Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2008

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac 2009.

Calon yang menduduki peperiksaan tersebut boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing pada hari tersebut. Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos.

Di samping itu calon-calon boleh juga menyemak keputusan STPM 2008 mulai jam 12.00 tenghari,
10 Mac 2009 melalui SMS dengan menaip STPM <jarak> No. MyKad dan hantar ke 39003 atau secara on-line di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.

Seramai 53,638 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) calon sekolah swasta dan 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian.

Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia

Related posts:

  1. Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM STAM 2008
  2. Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM STAM STPM 2008
  3. STPM 2007
  4. Tarikh Keputusan SPM & STAM 2007
  5. Tarikh Peperiksaan Awam 2009

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 485 articles by

7 Comments

  1. pepei says:

    benar kah result 10hb ni????…..belum ada keluar tv pun….

  2. nilam says:

    Pepei,
    Tarikh ini diumumkan di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia.

  3. chris says:

    web yang bagus dapat maklumat yang tepat dan senang dfahami…

  4. nilam says:

    Chris,
    Terima kasih

  5. Fabiola says:

    Saya ingin tahu…

    Hi, saya mempunyai 6kdt, 2 7D & 2 9G utk peperiksaan SPM saya…Sekarang saya nak tahu sama ada saya layak untuk masuk ke tingkatan 6 2009/2010…

  6. nilam says:

    Fabiola,
    Setakat ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia belum lagi mengeluarkan kenyataan berkenaan pengambilan pelajar tingkatan 6 untuk tahun ini.

    Walaupun begitu syarat am pada tahun lepas untuk memasuki tingkatan 6 mestilah lulus peperiksaan SPM dengan memperoleh sekurang-kurang tiga kepujian, termasuk Bahasa Melayu.

    Sila rujuk Tingkatan 6 Sesi 2008 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Makluman

Peta Minda
 
Recent Comments Tags
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives