TERKINI : Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2011 – Monbukagakusho MEXT

Kedutaan Jepun di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akedami 2010 untuk program Sarjana Muda (Undergraduate) dan Sarjana (Postgraduate) adalah dibuka untuk permohonan bermula dari 2 Mac – 7 April 2009. Rakyat Malaysia yang berkelayakan yang ingin melanjutkan pelajaran mereka di Jepun adalah dipelawa untuk memohon.

Semasa tempoh biasiswa, elaun bulanan anggaran sebanyak 134,000 yen (anggaran RM4,500) akan diberikan kepada penerima biasiswa Sarjana Muda, dan 172,000 yen (anggaran RM6,000) untuk penerima biasiswa Sarjana (jumlah adalah tertakluk kepada perubahan). Yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan. Tiket kapalterbang pergi-balik juga disediakan.

Biasiswa ini dibahagikan kepada dua kategori:

1. Program Sarjana Muda (kursus ijazah sarjana muda 5 – 7 tahun bermula dari April 2010)

  • Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 22 tahun pada 1 April 2009 (dilahirkan antara 2 April 1988 dan 1 April 1993)
  • Pemohon mestilah tamat SPM atau O-level dan mempunyai sekurang-kurangnya 11 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Pelajar STPM (rendah/atas) dan mereka yang akan mengambil peperiksaan A-level, UEC, Matrikulasi atau Diploma pada tahun ini juga layak memohon (dengan syarat keputusan peperiksaan diketahui pada Mac 2010).
  • Pemohon mestilah mahir dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai keputusan cemerlang di dalam subjekmajor yang lain.

2. Program Sarjana (kursus 1½tahun atau 2 tahun bermula dari April atau Oktober 2010)

  • Pemohon mestilah di bawah umur 35 tahun pada 1 April 2009 (dilahirkan pada atau selepas 2 April 1975).
  • Pemohon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda (keutamaan bagi Kelas Pertama dan Kelas Kedua Atas) dan mempunyai 16 tahun pendidikan formal (tidak termasuk kelas peralihan). Siswazah sarjana muda yang berada di tahun akhir pengajian di universiti juga layak memohon.

Bagi kakitangan kerajaan Malaysia yang ingin memohon untuk program sarjana, permohonan hendaklah dibuat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PSD di talian 03-8885-3413 (Encik Zulhelmi Zakaria).

Borang permohonan untuk Sarjana Muda dan Sarjana boleh diambil dari Kedutaan Jepun atau dicetak dari laman web Kedutaan Jepun (www.my.emb-japan.go.jp).

Selain dari itu, pemohon juga boleh menghantar Sampul Surat Beralamat Sendiri beserta stem 50 sen pada sampul surat tersebut kepada:
Japan Information Service,
Embassy of Japan,
No. 11 Persiaran Stonor,
Off Jalan Tun Razak,
50450 Kuala Lumpur.

Sila nyatakan permohonan untuk Sarjana Muda atau Sarjana pada sudut atas kiri sampul surat. Jika tidak, permohonan anda tidak akan dilayan.

Pemohon hendaklah memastikan bahawa permohonan yang lengkap dihantar sebelum tarikh tamat permohonan. PERMOHONAN LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.my.emb-japan.go.jp.

Perkhidmatan kaunseling pengajian tinggi di Jepun disediakan di seksyen Japan Information Centre (tingkat atas Kedutaan Jepun) pada hari Selasa, Rabu dan Khamis setiap minggu dari 10 pagi ke 12 tengah hari (kecuali cuti umum). Kedutaan Jepun mempelawa mereka yang berminat untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran di Jepun di sini atau melalui talian 03-2177-2785 pada masa tersebut.

Tarikh Tutup : 30 Mac 2009

Maklumat lanjut boleh juga diperolehi di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Related posts

Sponsors