Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012

Ekspo Selangkah ke UiTM ini merupakan antara acara tahunan bagi UiTM bagi mempromosikan kemasukan calon-calon ke Universiti Teknologi MARA bagi pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM serta calon dari Matrikulasi.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada calon-calon lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi dalam membuat pilihan yang tepat dan sesuai berdasarkan keputusan yang diperolehi.

Ekspo Selangkah Ke UiTM

Selain itu, program ini juga dapat memberi ruang kepada bakal calon UiTM dalam mengetahui secara keseluruhan program pilihan mereka dengan lebih teliti kerana sepanjang program ini berlangsung, pensyarah dan kakitangan yang terlibat akan memberi penerangan tentang program-program pilihan calon.

Lokasi Ekspo

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 ini akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh : 24 – 25 Mac 2012
  • Masa : 8:30 pagi hingga 5:30 petang
  • Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

Ekspo Selangkah ke UiTM ini juga diadakan diluar Lembah Klang seperti berikut;

Lokasi Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012

Bakal calon dinasihati agar membawa salinan keputusan peperiksaan, kad pengenalan dan sijil berkaitan agar dapat membantu memudahkan proses pemilihan program ke UiTM. Juga amat digalakkan agar dapat datang ke tempat berlangsungnya program lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Semak Syarat Kelayakan

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk hadir ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 ini, masih boleh membuat semakan kursus atau program pengajian yang sesuai dengan keputusan peperiksaan SPM, STPM atau Matrikulasi masing-masing.

Semakan boleh dibuat di portal Selangkah Ke UiTM.

Uji Minat Kerjaya

Di samping menyemak program pengajian yang sesuai, para calon juga boleh membuat ujian Profil Minat Kerjaya TAJMA.

Profil Minat Kerjaya TAJMA merupakan satu set alat ukur psikologi yang dibina untuk mengukur 6 pola minat kerjaya iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan (Enterprising) dan Konvensional. Tiada had masa yang ditetapkan untuk mengambil alat ukur minat kerjaya ini, purata masa yang digunakan untuk mengambil alat ukur ini ialah di antara 10 hingga 15 minit sahaja.

Semua soalan yang dikemukakan mestilah dijawab dengan jujur dan ikhlas memandangkan tiada jawapan yang “BETUL atau “SALAH". Sebaiknya memberikan jawapan yang pertama kali terlintas dalam fikiran. Terdapat empat kategori dalam soalan profil minat kerjaya ini iaitu; Kesukaan, Kecekapan, Pekerjaan dan Penilaian Kendiri.

Ujian ini juga boleh diambil di portal Selangkah Ke UiTM.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 ini sila hubungi talian 03 5544 3164 / 3165 / 3166 / 3175 / 3174.

Manakala pertanyaan lain yang berkaitan UiTM sila hubungi 03 5544 2000.

One thought on “Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012

  1. salam.. bila keputusan keluar bagi spm 2011??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>