TERKINI : Keputusan Pengambilan Kedua SBP Tingkatan 4 2010

Para pelajar PMR 2008 yang ada memohon memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama bulan Januari lalu sudah boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka.

Mulai 13 Mac 2009 keputusan pengambilan kedua SBP Tingkatan 4 2009 sudah boleh disemak melalui aplikasi dalam talian Kementerian Pelajaran di Semakan Tawaran Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh.

Semakan boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan.

Tahniah kepada para pelajar yang telah berjaya terpilih! Mereka yang gagal jangan terus kecewa anda tetap boleh berjaya walaupun tidak dapat belajar di SBP. Apa yang penting adalah kesungguhan pelajar untuk belajar tidak kira di mana jua.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Related posts

Sponsors