Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) adalah badan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri komoditi utama negara iaitu minyak sawit, getah, kayu, koko, tembakau, kenaf, lada hitam dan sago.
Majlis Promosi Ekspot Getah Malaysia atau Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) adalah satu agensi di bawah MPIC mempelawa mereka yang berminat dengan industri barangan getah dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa MREPC.
Syarat Memohon
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS
- Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan SPTM atau yang setaraf termasuk program ijazah sarjana muda (jika ada)
- Telah mendapat tempat atau sedang belajar di IPTA atau IPTS dalam program ijazah sarjana muda (Tahun 1 atau 2)
- Penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum atau khidmat masyarakat adalah satu kelebihan
- Tidak menerima sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain
- Mampu untuk menyediakan dua penjamin
Bidang Tajaan
- Kejuruteraan – bahan kimia, mekanikal, elektrik / elektronik, industri
- Teknologi Polimer
- Kajian Alam Sekitar
- Ekonomi / Pemasaran / Kajian Perniagaan / Analisis Statistik / IT
Cara Memohon
- Mengisi borang permohonan yang disediakan, boleh dimuat turun di Borang Permohonan Biasiswa MREPC
- Borang yang telah lengkap diisi serta semua dokumen yang diperlukan perlu dihantar ke
Malaysian Rubber Export Promotion Council, (Scholarship Award Secretariat), Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, 50470 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup permohonan Biasiswa MREPC ini adalah 30 Mac 2012.
- Hanya mereka yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Maklumat
- Sila rujuk laman web Anugerah Biasiswa MREPC untuk maklumat lanjut.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Biasiswa MREPC ini sila hubungi Cik Nurhaiza Hamid atau En Azhan Zahran di talian 03 – 2780 5888