Penajaan biasiswa adalah ditawarkan kepada calon-calon Bumiputra terpilih bagi mengikuti kursus sepenuh masa di Institute Advertising Communication Training, Petaling Jaya, Selangor. Penajaan adalah untuk yuran pengajian sahaja.
Kursus
Bidang kursus yang ditaja adalah;
- Diploma in Advertising / Marketing Communications
- Diploma in Mass Communication
- Diploma in Graphic Design
- Diploma in Creative Multimedia
- Diploma in Broadcasting
Syarat Permohonan
- Hanya untuk calon-calon bumiputera sahaja.
- Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM/STPM/A-Levels/SAM, CPU atau setaraf dengannya pada tahun 2008.
- Fasih dan boleh menulis dengan baik di dalam Bahasa Inggeris.
- Aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.
- Bukan penerima biasiswa daripada organisasi-organisasi lain.
Ikatan
- Calon-calon yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian untuk berkhidmat dengan Kumpulan Utusan atau anak-anak syarikatnya selama tiga tahun selepas tamat pengajian.
Permohonan
- Borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web IACT di www.iact.edu.my
- Borang yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran pasport dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan perlu dihantar kepada:
- IACT Scholarship Counsellor
Institute Advertising Communication Training,
No 75 and 77,
Jalan SS21/1A,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
- IACT Scholarship Counsellor
Tarikh tutup
- Permohonan ditutup pada 26 Mac 2009.
Sila rujuk laman web IACT atau hubungi talian 03 7729 7451 untuk mendapatkan maklumat lanjut.