Biasiswa Yayasan Hong Leong 2009

Syarikat Kumpulan Hong Leong, menerusi Yayasan Hong Leong menawarkan program biasiswa setiap tahun kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah dalam usaha untuk membantu masyarakat Malaysia merealisasikan bakat sepenuhnya melalui pendidikan.

Jurusan Pengajian

Permohonan yang berjaya akan menerima bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke tahap Diploma atau Ijazah di dalam jurusan yang berikutnya:

  • IT, Komputer Sains dan Multimedia Kreatif
  • Perakaunan / Pengurusan dan Kewangan
  • Pengurusan Hotel
  • Sains Aktuari
  • Sains / Sains Gunaan
  • Perniagaan
  • Komunikasi Massa
  • Undang-Undang
  • Kejuruteraan
    – Aeronotikal dan Keangkasawanan, Elektronik, Elektrikal, Komputer, Komunikasi, Mekanikal, Mekatronik, Kimia, Alam Persekitaran

Pusat Pengajian

Pusat Pengajian yang diterima adalah di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS (Swasta) yang diiktiraf oleh Kerajaan termasuk Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR College), Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT), Taylor’s College, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Limkokwing University College of Creative Technology, Monash University (Kampus Malaysia) dan Universiti Multimedia.

Kelayakan

  1. Umur antara 17 dan 25 tahun.
  2. Pencapaian cemerlang dalam akademik
    • SPM – sekurang-kurangnya 5A dan lulus 2 mata pelajaran dari sekurang-kurangnya 7 mata pelajaran
    • STPM – sekurang-kurangnya 3A dan lulus Kertas Pengajian Am
    • CGPA – sekurang-kurangnya 3.5 untuk Diploma atau Matrikulasi
  3. Menampilkan kualiti kemahiran kepimpinan menerusi penyertaan aktif di dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
  4. Tidak menerima tawaran biasiswa/bantuan kewangan dari mana-mana Institusi Pangajian dan pertubuhan lain
  5. Mendapat atau menunggu tawaran untuk memasuki mana-mana salah satu Institusi-Institusi yang tersebut di atas.

Permohonan

Borang-borang permohonan boleh didapati:

  • dari semua cawangan Hong Leong Bank Berhad di Malaysia pada waktu perniagaan bank.
  • melalui laman web Yayasan Hong Leong.
  • dengan menulis ke alamat di bawah – bersertakan juga sampul surat beralamat sendiri serta setem 50sen
    Hong Leong Foundation Scholarship Programme
    Level 8, Wisma Hong Leong
    18 Jalan Perak
    50450 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup

  • Tarikh penyerahan permohonan ialah 20 April 2009.
  • Hanya calon-calon yang layak akan dihubungi. Borang-borang yang tidak lengkap atau diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sila rujuk laman web Yayasan Hong Leong untuk mendapatkan maklumat lanjut.

25 thoughts on “Biasiswa Yayasan Hong Leong 2009

  1. encik/cik nilam

    apa maksud “sekurang-kurangnya 5A dan lulus 2 mata pelajaran dari sekurang-kurangnya 7 mata pelajaran” ?

    sy x berapa faham. maaf jika menyusahkan.

    harap maklum balas.

    thanks.

  2. satu lagi pertanyaan berdasarkan kelayakan :-
    “Tidak menerima tawaran biasiswa/bantuan kewangan dari mana-mana Institusi Pangajian dan pertubuhan lain”

    adakah ptptn juga kita x bole terima?

  3. YA..SYE JUGA INGIN MEGEMUKAKAN PERTANYAAN SPRTI PI SAID..

  4. sekarang saya kat matrik lagi utk sem2 ..jadi saya da boleh apply ke utk biasiswa ini? klu bleh gune result sem1 je ke?

  5. Pi dan Fahana,
    Anda perlu mendapat sekurang-kurangnya lima matapelajaran A (A1 @ A2) dan dua matapelajaran yang lain pula sekurang-kurangnya lulus. Lima dan dua matapelajaran ini mestilah matapelajaran yang berbeza.

    Jika anda berjaya mendapat biasiswa ini, semua bantuan kewangan yang lain termasuk PTPTN perlu dilepaskan.

    Azimah,
    Mereka yang sedang dan akan menuntut di peringkat A-levels, Foundation atau Matrikulasi tidak layak untuk memohon.

  6. sekiranya saya inginmenyambung pelajaran saya di masterskill university college of health untuk course medical labratory technology boleh ka saya memohon biasiswa ini…

  7. Gadis,
    Masterskill University College Of Health tidak tersenarai tetapi untuk kepastian sila hubungi Hong Leong di talian 03 2164 8228.

  8. salam…..sya nk tnye…jika sy berminat untuk mengambil jurusan dlm aviation management dan melepasi syarat2….bolehkah sya memohon biasiswa ini?

  9. sy dpt tawaran matrxx..
    bleh ker klu sy nk mohon??

  10. Sem,
    Salam… Saya rasa anda boleh memohon.

    Fatin,
    Mereka yang sedang dan akan menuntut di peringkat A-levels, Foundation atau Matrikulasi tidak layak untuk memohon.

  11. macam mana kita nk tau keputusan temuduga biaisiswa nih?

  12. SEM,
    Sila hubungi Hong Leong di talian 03 2164 8228 untuk maklumat lanjut.

  13. salam…saya baru tahu mengenai biasiswa ni,, adakah saya masih berpeluang memohonnya melalui cara lain?? tarikh permohonan sudah tutup.

  14. Mimiey,
    Anda perlu menunggu bila permohonan dibuka lagi di masa hadapan.

  15. when the new date to aply this scholarship…
    tahun depan ke???

  16. Shidah,
    Saya sendiri tidak pasti tapi mungkin juga tahun hadapan. Cuba hubungi Hong Leong di talian 03 2164 8228 untuk maklumat lanjut.

  17. sy student lepasan matrik08/09 ,ingin memohon biasiswa untuk ijazah pertama. tapi biasiswa semua dah tamat tempoh. sy terlepas tarikh permohonan.. dan sekarang sangat risau.
    ada cadangan untuk mana2 biasiswa lain? atau sy kena mintak ptptn dulu?

  18. Nur,
    Jangan risau pasti ada lagi tawaran biasiswa yang akan dikeluarkan. Mungkin anda boleh dapatkan PTPTN dahulu kemudian berusaha mendapatkan biasiswa lain jika keadaan kewangan agak terhad. Biasanya ada juga tawaran biasiswa/pinjaman yang dimaklumkan terus ke universiti, jadi anda boleh memohon apabila sudah masuk universiti nanti.

  19. Saya dapat keputusan melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah pada 13.6.2009.Saya ingin memohon biasiswa ini tapi tarikh dah tutup.tidak kah ada kelonggaran untuk pemohon pemohon intake sessi Julai?

  20. Tisya,
    Setahu saya tidak ada, memang biasanya biasiswa-biasiswa dibuka permohonannya pada awal tahun.

  21. saya nak tanye.. lepasan asasi ipta pon leh apply gak ker?

  22. Nazrul,
    Sepatutnya memang boleh.

  23. adakah saya boleh memohon pada tahun hadapan iaitu pada tahun ke dua diploma….?dan menggunakan keputusan spm atau sem yg terbaru…..?terima kasih…

  24. Lemon,
    Anda boleh memohon pada tahun hadapan dengan menggunakan keputusan semestar yang terbaru.

  25. bile lagi bukak ea?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.