Kemasukan Ambilan Kedua Tingkatan 1 SBP 2012

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Ambilan Kedua di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2012 boleh disemak mulai 3 Februari 2012.

Mereka yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 di SBP Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama pada akhir Disember dahulu boleh menyemak sekali lagi keputusan permohonan mereka.

Semakan Panggilan Kedua SBP

Keputusan Permohonan SBP

  • Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 ambilan kedua ini boleh dibuat dari 3 sehingga 23 Februari 2012.
  • Keputusan e-Rayuan dan ambilan kedua SBP boleh disemak di Aplikasi Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 SBP Sesi 2012 Ambilan Kedua.
  • Keputusan e-Rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran semasa pengambilan pertama.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan keputusan e-Rayuan dan ambilan kedua SBP ini, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

20 thoughts on “Kemasukan Ambilan Kedua Tingkatan 1 SBP 2012

  1. 2 feb dah dpt surat tawaran dah

  2. tetap tak berjaya…..dah berhenti berharap!!

  3. […] TERKINI: Keputusan e-Rayuan / Ambilan Kedua SBP Tingkatan 1 […]

  4. Bagaimana nak memohon sekolah kawalan ?
    Adakah bergantung kepada kekosongan juga?
    Tq

    • mohon dengan jabatan pendidikan negeri..bergantung kepada kekosongan..sekarang ni sekolah kawalan pun dah berlebih2 dan yg dpt 5A..

  5. mahamadfuad says:

    setelah menyemak keputusan erayuan anak saya telah berjaya ambilan kedua ke sbp tetapi belum terima surat tawaran rasmi, camna pula?

  6. anak sy langsung x dpt sbp ataupun mrsm…

  7. Anak saya dapat tawaran untuk ambilan kedua ke SBP (SEMESTI). Tarikh pendaftaran pada 15 Feb. ni. Masalahnya dia dah selesa kat sekolah sekarang (SMKA). Patutkah beliau tolak tawaran tersebut.

  8. biarlah anak belajar apa yang dia minat

  9. semakn ambiln ke-2 utk f4 bila erkk..??

  10. sedih sangat..saya yang sentiasa dapat no satu dlm peperiksaan sejak dari tahun 1-6 tak dapat ke SBP atau MRSM..kawan-kawan yang pencapaian mereka samada dalam peperiksaan atau koko lebih teruk rpd saya pulak yg dapat..nak kata ibu bapa mereka berpendapatan rendah, ada yang sampai 10000 sebulan…

  11. untuk form 4 bile ek? nk tau! 🙂

  12. macam mana nak tahu tariikh permohonan e rayuan . nak taw bla tarikh kluarr bla?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.