TERKINI : Sila rujuk Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010.

Permohonan untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dibuka bagi pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai Sesi 2008/2009 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Program Diploma dan Ijazah yang ditaja di IPTA adalah seperti berikut;

Program Diploma dan Ijazah yang ditaja di IPTS adalah seperti berikut;

Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat Asas;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2008
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2007/2008 atau Semester Satu Sesi 2008/2009) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas; atau sedang mengikuti pengajian di tahun 2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2008/2009 atau pemohon yang telah diterima masuk ke institut pengajian tinggi seperti yang disenaraikan di atas sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda perlu mempunyai salah satu pencapaian minimum kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Gred 2A dalam 7 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) - 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
  • Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA - CGPA 3.30
  • Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma - CGPA 3.50

Pemohon yang sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi seperti yang disenaraikan di atas sama ada di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mesti mempunyai pencapaian minimum salah satu kelayakan akademik seperti berikut:

Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2007/2008

  • Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2007/2008 - GPA 3.30

Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2008/2009

  • Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar - Lulus
  • Bidang-bidang lain - CGPA 3.30

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus kelayakan akademik di atas.

Bidang Tajaan

  • Perubatan
    Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
  • Sains Tulen
    Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
  • Sains Gunaan
    Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
  • Teknologi
    Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Sastera
    Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/Syariah/Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras
  • Sastera Iktisas
    Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

Mereka yang berikut tidak layak untuk memohon biasiswa ini;

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa.


Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 22  Jun 2008 dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.;
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2008”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2008” sebagai bukti permohonan telah dibuat;
  6. Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3550, 03-8885 3559 atau 03-8885 3529. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat);
  7. Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my
  8. Permohonan ini adalah percuma.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 Julai 2008.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk eSila Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Zemanta Pixie

Popularity: 40% [?]

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Related posts

Sponsors