Tarikh Keputusan Permohonan Ke Matrikulasi Sesi 2009

TERKINI : Cara membuat semakan permohonan ke Kolej Matrikulasi PST Sesi 2009/2010

Para lepasan SPM 2008 yang telah membuat permohonan ke Matrikulasi KPM Sesi 2009/2010 dijadualkan boleh menyemak keputusan permohonan mereka pada 17 April 2009 ini bagi program satu tahun.

Mereka yang berjaya akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 11 Mei 2009. Di sana satu Program Minggu Pengurusan Pelajar Baru akan berlangsung selama tujuh hari.

Mereka yang tidak berjaya boleh membuat rayuan mulai 17 April sehingga 30 April 2009. Keputusan permohonan rayuan dijangka akan diumumkan pada 22 Mei 2009.

Mereka yang berjaya dalam proses rayuan ini akan dikehendaki mendaftar ke Kolej Matrikulasi masing-masing di antara 25 Mei sehingga 29 Mei 2009. Mereka yang menangguhkan pengajian dan pelajar yang mengulang juga akan mendaftar dalam tempoh yang sama.

Sementara itu mereka yang diterima masuk ke Matrikulasi bagi program dua tahun pula akan mengetahui keputusan permohonan mereka pada 3 Jun 2009. Mereka yang berjaya perlu datang mendaftar ke Kolej Matrikulasi yang telah ditentukan pada 15 Jun 2009.

Semua semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi sesi 2009 ini boleh dibuat di laman web Pra Universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Reblog this post [with Zemanta]

Related posts:

  1. Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  2. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009
  3. Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2008
  4. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
  5. Permohonan Kemasukan IPTA Sesi Akademik 2009/2010 Lepasan Matrikulasi Dan Asasi

Subscribe / Share

Article by Azhad Nilam
ePutra cuba membantu menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia. Semua maklumat di sini boleh digunakan semula tetapi sila buat pautan atau rujukan kepada ePutra.com. Terima kasih.
Azhad Nilam tagged this post with:
, , , ,
Read 483 articles by

243 Comments

  1. lemon says:

    balqis,
    yup!msa daftar nnti akan ada sesi khas utk pelajar tukar jurusan.sama macm kes awak tu..

  2. nilam says:

    Nurul91,
    Salam…
    1.Memang boleh, biasanya pihak MARA dan JPA ada datang ke kolej membuka pendaftaran pelajar berminat. CGPA yang diperlukan biasanya 4.00.
    2.Ini bergantung kepada anda, mungkin pembaca lain boleh memberi pendapat mereka.

    Fahana, aFiQue91, Lemon,
    Terima kasih…

  3. farah says:

    salam,cube tengok buku panduan m/s 2 no.iv…….dia kate mestilah disahkan…disahkan oleh sape erk???pengetua sekolah kita ker???

    yg borg perjanjian tu mmg dah ckp sape yg kene cop…cume yg m/s 2 tu jer yg x tahu …..so sape2 yg tahu,bagitahu laa yup…….TQ

  4. fahana says:

    farah,mgenai soklan awk..yup,tpat,ia juga boleh disahkan oleh pengetua sekolah..jaksa pendamai,penghulu, ketua kampg,pegawai daerah atau penolongnya…pegawai dan kakitangan kerajaan kumpulan pegurusan dan profesional yg ade cap rasmi nama jawatan dan jabatan ne,yg ni klaw ayh awk krja kat kementerian,boleh suh ktua d sahkan..smua pgshan ni msti gne cap rasmi jawatan…hope awk puas ati ngan pnjlsn ni…law nak thu lbih lanjut,cba blek kat bku panduan,m/s 10 bhgian (iii),ade sdkit prsamaan…

  5. farah says:

    oo..farhana yg m/s 10 untuk borang perjanjian kan…tapi yg tak de ckp pun…ker same jer..huhu

    urm,kalau sy cop yg salinan tu pengetua skolah saye ,then yg borang perjanjian tu guru besar(majikan mak saya)…boleh tak erk???

  6. Balqis says:

    slm,
    nak tanye sikit…
    ntuk borang matrik KPM tu
    kne amik pengesahan dr sape?
    Any suggestion?

  7. Balqis says:

    siapa yg layak jadi saksi ntuk borang matrik KPM?

  8. Balqis says:

    sijil2 yg kte kne lekat tu is that necessary need to be in A4 size?

  9. Balqis says:

    tq Farhana.ape perbezaan antara sains hayat dgn sains fizikal?kenapa org kata sains fizikal lebih senang drpd sains hayat?

  10. fadzillah says:

    Salam nilam,
    nak tnya sikit..bagi pengesahan salinan2 dokumen yg pnting 2 perlu disahkan tlebih dahulu sebelum proses pendaftaran atau semasa mendaftar kelak pihak matrik yg akan bantu utk sahkan salinan2 dokumen tsebut andai salinan tsebut blum disahkan swktu daftar..??

  11. nilam says:

    Farah,
    Harap jawapan Fahana dapat membantu. Saya rasa tidak menjadi masalah jika salinan dokumen disahkan oleh Pengetua sekolah anda dan borang penjanjian dengan majikan mak anda.

    Fahana,
    Terima kasih.

    Balqis,
    Tentang pengesahan dan saksi, harap jawapan Fahana di atas dapat membantu.

    Sains Hayat untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajara dalam bidang kedoktoran manakala Sains Fizikal untuk Kejuruteraan. Mungkin pelajar Sains Hayat @ Fizikal boleh menceritakan susah senang jurusan yang berkenaan.

    Mengenai saiz A4 itu saya tidak pasti pulak, harap ada sesiapa dapat membantu.

    Fadzillah,
    Salam… Saya rasa salinan dokumen tersebut perlu disahkan sebelum anda datang mendaftar.

  12. izz says:

    adakah sye layak..;(.?????????????

    tolng kire kn..

    bm- a1
    mate-a1
    admte-c5
    fizk-c6
    kmia-c6
    bio-d7
    sj-b3
    pai-a2
    bi-c5

    adkah sye lyk.?????? ;(

  13. nurul says:

    Balqis,
    Ye,Balqis..semua sijil2 tu mesti dlm bentuk A4 kecuali yg salinan kad pengenalan sbbnya yg itu kena gunting mengikut spesifikasi yg dtetapkan…hehehe…kalau salinan sijil yg brsaiz a4 tsbut x muat dlm borang…anda boleh melipatnya dgn kemas…

  14. lemon says:

    izz,merit awak 18..maaf,merit utk pelajar satu tahun sesi 2009/2010 adalah 14 dan ke bawah

  15. saiyidah says:

    hah?!! (’0′)
    alamak..cam ne nih???
    nurul,sy dah gunting la sijil2 lain tu…
    adoi..! how? what can i do..??

  16. nurul says:

    Owh ye ke,saiyiddah…hmm,sy pun x brapa sure sgt sama ada sijil2 lain tu perlu gunting atau x..cuma time abg sy dulu..dorng main lipat je..hehehe…x ade pulak dorg gnting ikut saiz yg borang tu muat..cuma ic je yg perlu gnting..tp sy mmg x pasti lah..sbb sy ikut yg abg sy buat..mayb ada org lain kat sini yg lebih tahu..

  17. Balqis says:

    tq nurul…

  18. Balqis says:

    salam

    bila masuk matrik boleh apply utk biasiswa JPA tak???
    sebab nanti kat sana dpt elauns..

  19. COCO says:

    lemon,
    mcm mne awak tahu merit untuk pst 14 ke bawah..??
    ke ada kwn2 awak yg dpt merit 14 yg bley masuk pst ke?

  20. fahana says:

    buat farah..hope jwpn nilam mmbntu..

    buat balqis,mmg rmai yg kte s.fzkl lgi sng,coz xprlu stdy bio,tpi bgi sye,i2 brgntung pde dri awk,tntg sjauh mner kmmpuan dlan sbjk bio or fzik…klaw awk rse boleh dln sbjk bio,just go on n xpyh dgr ckp2 org yg mngtakan s.hyt ni ssh…klaw awk da ttpkan ssua2,awk akn trus brusha ke arh tu..

  21. fahana says:

    mm..nka tnyer..kat orientasi mtrik,ade x bab penderaan cnth nye,suh nynyi2 ke..

  22. aFiQue91 says:

    balqis,
    bile kat m3x ..pljr2 yg dpt 9a keatas (subjek tertentu)…akan dpt memilh utk ambil elaun m3x atau biasiswa jpa….x bley amik dua-dua……pilih satu jer…

  23. lemon says:

    hari tu dlm blog nih dah da yg ckp sal merit tu coco..

  24. nabila says:

    hehe…knape kawan saya meritnye 15 dpt…

    btol ker,,salinan yg die nak tu mesti dalam saiz A4??tak de ckp pun..huhu

  25. nilam says:

    Balqis, Saiyidah dan Nabila,
    Saya rasa kalau sijil2 tersebut boleh disusun dengan kemas dan mudah disemak tidak kiralah saiznya samada ianya dipotong atau dilipat, melainkan ada garis panduan yang menyatakan sebaliknya.

    Lemon, Coco dan Nabila,
    Saya pun tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai markah merit tahun ini. Mungkin bila anda semua mendaftar nanti boleh mendapatkan dan maklumkan di sini. TQ.

    Fahana,
    Mungkin bekas pelajar Matrikulasi boleh tolong menjelaskannya.

    AfiQue91,
    Saya tidak tahu pelajar matrikulasi akan ada yang ditawarkan biasiswa JPA. Biasiswa ini kalau terus disambung ke peringkat pengajian ijazah tentu memudahkan pelajar berkenaan.

  26. caer says:

    Salam.
    boleh siapa2 jwb soalan saya.
    saya tiggal di taiping, perak.
    dan saya memohon matrik penang,perak dan pahang.
    tp malang skali sy dpt matrik labuan. saya rs ada ksilapan.
    boleh x nilam bgtau cra2 nk tukar matrik.

    sbb jauh sgt la matrik labuan. kos perjalan dh la mhl.

  27. nilam says:

    Caer,
    Salam… Setahu saya jika mereka dari Semenanjung dapat tempat di Sabah/Sarawak atau sebaliknya akan diberi tiket penerbangan percuma.
    Cuba berhubung dengan pihak Matrikulasi untuk mendapatkan penjelasan.

  28. Balqis says:

    salam…
    boleh x saya dapatkan saksi utk brg perjanjian matrik drpd seorang doktor?

  29. lolita says:

    salam,
    saya tak dpt diterima masuk ke matrik PST dan kputusan UPU sy telah diterima msk utk progrm diploma .
    sy da buat rayuan utk progrm matrik dan diberitahu ada kemungkinan sy dpt msk ke matrik PDT .
    klu sy sahkan utk menerima tawaran diploma adakah itu akan menjejaskan peluang sy utk memasuki PDT?

  30. nilam says:

    Balqis,
    Salam…. Saya rasa tidak menjadi masalah.

    Lolita,
    Salam… Saya sendiri tidak pasti sebab Kementerian Pengajian Tinggi hanya menyatakan jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi KPM, nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA oleh UPU. Mungkin anda boleh berhubung dengan pihak Matrikulasi untuk mendapatkan penjelasan.

  31. ryu says:

    salam…nilam saya ada beberapa soalan, adakanh saya berpeluang ditawarkan PDT dengan keputusan spm ini
    bm-2A
    bi-4B
    pislam-2A
    sej-2A
    math-1A
    add math-5C
    fiz-8E
    kim-5C
    bio-5C
    est-6C
    mata demerit saya ialah 16…adakah saya boleh masuk aliran sains fizikal

  32. nilam says:

    Ryu,
    Salam… Anda tidak berpeluang untuk memasuki aliran sains kerana Fizik anda 8E kerana kelayakan minimum adalah 6C. Walaupun begitu anda mempunyai peluang untuk memasuki jurusan perakaunan. Bergantung kepada mata merit untuk pengambilan tahun ini, tahun lepas mata merit untuk PDT antara 13-15.
    Sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009.

  33. maxi says:

    benarkah pihak matrikulasi memilih pelajar berdasarkan mata merit kerana beberapa orang rakan sya mata merit mereka melebihi syarat yang ditetapkan tetapi berjaya memasuki matrikulasi pst . manakala ada pula yang mata merit mreka menepati syarat tetapi tidak brjaya memasuki matrikulasi.

  34. nilam says:

    Maxi,
    Mereka yang memohon matrikulasi mula-mula perlu memenuhi syarat kelayakan minimum (sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2009) kemudian baru dilihat kepada markah merit. Markah merit ini berubah-ubah setiap tahun, tahun lepas untuk PST mesti 12 dan ke bawah. Tahun ini belum pasti tetapi dikatakan 15 dan ke bawah.
    Penglibatan ko-kurikulum juga dikatakan mempengaruhi keputusan permohonan.

  35. mlih says:

    dr dlu lg ke kemasukan matrik ni pakai merit sebegini….

    MM-1A
    MT-1A
    FZ-1A
    KM-3B
    Rekacipta -2A

    So merit saya 6????adakah no matrik disusun berdasarkan merit???
    Adakah subjek Rekacipta dikira untk merit???

  36. liyana says:

    admat 5
    fiz 5
    bio5
    mat 1
    kim6
    merit kwn sy yg 15 dpt mtrik sthn
    my merit is 16..
    hrp2 ade peluang ke mtrik gk
    doakn sy yer……

    p/s:mcm x ptt je sy wi koment cmni
    but sory..hehe

  37. nilam says:

    Mlih,
    Ya merit anda adalah 6. Berkenaan nombor matrik itu saya tidak tahu pula. Begitu juga dengan matapelajaran Rekacipta kerana mata pelajaran yang diambil kira bagi Jurusan Sains untuk pengiraan merit adalah Matematik, Matematik Tambahan dan dua mata pelajaran sains terbaik daripada Kimia / Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik & Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan)

    Manakala bagi Jurusan Perakaunan pula mata pelajaran yang diambil kira ialah Matematik, Matematik Tambahan dan dua (2) mata pelajaran terbaik daripada Prinsip Perakaunan/ Perdagangan/ Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik & Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan).
    Saya tidak ada maklumat untuk Jurusan Teknikal yang baru bermula tahun ini.

    Liyana,
    InsyaAllah… akan dapat.

  38. Ain says:

    PDT akan mengambil masa selama 4 semester dengan corak pembelajaran yang berbeza sedikit daripada Program Matrikulasi Satu Tahun (PST). Pelajar PDT dikehendaki mengikuti salah satu daripada dua modul yang disediakan pada tahun pertama pengajian matrikulasi. Pelajar yang mengambil Biologi dalam SPM dikehendaki mengambil modul 1 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Biologi dan Bahasa Inggeris. Manakala modul 2 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Sains Komputer dan Bahasa Inggeris bagi pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM

    SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM DUA TAHUN (SAINS SAHAJA)

    1. 6C Bahasa Melayu
    2. 6C Bahasa Inggeris
    3. 6C Matematik
    4. 6C Kimia
    5. 6C dalam dua (2) mata pelajaran daripada kumpulan berikut:

    i. Matematik Tambahan

    ii. Fizik

    iii. Biologi

    iv. Mata Pelajaran Teknik – satu sahaja (PKA / PKM / PKE / TK)

    1. 7D Matematik Tambahan

  39. nilam says:

    Ain,
    Terima kasih.

  40. AzaMAN says:

    Good mornin’ nilam
    I’m a former pst stdnt at MMC, Malacca in 2008
    now i’ve been an expected toll of a wholly unsatisfactory result
    but d good news is i’m allowed to repeat for 2009 session.
    D only thing that impeding me from doing it is d absence of
    official result from matriculation site. I’ve been waiting for
    it till now. This is my only chance n i will be saddened if
    i don’t get it. Hope your understand mine.

  41. Gu Junpyo's Lover says:

    salam nilam..

    ni result sy..
    BM : 3
    BI : 4
    PI : 2
    Sej : 7
    Math : 1
    Add Math : 6
    LK : 6
    Phy : 7
    Chem : 6
    EST : 6

    sy x dpt matrik PST & upu..
    tapi still tggu rayuan..
    time sy check matrik PST, x tulis pun ada kemungkinan dpt PDT..
    so, sy mmg x dpt la..??
    based on my result, brapa markah merit sy..??

  42. nilam says:

    Azaman,
    Saya syorkan anda berhubung terus dengan KMM untuk mendapatkan penjelasan.

    Gu Junpyo’s Lover,
    Salam… Jika tak ada penyataan untuk ke PDT kemungkinan anda tak dapat. Walaupun begitu keputusan rasmi perlu tunggu pada 3 Jun 2009. Mata merit anda adalah 20.

Makluman

Peta Minda
Follow ePutra on Twitter
ePutra

Archives