Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2009 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang.

Bilangan Biasiswa

Bilangan biasiswa yang disediakan setiap tahun adalah dua belas biasiswa iaitu;

  • Enam biasiswa untuk peringkat Sarjana
  • Enam biasiswa untuk peringkat Kedoktoran

Kriteria Pemilihan

Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan;

  1. Kecemerlangan akademik yang dimiliki
  2. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
  3. Prestasi semasa temuduga

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  4. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  5. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
  6. Mendapatkan tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau di universiti terkemuka dunia (Ivy League) dan setara.

Tempoh Perkhidmatan

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima tahun.

Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda.

Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

Kadar Biasiswa

Kadar biasiswa sebulan bagi program ini adalah berbeza mengikut negara dan contoh kadar biasiswa adalah seperti berikut:

  • Amerika Syarikat – USD 1,923.00
  • United Kingdom – £ 1,639.50
  • Australia – AUD 2,070.00
  • New Zealand – NZD 2,174.00
  • Malaysia – RM1,760.00 (Sarjana) dan RM 2,500 (Kedoktoran)

Panduan Permohonan

  1. Borang Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Tahun 2009 hendaklah dimuat turun, dicetak dan dihantar dengan tangan atau melalui pos ke alamat seperti yang ditetapkan.
  2. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 24 Julai 2009 sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 24 Ogos 2009.
  3. Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja.
  4. Pemohon dikehendaki untuk menghantar salinan dokumen/sijil-sijil yang telah diakui sah semasa mengemukakan permohonan. Dokumen/sijil-sijil asal perlu dibawa semasa menghadiri temuduga.
  5. Semua permohonan akan diproses selepas tarikh tutup permohonan. Hanya pemohon yang telah disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
  6. Bagi pemohon yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, pemohon hendaklah mengisi borang tambahan iaitu borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2006, 2007 dan 2008 oleh Ketua Jabatan.
  7. Semua pemohon perlu memastikan ibu bapa pemohon tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA dan tidak melanggar perjanjian dengan pihak Kerajaan. Sekiranya ini berlaku, pemohon tidak akan ditawarkan biasiswa.
  8. Pemohon belum memulakan pengajian semasa iklan ini dikeluarkan.
  9. Tiada sebarang rayuan akan diproses oleh Jabatan ini sekiranya pemohon gagal untuk disenaraipendekkan.

Temuduga

Pemohon boleh menyemak keputusan panggilan temuduga pada 10 September 2009 melalui laman web JPA. Bagi pemohon yang berjaya dipanggil temuduga, surat panggilan temuduga akan dikeluarkan secara dalam talian (on-line) melalui laman web JPA dan pemohon hendaklah mencetak surat panggilan temuduga tersebut untuk dibawa semasa menghadiri temuduga.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Ogos 2009.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA di talian 03-88853436 / 3892 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mail di alamat esila@jpa.gov.my.

Rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.