Karnival Pendidikan MARA 2010

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang menganjurkan Karnival Pendidikan MARA 2010 yang bertemakan ‘Jalur Kerjaya Anda’. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk mem pendedahan maklumat tentang peluang pendidikan khususnya kepada pelajar lepasan SPM/STPM serta orang ramai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Di samping itu turut diadakan pameran kerjaya dan temuduga terbuka kepada pencari kerja mengikut bidang kerjaya yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.

Aktiviti Dan Informasi

Karnival ini disertai oleh pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pendidikan Awam (IPTA) serta Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Pameran daripada institusi-institusi ini akan memberi maklumat tentang info pendidikan tinggi melalui;

  • Info Program Pengajian – Info terkini mengenai program-program pengajian pra-U, diploma. ijazah, lepasan ijazah serta profesional
  • Info Program Latihan Kemahiran – Maklumat tentang latihan kemahiran peringkat sijil dan diploma.
  • Kaunseling Pendidikan & Kerjaya – Khidmat runding cara daripada kaunselor-kaunselor terlatih dalam membuat pemilihan pengajian dan kerjaya.
  • Temuduga Terbuka – Temuduga terbuka bagi kemasukan ke institusi pengajian terpilih.
  • Pinjaman Pelajaran – Maklumat secara langsung daripada penaja-penaja pembiayaan pelajaran


Khusus di PWTC terdapat pameran dari beberapa syarikat dan industri, temuduga terbuka bagi peluang kerjaya, Seminar Kerjaya; panduan menghadiri temuduga, tatacara penulisan resume, grooming, Pendaftaran Pusat Sumber Kerjaya MARA (PSK) untuk pelajar lepasan IPMa dan tajaan MARA.

Lokasi

Tarikh Tempat Masa
12 – 14 Mac PWTC, Kuala Lumpur 10.00 am – 6.00 pm
19 – 20 Mac Pejabat MARA Negeri Sarawak, Kuching 9.00 am – 5.00 pm
24 – 25 Mac Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu 9.00 am – 5.00 pm
28 – 29 Mac Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu 10.00 am – 6.00 pm
3 – 4 April Bangunan Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar 10.00 am – 6.00 pm
10 – 11 April Plaza Angsana, Johor Bahru 10.00 am – 6.00 pm

Maklumat

  • Sila rujuk laman web MARA dan risalah karnival untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan karnival ini sila hubungi Bahagian Hak Ehwal Korporat MARA di talian 03 2691 5111 / 2690 3906 / 2690 3650 / 2690 1303 / 2690 1309 atau emel infopsk@mara.gov.my

6 thoughts on “Karnival Pendidikan MARA 2010

  1. salam bro,sy nak tanye,camne kalau sy dah hilang no. id untk maktab perguruan? bole beli balik?

  2. I find plentiful of useful information in this site. Have tweet it to my followers in Malaysia. Thanks.

  3. nak tanya sy telah terlepas untuk permohonan biasiswa jpa dan mara.adakah symasih berpeluang untuk membuat permohonan biasiswa tersebut?sy sebenarnya pelajar mrsm kuala krai..atau adakah sy akan secara auotomatik akan mendapat tajaan tersebut kerana sy pelajar mara tanpa membuat permohonan..symengambil 10 matapelajaran dan mendapat 8a,2b dalam spm 2009….tolong bg penjelasan kepada sy…

  4. […] Karnival Pendidikan MARA 2010 […]

  5. […] Karnival Pendidikan MARA 2012 […]

  6. […] Pendidikan MARA 2013 ini dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).  Karnival yang diadakan setiap tahun merupakan kali ke 14 ini memberi maklumat peluang pendidikan dan […]