Biasiswa Yayasan TM 2009

Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang layak dengan mendapat kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik, aktif dalam kegiatan kokurikulum serta berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat di peringkat pengajian berikut:

  1. Biasiswa Persediaan Luar Negara
  2. Biasiswa Pra Universiti / Program Alpha di Universiti Multimedia (MMU)
  3. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
  4. Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kelayakan Memohon

  1. Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
    • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2008 sahaja.
    • Calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya 8 1A dalam keputusan peperiksaan SPM 2008 termasuk 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  2. Biasiswa Pra Universiti di Universiti Multimedia (MMU)
    • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2008 yang ingin mengikuti pengajian di MMU.
    • Memperoleh keputusan SPM 2008 sekurang-kurangnya 2A 3B dalam mana-mana 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon.
  3. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
    • Terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2008 atau telah mendaftar/sedang mengikuti pengajian di MMU.
    • Memperoleh keputusan SPM 2008 sekurang-kurangnya 4B dalam mana-mana 5 matapelajaran wajib mengikut kursus yang dipohon atau PNGK/CGPA 3.00
  4. Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
    • Terbuka kepada pelajar lepasan diploma, matrikulasi, Alfa (Asas) MMU, STPM atau yang setaraf dengannya.
    • Memperoleh minima PNGK/CGPA 3.30. Lulusan STPM juga mesti memperoleh Gred A dalam subjek Pengajian Am.
    • Berumur tidak melebihi 22 tahun bagi lulusan Diploma/STPM dan 20 tahun bagi lulusan matrikulasi/ Alfa MMU.
    • Sila gunakan keputusan PNGK/CGPA terkini sekiranya keputusan akhir pengajian semasa belum diperolehi.

Matapelajaran Wajib Mengikut Bidang/Kursus Pengajian

  • Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat¬†
    • Matematik Moden, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia/matapelajaran Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
  • Pengurusan
    • Matematik, Bahasa Inggeris, Sains/Kimia/Fizik, Matematik Tambahan, Perdagangan/Ekonomi Asas/ Sejarah/ Prinsip Akaun/ Geografi.

Syarat Permohonan

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan melayari laman web TM di alamat http://ytm.tm.com.my
  • Calon lepasan SPM/STPM 2008 hanya boleh memohon selepas keputusan diumumkan.
  • Calon hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja.
  • Sebelum mengisi borang permohonan, calon dikehendaki membaca arahan yang terdapat di muka utama aplikasi online.

Tarikh Tutup Permohonan

  • Biasiswa Persediaan Ke Luar Negara / Pra Universiti di MMU – 22 Mac 2009.
  • Biasiswa Ijazah Pertama di MMU dan IPTA – 31 Mac 2009.

Calon akan dimaklumkan sekiranya berjaya ke proses pemilihan seterusnya manakala permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Sila rujuk laman web Yayasan TM untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan permohonan online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>