Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa rakyat Malaysia yang layak untuk memohon Program Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2013/2014 bagi mengikuti pengajian dalam beberapa bidang yang terpilih bagi peringkat pengajian pra-universiti, ijazah pertama dan pasca siswazah.
Kategori Permohonan Biasiswa BNM
Permohonan untuk Anugerah Biasiswa Bank Negara ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu;
- Biasiswa Pra-Universiti
- Biasiswa Ijazah Pertama (Kepujian)
- Pasca Siswazah (Sarjana / Kedoktoran (PhD))
Biasiswa Pra-Universiti
Biasiswa Pra-Universiti terbahagi kepada dua jenis biasiswa iaitu;
- Biasiswa Kijang Emas
- Biasiswa Kijang
Biasiswa Kijang Emas
Biasiswa Kijang Emas diberikan kepada pelajar terbaik SPM 2012.
Penerima Biasiswa Kijang Emas diberi kebebasan untuk menentukan bidang pengajian dan belajar di mana-mana universiti terkemuka di mana-mana negara pilihan mereka sendiri.
Kelayakan Biasiswa Kijang Emas
- Semua mata pelajaran A+ dalam SPM 2012
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2013
- Mempunyai kualiti kepimpinan yang kukuh, semangat berpasukan yang tinggi, cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
- Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang hebat
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Biasiswa Kijang
Biasiswa Kijang diberi kepada mereka yang akan belajar diperingkat pra-universiti dan seterusnya ke ijazah pertama di universiti utama dalam atau luar negara.
Bidang Pengajian Biasiswa Kijang
- Ekonomi, Perakaunan, Sains Aktuari, Kewangan dan Undang-Undang
Kelayakan Biasiswa Kijang
- Mendapat sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja) dalam SPM 2012
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2013
- Mempunyai kualiti kepimpinan yang kukuh, semangat berpasukan yang tinggi, cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan
- Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang hebat
Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Permohonan
- Secara atas talian di Portal Permohonan Biasiswa Bank Negara.
Tarikh Tutup
- Permohonan Biasiswa Kijang Emas dan Kijang Bank Negara ini ditutup pada 27 Mac 2013.
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.
Maklumat
- Maklumat di atas adalah panduan ringkas sahaja.
- Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi talian bantuan permohonan biasiswa BNM di 03 2691 5963 atau emel scholar@bnm.gov.my
- BNM juga boleh dihubungi melalui talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my
- Di samping itu rujuk juga Facebook dan Twitter rasmi Bank Negara Malaysia.