Keputusan MUET Akhir Tahun 2011

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan boleh menyemak keputusan mereka pada hari Khamis 12 Januari 2012.

Majlis Peperiksaan Malaysia

Semakan Keputusan MUET

Keputusan MUET Akhir Tahun 2011 boleh diperolehi dengan cara berikut;

  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT No. MyKad dan hantar ke 15888 mulai pukul 12:01 tengahmalam.
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia atau terus ke Semakan Keputusan MUET mulai pukul 9:00 pagi.
  4. Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos.

Rayuan Semakan Semula

  1. Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka boleh membuat rayuan penyemakan semula kertas peperiksaan.
  2. Tarikh tutup permohonan rayuan semakan adalah pada 27 Januari 2012.

MUET Sesi Mac 2012

  1. Mereka yang tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka di dalam MUET Akhir Tahun 2011 boleh cuba memperbaiki keputusan mereka dengan mengambil semula MUET pada ujian awal tahun 2012.
  2. Mereka yang berminat menduduki MUET Sesi Mac 2012 dikehendaki membuat pendaftaran secara dalam talian di www.mesp.gov.my/online.
  3. Tarikh tutup pendaftaran MUET Sesi Mac 2012 untuk calon Akhir Tahun 2011 adalah 19 Januari 2012.

Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi MPM di talian telefon 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau emel ppa@mpm.edu.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.