Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010

Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengadakan sebuah pameran yang merangkumi 24 fakulti dari UiTM meliputi 300 program pengajian dengan tema “Expo Selangkah Ke UiTM“. Di ekspo ini adalah tempat yang paling ideal bagi calon mahasiswa untuk mengambil kesempatan mengetahui lebih lanjut tentang UiTM dan program pengajian yang ditawarkan.

Para calon mahasiswa boleh bertemu dan mendapat nasihat daripada kakitangan pengajar tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran di UiTM. Terdapat juga talimat daripada beberapa fakulti bagi menambahkan ilmu para pengunjung supaya lebih jelas dan dapat membuat pilihan program pengajian yang tepat.

Anda juga boleh menyemak program pengajian yang sesuai dengan keputusan peperiksaan masing-masing. Pendaftaran secara online juga disediakan. Sementara itu sekarang anda boleh juga menyemak kelayakan masuk ke UiTM secara online di Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program UiTM.

Ekspo ini akan berlangsung selama 2 hari dan terbuka kepada umum. Para pelajar lepasan SPM, STPM dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD amat digalakkan hadir,

Tarikh Dan Lokasi

13 Mac dan 14 Mac
Zon Lokasi Masa
Tengah Kompleks Belia & Kebudayaan Seksyen 7 Shah Alam 9.00 am – 6.00 pm
Utara Dewan Besar, UiTM Perlis 8.30 am – 4.30 pm
Pasaraya Tesco Alor Setar 10.00 am – 6.00 pm
Tesco Ektra Sungai Petani 10.00 am – 6.00 pm
Dewan Seminar PPD Jawi (13 Mac sahaja) 9.00 am – 4.30 pm
Dewan Seminar PPD Bukit Mertajam (13 Mac sahaja) 9.00 am – 4.30 pm
Dewan SMK Seri Balik Pulau (14 Mac sahaja) 9.00 am – 4.30 pm
SRK Tamil, Jalan Sungai, Jelutong (14 Mac sahaja) 9.00 am – 4.30 pm
Dewan Millinium, Kepala Batas (15 Mac sahaja) 9.00 am – 4.30 pm
Bangunan Gunasama Persekutuan Ipoh 8.30 am – 5.00 pm
Timur Perpustakaan Awam Dungun 9.00 am – 6.00 pm
Perpustakaan Awam Kuala Terengganu 9.00 am – 6.00 pm
Perpustakaan Awam Ketengah, Bukit Besi 9.00 am – 6.00 pm
UiTM Bukit Sekilau, Kuantan 9.00 am – 6.00 pm
Selatan UiTM Segamat 8.30 am – 5.30 pm
UiTM Johor Bahru – Kampus Bandaraya 8.30 am – 5.30 pm
UiTM Melaka – Kampus Bandaraya 8.30 am – 4.30 pm
Terminal One, Seremban 8.00 am – 6.00 pm
Borneo UiTM Sarawak, Kota Samarahan 9.00 am – 5.00 pm
Sandakan 8.30 am – 5.00 pm
Keningau & Nabawan 8.30 am – 5.00 pm
Kudat, Kota Marudu & Pitas 8.30 am – 5.00 pm
Beaufort, Sipitang & Membakut 8.30 am – 5.00 pm
Ranau & Telupid 8.30 am – 5.00 pm
Tuaran, Tamparuli & Kota Belud 8.30 am – 5.00 pm
Putatan & Pinampang 8.30 am – 5.00 pm
16 Mac dan 17 Mac
Zon Lokasi Masa
Utara Dewan Majlis Perbadaran Kemunting 8.30 am – 5.00 pm
Dewan Bandaraya Teluk Intan 8.30 am – 5.00 pm
Dewan Merdeka Majlis Bandaraya Manjung 8.30 am – 5.00 pm
Dewan Sri Iskandar, UiTM Perak 8.30 am – 5.00 pm
UiTM Machang 9.00 am – 4.00 pm
19 Mac dan 20 Mac
Zon Lokasi Masa
Timur Kompleks UMNO, Bukit Nangka, Jeli 9.00 am – 4.00 pn

Maklumat

Sila rujuk laman web UiTM atau hubungi 03 5544 3206 / 03 5544 2102 / 03 5521 1355 jika ingin mendapatkan maklumat lanjut.

3 thoughts on “Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010

  1. Jom! Nak pergi kampus ni… Arau.

  2. […] Ekspo Selangkah ke UiTM ini merupakan antara acara tahunan bagi UiTM bagi mempromosikan kemasukan calon-calon ke Universiti Teknologi MARA bagi […]

  3. […] Selangkah ke UiTM ini merupakan antara acara tahunan bagi UiTM bagi mempromosikan kemasukan calon-calon ke Universiti Teknologi MARA bagi […]