Persaingan Biasiswa PILN 2009

Permohonan bagi biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan lebih kompetitif tahun ini dengan pemohon akan ditemu duga pegawai kerajaan pelbagai kaum dan profesion mengikut bidang dipohon.

Ini kerana, permohonan bagi PILN dijangka meningkat berbanding tahun lalu sedangkan jumlah tajaan kekal kepada 2,000.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya, berkata sebagai contoh, calon yang memilih bidang perubatan dan kesihatan akan ditemu duga pegawai perubatan, pergigian atau farmasi terdiri daripada pelbagai kaum.

“Temu duga juga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut bidang pengajian, misalnya perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Nik Noraini berkata, calon akan ditemu duga dalam kelompok empat orang bagi satu kumpulan membabitkan proses temu duga dan perbincangan mengikut topik diberikan panel dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Katanya, berdasarkan pengalaman lalu, bilangan pemohon dijangka meningkat di kalangan calon cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jumlah biasiswa yang terhad akan menjadikan PILN terus kompetitif dan calon serta ibu bapa dinasihat menerima hakikat itu selain berusaha menimbangkan penajaan dari pihak lain.

“Menyedari persaingan yang kompetitif dalam PILN 2009, usaha penambahbaikan terhadap kriteria pemilihan dimantapkan membabitkan pencapaian akademik, pembabitan dalam kegiatan kokurikulum, sosioekonomi termasuk tanggungan keluarga dan prestasi temu duga,” katanya.

“Pada 2008, JPA menerima sebanyak 15,220 permohonan dan daripada jumlah itu, 7,282 permohonan memenuhi syarat minimum sedangkan bilangan biasiswa ditawarkan adalah terhad iaitu 2,000.

Nik Noraini berkata, JPA akan melaksanakan PILN 2009 untuk pelajar cemerlang SPM 2008 bagi mengikuti pengajian dalam bidang kritikal diperlukan perkhidmatan awam dan negara.

Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutama di kalangan calon dan ibu bapa, katanya.

Sumber : Berita Harian

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam

ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih. Azhad Nilam tagged this post with: , , , , Read 321 articles by Azhad Nilam
It's very calm over here, why not leave a comment?

Leave a Reply




Pengumuman

Find us on Facebook

Recommendations

Follow ePutra on Twitter

Archives



Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.