Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2009/2010

TERKINI :

Permohonan telah dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2009/2010 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2009; dan
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (bagi kemasukan November/Disember Sesi 2008/2009 atau Semester Satu Sesi 2009/2010) dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun dua dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2009/2010;

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
  • Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
  • Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

2. Pelajar di Tahun Pertama Semester November/Disember Sesi 2008/2009

  • Keputusan Peperiksaan Semester November/Disember Sesi 2008/2009 – GPA 3.50

3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester Satu Sesi 2009/2010

  • Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
  • Bidang-bidang lain – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

BIDANG TAJAAN

  • Perubatan
    - Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar
  • Sains Tulen
    - Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat
  • Sains Gunaan
    - Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat
  • Teknologi
    - Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah
  • Sastera
    - Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras
  • Sastera Ikhtisas
    - Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

KADAR BIASISWA

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

TEMPOH KONTRAK

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  • Perubatan / Pergigian – 10 tahun
  • Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
  • Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
  • Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
  • Pengurusan / Sastera – 4 tahun
  • Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
  • Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2009 (PIDN);
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Julai 2009 (Jumaat). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

  • Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
  • Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.

Related posts:

  1. Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008
  2. Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Bagi Pengajian Dalam Negara 2008
  3. Tawaran Biasiswa PILN 2009
  4. Keputusan Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2009
  5. Biasiswa BaitulMal MAIWP Ke Luar Negara Sesi 2009/2010

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , , , , ,
Read 483 articles by

191 Comments

  1. ak.hafizz says:

    salam nilam..aku ni student sem2 for dec 08 intake..result spm aku flying colour 9a .tp result sem 1 aku just dpt 3.39 dan aku da apply biasiswa PIDN tp x dpt.adakah masih ada peluang utk aku dpt biasiswa tu..???satu lg sebelum ni aku dah apply utk biasiswa tambahan SPM2007 masa aku blajar kat PASUM dan berjaya tp aku x sahkan utk terima biasiswa tu b’coz aku berhenti so adakah ia m’pengaruhi peluang aku utk dpt biasiswa PIDN ni..harap nilam dpt tolong sgt2 sbb aku mmg harap sgt nk dpr biasiswa tu..

  2. nilam says:

    Ak.Hafizz,
    Salam… Anda masih ada peluang untuk memohon pada tahun hadapan jika umur anda belum melebihi 25 tahun dan CGPA anda ditingkatkan.

    Pada pendapat saya, tidak mengesahkan penerimaan biasiswa semasa di PASUM tidak mempengaruhi peluang permohonan PIDN, lagipun anda sudah berhenti.

    Sebab utama anda gagal kali ini mungkin kerana CGPA anda tidak memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu 3.50.

  3. yayang says:

    nilam,bile aggrement smpai kat u?sy da duk tunggu je ni..pas2 bile duit biasiswa msk?tga pokai ni…hrpkan pa&ma je ni.

  4. nilam says:

    Yayang,
    Maaf, saya tidak mempunyai maklumat tersebut. Harap ada pembaca lain yang mungkin ada berita mengenainya boleh berkongsi di sini.

  5. MyName says:

    boleh sy taw,
    duit RM6800 yang kami terima tu da termasuk skali dgn duit flight ke? (kmi pljr smnanjung y blaja di sbh)

  6. nilam says:

    MyName,
    Setahu saya jumlah itu tidak termasuk tambang kapal terbang sebanyak RM1,000 setahun untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah atau sebaliknya.

  7. cyunk says:

    nk tya…ble result y rayuan jpa akn kuar??

  8. nilam says:

    Cyunk,
    Saya tiada maklumat mengenainya buat masa ini. Harap ada pembaca lain yang boleh membantu.

  9. nurul ukm says:

    ade sape2 tau tak bla dapat surat perjanjian jpa???

  10. nilam says:

    Nurul UKM,
    Saya masih tiada maklumat mengenainya buat masa ini. Harap ada pembaca lain yang boleh membantu.

  11. nazrul says:

    # Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
    # Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

    nak tanye.. sijil asasi dari IPTA di klasifikasikan yg mana satu??
    yang atas or yg bawah???

    asal tak sama kan je syarat dye coz asasi n matric same je..
    saya pernah masuk matrik.. and pernah masuk asasi..
    for me matrik mmbebankan dan asasi sgt2 mencabar since there have a lot of subjects to take rather than matric yg just 3 subjects..

  12. nilam says:

    Nazrul,
    Memang kurang jelas, saya juga tidak pasti, harap ada pembaca lain yang boleh membantu memberi penjelasan.
    Terima kasih juga kerana berkongsi pengalaman anda.

  13. tania says:

    nilam..,
    im spm candidate for this year..i have questions regarding on the jpa schorlarship..

    im interested to pursue my study in law but most of my teacher said
    scholarships were not provided for law courses,..and also if i still want to study
    abroad in law,soon i come back to malaysia..i need to repeat my study for one semester..is it true?
    i really need your piece of mind..and if there is law scholarship,what is the minimum achievement and qualification to apply for the scholarship?

    thanks..

  14. nilam says:

    Tania,
    Memang ada kebenaran dengan kata-kata guru anda itu mengenai biasiswa JPA. Mengikut hebahan JPA memang jurusan undang-undang tidak disenaraikan secara khusus dalam Tawaran Biasiswa PILN Biasiswa Program Ijazah Luar Negara 2009. Walaupun begitu mungkin ia dimasukkan di bawah kategori Sastera Ikhtisas.

    Mengenai tambahan satu semestar itu mungkin anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di The Malaysian Bar.

    Selain JPA, pihak lain memang ada menawarkan biasiswa untuk mereka ingin mengambil program pengajian undang-undang. Syarat kelayakan yang ditetapkan berbeza-beza mengikut penaja, anda boleh semak di Biasiswa.

  15. net level says:

    salam,
    saya kini menerima biasiswa jpa. jika saya extend 1 sem, adakah saya akan menerima biasiswa seperti biasa? jika tidak, bagaimana cara untuk saya memohon?

  16. nilam says:

    Net Level,
    Saya tidak begitu arif dengan syarat biasiswa JPA, oleh itu diharap ada pembaca lain yang boleh membantu atau anda berhubung terus dengan pegawai JPA untuk mendapatkan penjelasan.

  17. wanie noor din says:

    saya nak apply biasiswa bile leh apply untuk 2010 sbb awal thun dpn saya dah sem 2 jadi macam mane boleh ker sy memohon??

  18. Msac says:

    hi… sy ingin tanya kalu student yg sudah dlm tahun ke-2 degree, kalu nak sambung dalam kolej yg sama tp kolej student ni dok tersenarai dalam senarai IPTS di atas… kalu situation mcm tu, boleh tak student ni masih nak apply? tq…

  19. dee says:

    soalan!
    kalau sekarang mase part 3 kan..
    dapat jpa..
    kite dpt dari mase part 1 ke or dr time kite apply means part 3?

  20. wafa says:

    bile tarikh prmohonn kedua ye?

  21. wafa says:

    mksud saya bile permohonn sterusnya?

  22. nilam says:

    Wanie Noor Din,
    Anda boleh mohon jika CGPA pada peperiksaan semestar November/Disember ini sekurang-kurangnya 3.50.

    Msac,
    Jika tidak tersenarai agak sukar untuk memohon.

    Dee,
    Anda akan dapat bermula daripada semestar semasa bukan dari semestar 1.

    Wafa,
    Biasanya dalam bulan Jun setiap tahun. Tarikh yang tepat akan diumumkan di laman web JPA dan juga di ePutra ini.

  23. nur says:

    sy nk tnya :
    1) bila iklan biasiswa JPA seterusnya akan dikeluarkan?
    buat pengetahuan : saya pelajar baru ijazah ambilan dis 02009

    2) betol ke kalau kita tidak mendapat tajaan JPA semasa diploma,sukar bagi kita untuk mendapatkan biasswa JPA semasa degre?

    plez..nk taw sngat jawapan

  24. nilam says:

    Nur,
    1. Biasanya tawaran permohonan biasiswa JPA PIDN akan dibuka pada bulan Jun.
    2. Setahu saya tidak kerana pemberian biasiswa adalah berdasarkan merit akademik pemohon.

  25. nazrul says:

    tania said..

    betul tue.. bagi graduan undang2 luar negara, u have to sit for Certificate in Legal Practice under bar council. i’m not sure how long this programme will take but i think maybe for a year.

  26. nilam says:

    Nazrul,
    Terima kasih dengan maklumat tersebut.

  27. Ying says:

    hi,apakah syarat-syarat permohonan biasiswa JPA?

  28. candyroxx says:

    salam..
    nak tanye, bila tawaran jpa akan dibuka?
    dlu sy da apply jpa, tp mungkin da xde rezeki sy xdpt..
    rayuan pn sy xwat, so mmg xdpt la kan..
    baru2 nie for 2nd sem result sy agak memuaskan dan meningkat lg dr result 1st sem..
    erm, harap sgt dpt biasiswa jpa, cz sy mmg xmohon ptptn..

  29. AINA says:

    salam..saya nk tau,bl lagi pemohonan akn kuar?

    skrg ni sy dh nk msk sem 2 d politknik

  30. nilam says:

    Ying,
    Sila rujuk maklumat di atas.

    Candyroxx dan Aina,
    Salam… Biasanya pada bulan Jun setiap tahun.

  31. SANGARI says:

    salam,saya adalah pelajar upper 6 (form 6). Bagaimanakah saya boleh dapat biasiswa?

  32. nilam says:

    Sangari,
    Salam… bagi pelajar tingkatan 6 sila berhubung dengan guru kaunselor anda.

  33. safuan says:

    assalamualaikum..
    sy bru abis part 1 diploma kejuruteraan..
    pointer pon layak tok apply biasiswa..
    masalahnye tarikh permohonan sudah tamat..
    jdi bile saya ble aplly lgi?

  34. XIX Dragunov says:

    1) hi nilam, sy nk tny, sy amik course computer science..kira mcm IT la… so layak ke course ni nk mintak jpa?

    2) hi…sy skrng pelajar first year sem ke2, so nk la try mintak jpa nih… ari 2, pointer dapat dlm 3.5, so maybe lepas kowt… tp jpa pny permohonan ni start dlm bulan julai kn? so, nnt klu nk apply, kene bg result ntuk first sem je, atau kene bg second sem skali…sbb sy x tau la mase 2 da kuar result ke

  35. nurul says:

    acctly due date utk apply biasiswa jpa untk taun nie ble?
    yg sy bce before julai 2009 sedangkn skg da 2010??
    conpius………….

  36. cha says:

    assalamualaikum..
    1. Adalah terdapat scholarship JPA untuk smbung ke Master di dalam negara/ luar negara, jika sebelum ini semasa degree saya tidak memohon biasiswa tajaan JPA. Adakah saya mempunyai peluang untuk memohon biasiswa JPA di peringkat master?
    2. Jika ada,,apakah syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan untuk mendapat tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat Master sama ada di dalam/luar negara
    Terima kasih….

  37. nilam says:

    Safuan,
    Salam… Jangan bimbang kerana anda boleh mohon tahun ini dan permohonan dijangka akan dibuka dalam bulan Jun nanti.

    XIX Dragunov,
    1. Jika boleh dikategori di bawah Teknologi Maklumat sepatutnya boleh.
    2. Anda boleh menggunakan keputusan semestar 1 jika pada tarikh tutup keputusan semestar 2 belum diumumkan.

    Nurul,
    Maklumat di atas adalah untuk permohonan sesi 2009/2010. Manakala permohonan untuk sesi 2010/2011 cuma dijangka akan dibuka pada bulan Jun nanti.

    Cha,
    Salam… Setahu saya hanya mereka yang pernah ditaja oleh JPA sahaja akan dipertimbangkan untuk pembiayaan di peringkat sarjana. Walaupun begitu anda boleh menghubungi JPA di talian 03-8885 3416 untuk kepastian.

  38. lin says:

    Salam..
    saya nk tanye..
    kalo saya dah memohon JPA luar negara, blh ke lg saya memohon JPA dalam negara??

  39. Eja says:

    salam, nak tanye ni..sy plajar lpsn spm 2009.. lps result klua saye hampe sbb x mmnuhi syarat klayakn.. spm kne dpt 7A but sy dpt 5A je..n sy tekad nk blaja btul2 utk dpt pointer 3.5 keatas.. tp saye kiru siket..klu sy dpt biasiswa sbb first year result sy cmrlg, adekh sy still akn dpt biasiswa untuk next year? i mean, klu resul tahun kdue sy kurg cmrlg, adekah biasiswa sy akn ditarik? or tiap2 thun kne isi borg JPA?

  40. iman inside says:

    biLa sbenarnya twaran biasiswa utk lepasan mtrikulasi o9/10 dibuka???
    takut ktinggalan…

  41. iman inside says:

    ble sebenarnya tarikh pmohonan biasiswa utk lepasan matrix dbuka???
    takut ttggal cm spm aritu…

  42. sY= says:

    Salam…sy dpt 6 a dlm ppriksaan spm thun lpas…jdi kalu kat matriks or asasi 6ti sy leh dptkn pointer 3.5 ke ats…adakh sy layak untuk memohon biasiswa ini bgi melanjutkn pelajarn di peringkt ijazah??..

  43. nieyl says:

    nak tanya adakah iklan tawaran hanya dlm internet?dlm suratkhabar akn disiarkan x?

  44. nilam says:

    Lin,
    Salam… Memang boleh.

    Eja,
    Salam… Tahniah kerana anda mempunyai keazaman untuk membaiki diri anda. Berkenaan dengan biasiswa sememang ada syarat pencapaian minimum yang perlu anda kekalkan disepanjang tempoh pengajian. Anda tidak perlu mengisi borang permohonan setiap tahun cuma perlu melaporkan keputusan anda kepada JPA. Jika keputusan tidak mencapai tahap yang ditetapkan, biasanya biasiswa tidak ditarik serta merta tetapi anda diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membaikinya di semestar berikutnya.

    Iman Inside,
    Bagi PIDN biasanya dalam bulan Jun selepas anda mendapat tawaran ke IPTA. Bagi dari syarikat atau badan-badan lain tawaran akan dibuka dari masa ke semasa, anda boleh rujuk di kategori Biasiswa.

    Sy=,
    Salam… Memang anda akan layak untuk memohon biaisiswa.

    Nieyl,
    Iklan tawaran biaisiswa juga akan disiarkan di akhbar-akhbar utama.

  45. sah says:

    salam..nak tanyer….bile permohonan biasiswa jpa 2010/2011 di keluarkan?

  46. nilam says:

    Sah,
    Salam… Biasanya permohonan bagi PIDN akan dibuka dalam bulan Jun.

  47. penatian itu seksa says:

    salam..nk min tak kepastian..
    sy pljr semester 2 program ijazah sarjana muda perakaunan di uitm,pd semster satu cgpa sy adalh 3.8,,adkh sy layk untk memohon biasiswa jpa?dan bila agk2 tarikh permohonannye dibuka and web ape? tqqq

  48. penantian itu seksa says:

    sy pljr semester 2 prgram ijazh sarjan muda perakaunan,dgn result 3.8 pd semester 1,blh atau x kalau sy nk mohon pd next permohonan??bila agk2 tarikh permohonan jpa dibuka n web ape??tqq

  49. aril says:

    sye lpasan spm..sye lepas syarat kelayakan bg student spm..
    tpi sye lmbt tok memohon..rse kecewa juga hati nie..
    bleh tolong suggest x mane biasiswa yang masih blom close date???
    plz…

  50. saiful says:

    salam.. sya pelajar semester 5 program ijazah sarjana muda perancang bandar..bila agak2 tarikh permohononan ijazah untuk dalam negara buka utk thu 2010?

  51. hayati says:

    salam… saya telah memperolehi PNGK 3.70 di dalam bidang syariah ketika di peringkat diploma.. nk tnye, boleh tak sekiranya saya memohon biasiswa ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda syariah di Jordon?? harap dapat memberikan jawapan dengan segera.

  52. hayati says:

    salam..
    bolehkah saya memohon biasiswa j.p.a di dalam pengajian syariah untuk ke jordon di peringkat ijazah memandangkan saya memperolehi PNGK 3.70 di peringkat diploma syaria.. mohon penjelasan..terima kasih,,

  53. hayati says:

    mohon penjelasan

  54. Azwan says:

    salam, saya ingin bertanya. saya sekarang pelajar perubatan di UPM dan masuk pada sesi kemasukan 2005/2006. pada masa itu saya tidak berkesempatan mengambil biasiswa JPA, dan saya mengambil PTPTN untuk kewangan saya. saya sepatutnya tamat pengajian pada tahun ini iaitu pada May 2010. tetapi saya bernasib agak malang kerana terpaksa melanjutkan pengajian hingga ke tahun hadapan iaitu sehingga May 2011. pinjaman PTPTN saya telah berakhir pada May 2010, jadi saya tidak akan mendapat pinjaman untuk 2 semester lagi. PTPTN hanya memberi pinjaman untuk 5 tahun, tetapi saya ada setahun lagi untuk menamatkan pengajian. adakah saya layak memohon biasiswa JPA, memandangkan saya mengambil kursus perubatan ? terima kasih

  55. shahirina says:

    salam..sya stdnt yg dpt smbg ijzh trs tnpa prlu hbskn dploma (ISM)..sy msk sesi dis 2009 (part2) n sesi julai 2010 ni sy part3..ad x twrn biasiswa utk stdnt cm sy..??

  56. askree says:

    untuk yang baru abes matriks/asasi nak amek JPA schollar… sila kunjungi blog ini
    http://kumbang-hitam.blogspot.com/2010/05/schollarship-for-medical-student-in.html

  57. daya says:

    assalamualaikum wbt..saye merupakan pelajar sains sukan dr uitm.sy terpilih utk mengikuti kursus ini kerana saye pernah mewakili byk pertandingan kebangsaan. sekarang saye tidak lg bergiat aktif dlm bidang sukan spt dulu krn ingin menumpukan pelajaran.oleh itu saye tidak dpt biasiswa sukan. sy mendpt keputusan yg agak baik pd sem lpas.sy ingin tahu,adakah mane2 biasiswa yg di tawarkan bg pelajar kursus sains sukan? ini kerana saye tidak pernah tau mengenai biasiswa utk kursus spt sy.

  58. werty says:

    salam..sy ingin tahu.sy lepasan matrik 09/10 dn pointer sy 3.55. jika sy menyambung degree dlm bidang optometri atau dietetik iaitu dalam kategori sains kesihatan,layakkah sy memohon PIDN?

  59. Faez says:

    tumpang tanye bile Tajaan utk tahun 2010/2011 ni akan keluar..utk makluman saye lepasan matriks sesi2009/2010..bru dpt twaran ke usm utk pengajian farmasi…ijazah pertama sepenuh masa…

  60. cma89 says:

    salam…sy student spm 2006 dan sekarang tengah menunggu keputusan untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah dalam negara…sy ingin bertanya bila agaknya tarikh permohonan biasiswa jpa untuk sesi 2010/2011…adakah sy mempunyai peluang untuk membuat permohonan??

    • Azhad Nilam says:

      Jika anda memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda layak untuk memohon. Walaupun begitu sila semak semula syarat bagi tawaran 2010 yang akan dikeluarkan nanti.

  61. Hung says:

    salam…saya pejalar tahun ke-dua dalam bidang seni reka di UNIMAS, umur saya 25 pada 14hb Jun tahun ini. Adakah saya layak dapatkan biasiswa JPA dengan png saya 3.57 sem 2 tahun pertama?

    • Azhad Nilam says:

      Jika syarat tahun lepas dikekalkan mereka yang berumur lebih 25 tahun pada 1 Julai 2010 tidak layak memohon. Umur anda pada 1 Julai adalah 25 tahun 15 hari, saya tidak pasti anda layak @ tidak. Sila berhubung dengan pihak JPA untuk kepastian.

      • Hung says:

        thanks. blh saya minta no jpa yg brtul2 berfungsi?saya pernah call no yg dipapar dlm website jpa xpi x pernah ada org jawab.

  62. ss says:

    boleh ke klu sy mohon 2 biasiswa dlm 1 masa untuk mengelakkan sy dri xdpt mne2 biasiswa???

    • Nilam says:

      Sepatutnya tidak ada halangan untuk memohon lebih daripada satu. Walaupun begitu antara JPA dan MARA rasanya tidak boleh, harap mereka yang ada maklumat berkongsinya di sini.

  63. emylia says:

    salam sy nak tanya ni,saya ambik coz banking di uitm n dapat 3.85 sekarang sem 2..blh tak saya dapat tajaan biasiswa jpa,bukan apa syarat kelayakan untk dapat tajaan or biasiswa coz banking x ada?blh tak sesiapa tolong sy..sy nak mintak sgt biasiswa… soalanya:coz banking blh pohon tak?
    plzzz

  64. Hazwani says:

    Salam, saya pelajar tahun pertama dan semester lepas saya telah mendapat GPA 3.458. Namun begitu syarat kelayakan adalah 3.50. Besar kemungkinan adakah peluang saya untuk mendapat biasiswa JPA?

  65. arenamed13 says:

    salam.. saya konfius la kat mane nak dapatkan borang? borang online pun saya x nampak kat mane nak access. kawan saya cakap borangnya belum keluar lagi tapi tengok orang2 yg reply kat atas macam dah isi je.. tolong la saye.. borang untuk tawaran biasiswa jpa pengajian dalam negara sesi 2009/2010.

  66. adilah shuhada says:

    salam. senarai kursus yg layak untuk terima biasiswa ni berubah ke setiap tahun?

  67. jazwani says:

    adakah pengumuman berkenaan biasiswa jpa pengajian dalam negara sesi 2010/2011 telah di keluarkan?

  68. rozaime says:

    salam..sya pelajar UiTM semester ke2..program diploma dlm jurusan engineering..nak tahu ada tak biasiswa JPA untuk peringkat diploma..
    CGPA saya 3.72…adakah sya layak memohon??
    terima kasih..

  69. afiq says:

    salam, nak tnye ckit.. permohonan 4 biasiswa dlm ngra 2010/2011 da open ke…? tlng respon…

  70. nice name says:

    hi..
    saya lepasan matrikulasi 2009/10 dan cgpa sye 3.79..
    twrn biasiswa jpa tuk ijazah ble dibuka atau sudh ditutup?

  71. fatin syazwin bintiche mazlan says:

    salam. saya nak tanye bila permohonan akan dibuka untuk 2010?

  72. Hung says:

    blh x saya minta no telefon pihak jpa yang betul2 berfungsi.Sudah 3 hari saya cuba contact tapi xde pun orang angkat. kredit telefon dah banyak habis sebab lama tunggu operator dalam sistem talian angkat tapi xde orang juga angkat…

  73. ammarolwan says:

    cmne nk apply ek? sume link "semakan" jer..

  74. sofiah binti othman says:

    adakah twran biasiswa jpa tlh dibuka utk sesi 2010/2011

  75. mira says:

    bile yer biasiswa sesi 2010/2011 akn dibuka???atau dh buka?

  76. hmm,,
    kalau untk plajar politeknik bole mohon tak?

  77. fairuz says:

    bl tawran jpa 2010/2011 akan dbuka??
    biasanya stau saya spt taun2 lpas dbuka ujung jun tp knpa macam xder brita jer skrang?
    anyone know?

  78. aqel says:

    jpa bukak awal july nie.

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives