TERKINI : Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2011 – Monbukagakusho MEXT
Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akedami 2010 untuk program Sarjana Muda (Undergraduate) dan Sarjana (Postgraduate) adalah dibuka untuk permohonan bermula dari 2 Mac – 7 April 2009. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon.
Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 134,000 yen (anggaran RM4,500) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda, dan 172,000 yen (anggaran RM6,000) untuk penerima biasiswa Sarjana (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapalterbang pergi-balik juga disediakan.
Biasiswa ini dibahagikan kepada dua kategori:
1. Program Sarjana Muda (kursus ijazah sarjana muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2010)
- Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2009 (dilahirkan antara 2 April 1988 dan 1 April 1993)
- Pemohon mestilah tamat SPM atau O-level dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar STPM (rendah/atas) dan mereka yang akan mengambil peperiksaan A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma pada tahun ini juga layak memohon (dengan syarat keputusan peperiksaan diketahui pada Mac 2010).
- Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai keputusan cemerlang di dalam subjekmajor yang lain.
2. Program Sarjana (kursus 1½tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2010)
- Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2009 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1975).
- Pemohon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda (keutamaan bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Siswazah sarjana muda yang berada di tahun akhir pengajian di universiti juga layak memohon.
Bagi kakitangan kerajaan Malaysia yang ingin memohon untuk program sarjana, permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PSD di talian 03-8885-3413 (Encik Zulhelmi Zakaria).
Borang permohonan untuk Sarjana Muda dan Sarjana boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau dicetak dari laman web Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp).
Selain dari itu, pemohon juga boleh menghantar Sampul Surat Beralamat Sendiri beserta stem 50 sen pada sampul surat tersebut kepada:
Japan Information Service,
Embassy of Japan,
No. 11 Persiaran Stonor,
Off Jalan Tun Razak,
50450 Kuala Lumpur.
Sila nyatakan permohonan untuk Sarjana Muda atau Sarjana pada sudut atas kiri sampul surat. Jika tidak, permohonan anda tidak akan dilayan.
Pemohon hendaklah memastikan bahawa permohonan yang lengkap dihantar sebelum tarikh tamat permohonan. PERMOHONAN LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.my.emb-japan.go.jp.
Perkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan di seksyen Japan Information Centre (tingkat atas Kedutaan Jepun) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum). Kedutaan Jepun mempelawa mereka yang berminat untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran di Jepun di sini atau melalui talian 03-2177-2785 pada masa tersebut.
Tarikh Tutup : 30 Mac 2009
Maklumat lanjut boleh juga diperolehi di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam.
may i ask a question??
this scholarships is not the same with the RPKJ programme right??
thanks..
Pingi,
Betul, ia dua program yang berbeza.
saya perlukan lebih informasi dalam bab ini…
Syaman,
Sila rujuk http://www.my.emb-japan.go.jp/ atau hubungi pihak JPA.
pihak tuan ada sediakan persediaan @ A-level untuk lepasan SPM 2009 tak?
KaedeChiaki,
Maaf, tidak ada… ePutra hanya menyediakan maklumat sahaja.
saya nak tahu..
perbezaan antara sarjana n sarjana muda?
SARJANA tu masters and SARJANA MUDA is degree!!! so,, tahap mula2 diploma..,then naik sket jd sarjana muda iaitu in english is degREE lpas tue stage masters(sarjana) kira dah tertinggi la tu but yang tertinggi is PhD iaitu doc. of philosophy
salam..saya sekarang berada di thn akhir peringkat sarjana muda..jika saya memohon untuk menyambung di peringkat master,berapa lama proses permohonan tersebut? yuran pembelajaran semasa di jepun maksudnya di tanggung sendii ke?
assalamualaikum..saya nak tanya..saya adlh lepasan spm 2009..adakah saya layak memohon biasiswa ni?
Kiyoto,
Terima kasih…
Nurliana,
Saya tidak pasti mengenai tempoh masa permohonan diproses. Jika kalau tidak silap saya yuran tersebut dibayar terus oleh pemberi biasiswa.
Lollipopz,
Tidak layak sebab semasa tarikh tutup anda masih belum mengetahui keputusan SPM. Tarikh tutup bagi tahun ini adalah 2 Mac 2010.
Saya merupakan lepasan SPM thn 2009.
Saya ingin memohon biasiswa untuk sarjana muda thn 2010..
Bukankah tarikh akhir permohonan pada 7 april 2010??
Adakah saya layak untuk memohon biasiswa ini..
Adakah kaunseling pengajian tinggi ke jepun diadakan di Jalan Tun Razak pada setiap hari selasa, rabu dan khamis??
Saya adalah lepasan spm 2009..
Saya ingin memohon biasiswa bagi Sarjana Muda 2010..
Bukankah tarikh tutup permohonan itu pada 7 april?
Adakah saya layak untuk memohon?
Adakah kaunseling pengajian tinggi ke jepun akan diadakan di Jalan Tun Razak pada setiap hari selasa, rabu dan khamis?
terima kasih
salam..
sy ni student thun akhir degree sport sce n edu d utm..
bln 4 ni abiz..
sy berminat tuk smbg master di jepun..
so per flow yg sy perlu wat??
cr penaja dlu ke camne??..
can u help me plezz..
Alia,
Anda mungkin merujuk kepada Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Undergraduate Studies Scholarships. Memang benar yang ini belum dibuka lagi dan tarikh tutupnya awal April.
Sila rujuk Undergraduate Studies Scholarships untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Saya tidak mempunyai maklumat mengenai Kaunseling Pengajian tersebut, sila hubungi Kedutaan Jepun di talian 03-2177 2600 atau Japan Educational Information Centre (JEIC) Kuala Lumpur di talian 03 – 7957 0304 untuk maklumat lanjut.
Nurziana,
Pada kebiasaannya anda perlu mendapatkan tempat terlebih dahulu baru boleh cuba memohon biasiswa. Walaupun begitu saya tidak pasti untuk Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarships ini. Cuba hubungi Kedutaan Jepun di talian 03-2177 2600 atau Japan Educational Information Centre (JEIC) Kuala Lumpur di talian 03 – 7957 0304 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
assalamualaikum, sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di uitm.saya berminat untuk menyambung pelajaran saya untuk sarjana muda di jepun setelah tamat pengajian di uitm..dan soalan saya macam mane untuk memohon biasiswa ini buat masa sekarang?