Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2009.
Bidang Pengajian
Program Universiti Luar Negara
- Ijazah Sarjana Muda:-
• Kejuruteraan Elektrik Kuasa
• Kejuruteraan Mekanikal
• Kejuruteraan Awam
• Perakaunan
Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Asas Kejuruteraan:-
• Kejuruteraan Elektrik Kuasa
• Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
• Kejuruteraan Mekanikal
• Kejuruteraan Awam
• Sains Komputer - Asas Bukan Kejuruteraan:-
• Teknologi Maklumat
• Perakaunan
• Kewangan
• Pengajian Bisnes
Syarat Am
Program Universiti Luar Negara
- Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2009
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
- Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2009
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
- Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
- Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
- Telah memohon kemasukan ke UNITEN
Kelayakan Akademik
Program Universiti Luar Negara
Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Lulus peperiksaan SPM 2008 dengan mencapai sekurang-kurangnya 4B dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi 1A/2A serta mendapat aggregat tidak melebihi 10 dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
Kejuruteraan
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
• Matematik
• Matematik Tambahan
• Fizik
• Kimia
• Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab(Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah IslamiahPerakaunan
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
• Matematik
• 3 subjek pilihan dari berikut:-
Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi
• dan 1 subjek pilihan dari berikut:-
Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab(Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah - Calon-calon yang terpilih akan mengikuti kursus persediaan dalam negara.
Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
- Lulus STPM 2008 dengan mencapai gred A (NGMP 4.00) dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
Kejuruteraan
• Pengajian Am
• Fizik
• Kimia
• Matematik T / Matematik Lanjutan TPerakaunan
• Pengajian Am
• Perakaunan
• 2 subjek pilihan lain - Serta lulus SPM dengan mencapai sekurang-kurangnya 4B dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi 1A/2A serta mendapat aggregat tidak melebihi 5 dalam 4 subjek berikut:-
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
• Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Lulus SPM 2008 dengan memperolehi 1A/2A dalam subjek-subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat aggregat tidak melebihi 12 dalam 6 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-
Kejuruteraan
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Matematik Tambahan
• Fizik
• Kimia
Bukan Kejuruteraan
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• dan 3 subjek pilihan dari berikut:-
Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
Cara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui alamat laman web seperti berikut: http://yayasan.tnb.com.my/sam
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
- Bilangan biasiswa adalah terhad. Hanya calon-calon yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac 2009.
Sila rujuk kepada pengumuman Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional untuk maklumat lanjut.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!Related posts
Sponsors







salam..
rmi yg nk tau psl program asasi di uia ni,,
trmsuk sy,tlg jwb dgn sgera,,
sy nk tau lbih psl asasi sains kesihatan bersekutu,
can u explain emmediately?