakan yg boleh saya ambil?

  10. bila keputusan biasiswa ini dikeluarkan??

  11. Salam. Boleh saya tahu, bilakah permohonan biasiswa BNM bagi tahun 2011 untuk Ijazah Sarjana Muda akan dibuka?

    _Harap dapat maklumbalas daripada Author.

  12. bilakah semakan keputusan ini??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>